*FITNAH* boleh membawa pelbagai erti.
mengikut kamus Dewan Edisi Keempat :-
*FITNAH* bermaksud tuduhan, khabar, kisah atau cerita yang diada-adakan atau direka untuk memburukkan atau menjatuhkan seseorang.
fitnah terjadi apabila seseorang itu didorong oleh nafsu dan perasaan dengki, benci dan dendam terhadap orang yang tidak bersalah.
orang yang suka menabur fitnah biasanya akan menggunakan kata-kata manis dan helah yang bijak sehingga orang-orang yang mendengarnya menyangka perkara-perkara yang diperkatakan oleh si tukang fitnah itu benar.
dalam zaman yang serba canggih dan teknologi internet di hujung jari maka penyebaran segala fitnah yang dibuat tidak terbatas.
fitnah yang dibuat apatah lagi tidak benar sudah tentu memberi kesan besar kepada orang yang difitnah seperti menjejaskan maruah orang tersebut.
perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan manusia sesama manusia hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.
firman Allah SWT :-
"DAN FITNAH ITU LEBIH BESAR (DOSANYA) daripada membunuh"
(al-Baqarah :217)
@dakwatulhikmah