bintu.abuya:
Wahai jiwa,
Aku tahu engkau penat dgn ujian ini,
Ujian berganda-ganda untuk dilayani,
Hari ini bergini esok bergitu diuji,
Tanpa kau duga ia teman setia buat diri.
Wahai jiwa,
Carilah penguat buat diri,
Untuk terus bangkit dari ujian ini,
Walaupun payah berusaha untuk Ilahi,
Kerana hikmahnya ingin kuatkan insani.
Wahai jiwa,
Manusia itu datang dan pergi,
Hari ini dia datang sebagai ujian diri,
Esok lusa dia jauhkan diri dan pergi,
Tapi ujian lain berganti kembali.
Wahai jiwa,
Ini dinamakan ujian insani,
Penat dan payah diuji Ilahi,
Bukan sengaja diri diuji silih ganti,
Tapi ingin mematangkan insani,
Wahai jiwa,
Ikhlaskan dirimu diuji Ilahi,
Walaupun ujian yang sama berganti,
Memang ujian penat menangisi,
Sehingga bengkak mata kanan dan kiri.
Nukilan :
@bintu.abuya
https://t.me/khalifahofficial