🌼~ Daisy_cafe ~🌼


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Hello! Assalamualaikum, subscribers² semua!🤗
♡ Wallpapers
♡ quotes
♡ song
♡telegram themes
♡ korean words
https://t.me/joinchat/Ib2ppVyuFvJkMDM1

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Lamunan tentang Hijriah hadir lagi di minda Khazinatul Asrar. Hijriah tidak pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah pada saat itu. 'Sakitkah dia?' hatinya tidak habis-habis bertanya.

Khazinatul Asrar mengakui, dia mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya sejak kebelakangan ini. Penglibatannya yang agak aktif dalam persatuan sudah cukup membuatkan hari-hari yang dilaluinya terlalu padat dam singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk membuat ulangkaji dan tugasan-tugasan di perpustakaan. Baginya, tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan masa yang dimiliki sebijaksana mungkin untuk menunaikan tanggungjawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran wasiat al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna.

"𝐊𝐞𝐰𝐚𝐣𝐢𝐩𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧
𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠
𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐝𝐚."

"Assalamualaikum..." Sapaan salam daripada seseorang membuatkan Khazinatul Asrar makin laju berjalan.

"Waalaikumussalam.." Khazinatul Asrar membalas dengan sopan sambil menghulurkan tangan. Dia berjabat tangan sambil berpelukan dengan Dr. Yusra, pensyarah yang paling dikaguminya.


"Tapi Allah tak suka orang sombong. Kalau saya baca dalil, baru awak tahu." Tsabit mula geram.

"Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang..." Kata-kata Khazinatul Asrar cepat-cepat dipotong oleh Tsabit.

"Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam-macam alasan awak beri. Apa pun, saya amanahkan awak pinjamkan untuk Hijriah." Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya di atas kerusi sambil berlalu pergi.

"Saya harap awak faham, saya bukan sombong tapi menjaga syariat." Khazinatul Asrar cuba membela diri. Tsabit tidak menghiraukan kata-kata itu. Langkahnya terus diatur.

Khazinatul Asrar menggelengkan kepala. Bibirnya mula menguntum senyuman. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria-ia untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang saja yang menyalin nota Prof. Dr. Maisarah. Bukannya tidak berasa simpati di hati Khazinatul Asrar, namun prinsip yang merantai diri tetap menjadi benteng untuknya tidak bertindak sesuka hati. Pintu-pintu yang boleh membuka jalan perhubungan antara lelaki dan wanita tanpa urusan yang munasabah perlu ditutup serapat mungkin agar syariat tetap terpelihara.

Setelah difikir-fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang buku nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah. Lagipun, perkataan 'amanah' yang Tsabit tuturkan menyebabkan rasa tanggungjawab terpikul dibahunya. Langkahnya terus diatur untuk pulang ke kolej penginapan.


"Kenapalah nak menyusahkan diri? Saya dah bagi ni, ambil sajalah." Tsabit menawarkan pertolongan.

"Terima kasih. Moga Allah membalas niat baik awak nak tolong saya." Balas Khazinatul Asrar, lalu cepat cepat dia melangkah pergi.

"Saya memang ikhlas nak tolong awak. Ambillah!" Tsabit menghulurkan notanya. Dia bersungguh-sungguh untuk meminjamkan notanya walaupun nota itu tidaklah seberapa lengkap. Dia sendiri tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap kuliah tadi. Matanya asyik menjeling pada Khazinatul Asrar sahaja.

"Saudara, terima kasih sekali lagi. Saya hargai pertolongan awak. Tapi saya tak perlukan nota awak! Saya akan meminjamnya daripada rakan perempuan."

'Cis! Itu rupa-rupanya sambungan kata-kata kau!' Getus hati Tsabit.

"Kalau macam tu, awak tolonglah pinjamkan nota saya ini untuk Hijriah." Tsabit masih tidak mahu mengalah. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Tsabit masih ingin menggunakan strategi lain.

"Sekali lagi, terima kasih sajalah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara ni dan buat ulangkaji." Tegas Khazinatul Asrar.

"Ish, sombong betullah! Tak baik tau. Mana peribadi awak sebagai gadis Melayu yang ramah dan pandai melayan?" Tsabit mengkritik.

"Saya gadis Melayu yang beragama Islam. Islam mengajar saya agar menutup pintu-pintu yang menyebabkan hati kita sakit dan mati terutamanya fitnah pergaulan perempuan dan lelaki. Untuk apa saya beramah mesra dengan awak jika ia akan menyebabkan hati awak dan saya binasa? Untuk apa saya melayan awak sedangkan saya diperintah oleh Allah bahawa hanya boleh melayan lelaki bergelar suami?"




ʕ •ᴥ•ʔ ~pink aesthetic~

🌼#by_nabila


ʕ •ᴥ•ʔ ~pink aesthetic~

🌼#by_nabila


ʕ •ᴥ•ʔ ~Hijab muslimah aesthetic~

🌼#bynabila



Показано 8 последних публикаций.

32

подписчиков
Статистика канала