Kata Ustaz Kazim Elias ;
" Amat beruntung kepada para frontliners yang bertugas pada waktu ini , kerana mereka merupakan insan yang dipilih oleh Allah SWT . "
Begitu berat tugas yang perlu mereka jalankan . Keutamaan mereka sebagai pasukan frontliners, sangat mengutamakan umat dari kepentingan diri sendiri.
Mereka sanggup ;
•bersengkang mata, demi menyelamatkan nyawa pesakit
•menahan kelaparan demi memastikan makanan yang dipesan selamat sampai kepada pelanggan
•berdiri di tengah panas dan dipayungi rintikan hujan, demi memastikan masyarakat tidak melanggar peraturan sepanjang pkp ini dijalankan .
Bukan calang - calang orang yang sanggup berkorban demi kemaslahatan umat dan negara.
Cuba bayangkan begitu lelah dan penatnya para frontliners, yang siang malam bekerja tanpa henti, dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit covid19 yang tenat.
Kita? Diberi peluang untuk bercuti di rumah, tetapi tidak memanfaatkan ia dengan sebaik - baiknya . Kita masih leka dengan hiburan , sampai sanggup lewatkan solat . Ada kala sampai sanggup tinggalkan solat terus. Hm.
Ambil pengajaran, berdasarkan luahan seorang jururawat ni, yang dia begitu sedih kerana selama dia bertugas, ketika musim pkp ini, banyak kali dia terpaksa tinggalkan solat kerana bekerjasama dengan doktor untuk menyelamatkan nyawa pesakit covid19 di saat - saat getir.
Tetapi kita, adakah kita mempunyai perasaan yang sama seperti mereka ?
Memang tidak dapat dinafikan, tidak semua orang layak mendapat gelaran " insan terpilih. " Mereka yang meletakkan diri untuk umat, lebih layak dipuji dan diberikan kata - kata sokongan , supaya mereka kuat dan semakin ikhlas untuk membantu semua hamba Allah.
Kita tidak mampu membalas setiap jasa dan pengorbanan mereka . Begitu banyak sampai tidak dapat dihitung dengan jari jemari yang runcing ini.
Sebagai tanda penghargaan, sematkan doa buat mereka. Agar mereka diberi kekuatan dan kesabaran , demi membangunkan agama Allah dan berjuang demi umat .
Walaupun di dunia mereka tidak cukup rehat , biarlah di akhirat nanti mereka dapat berbahagia dan berehat sepuasnya.
Kami hargai jasa dan pengorbanan para frontliners.
Terima kasih kerana sanggup berjuang, demi kami.
"Ya Allah, kurniakanlah mereka para frontliners ganjaran selautan pahala, atas segala jasa dan bakti yang mereka curahkan demi umatMu dan negara . "
Allahumma amin...
#StayAtHome
#KitaJagaKita
@_nrulnasuha✨
@DakwahBerdasarkanPengalaman