Sempena Nuzul Quran ni.. Saya nak tulis sikit sebanyak mengenai riwayat qiraat al Quran.. Semoga ada manfaatnya..
Bila kita membaca al Quran, kita sebenarnya membacanya mengikut kaedah-kaedah yang tertentu yang telah ditetapkan (tajwid).. Kaedah2 itu termasuklah tempat keluar huruf (makhraj), panjang dan pendeknya huruf (mad), dengung atau tidak (ghunnah, ikhfa', idzhar).. Sebutan huruf yang betul (qalqalah, tebal, nipis).. Tempat waqaf dan tempat mula (waqf ibtida') dan banyak lagi aturan tajwid yang lain..
Siapa yang menentukan, contohnya bacaan mad jaiz kita sepanjang 4 harakat bukan 2 harakat.. Atau bacaan mad badal kita 2 harakat bukan 6 harakat.. Atau bacaan baris fathah kita dibaca sebagai aa bukan ea (imalah).. Atau huruf Ra' atas dibaca tebal (tafkhim) bukan Ra (tarqiq).. Jawapannya ialah ulama2 besar lagi diiktiraf dalam riwayat qiraat al Quran..
Sebenarnya bacaan yang kita baca di Malaysia hanyalah salah satu dari riwayat2 qiraat yang banyak.. Oleh itu.. Kadang2 bila kita dengar bacaan dari negara lain kita dapati adanya perbezaan sama ada dari sebutan, mad dan lain2..
Di Malaysia, kita (sedar atau tidak) membaca al Quran dengan riwayat Hafs (perawi Imam Asim).. Imam Asim dan Imam Hafs (anak murid Imam Asim) ini 2 tokoh besar riwayat dan riwayat mereka adalah yang paling banyak digunakan dalam pembacaan al Quran di dunia Islam pada hari ini..
Persoalannya.. Perlu tak kita belajar semua qiraat riwayat ini? Tidaklah wajib kita belajar semuanya.. Tapi sekurang-kurangnya belajarlah riwayat Hafs yang kita baca tu dengan betul.. Janganlah kita baca dengan mencampuradukkan qiraat.. Sebab ini tentunya menyalahi hukum tajwid satu2 riwayat yang telah ditetapkan..
Saya cari dalam Wikipedia dan alhamdulillah jumpa serba sedikit penerangan imam-imam qiraāt yang besar.. Saya copy (verbatim) dan kongsikan di sini senarai imam-imam qiraat ini utk kita ambil manfaat jika boleh.. Insya Allah..
1. Imam Nāfi’
Nama penuh Imam Nāfi’ ialah Nāfi’ bin Abd al-Rahmān bin Abū Nu’aim al-Laisī. Beliau dilahirkan pada tahun 70 H dan wafat pada tahun 169 H di Madinah. Perawi Imam Nāfī’ ialah:
a. Qālūn
Nama sebenar beliau ialah Abū Mūsā Isā bin Mīnā. Beliau di gelar Qālūn kerana baik dan bagus suaranya membaca al-Qur’an. Qālūn itu berasal dari bahasa Rumawi yang bermaksud baik. Beliau dilahirkan pada tahun 120 H dan wafat pada 220 H di Madinah.
b. Warsy
Nama sebenar beliau ialah Abu Said Uthman bin Said al-Misri. Beliau dilahirkan pada 110 H dan wafat pada tahun 197 H. Beliau mendapat gelaran Warsy kerana beliau adalah orang yang paling baik suaranya dan fasih lidahnya membaca al-Qur’an. Apabila beliau membaca al-Qur’an, orang datang berduyun-duyun mendengarnya, sehingga orang tidak pernah bosan mendengarnya.
2. Imam Ibnu Kathir
Nama sebenar Ibnu Kathir ialah Abdullah bin Kathir bin ‘Amru bin Zazhan. Beliau dilahirkan pada tahun 45 H dan wafat di Mekah pada tahun 120 H.
Ibnu Kathir mempelajari al-Qur’an dan qiraat dari Abi al-Saib, Abdullah bin Saib, Mujahid dan lain-lain. Ibnu as-Saib mempelajari al-Qur’an daripada Ubai bin Ka’ab dan Umar bin al-Khatab daripada Rasulullah s.a.w.. Ramai yang mengambil bacaan daripada Ibnu Kathir. Terdapat dua perawi daripadanya yang termasyhur, iaitu;
a. Al-Bazzi
Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Qasim. Beliau dilahirkan pada tahun 170 hijrah dan telah kembali ke rahmatullah pada tahun 250 hijrah di Mekah. Beliau merupakan salah satu imam qiraāt dan muazzin di Masjidilharam.
b. Qunbul
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abd al-Rahman bin Muhammad al-Makhzumi. Beliau dilahirkan pada tahun 190 Hijrah dan wafat pada tahun 291 hijrah di Mekah. Beliau digelar Qunbul kerana orang ramai memanggilnya dengan panggilan Al-Qanabilah.
3. Abu ‘Amru Al-Basri.
Beliau ialah Zabban bin al-‘ala bin Umar bin al-Iryan bin Abdullah bin al-Husin. Beliau dilahirkan pada tahun 68 hijrah dan wafat di Kuffah pada tahun 154 hijrah. Beliau telah mempelajari al-Qur’an daripada beberapa orang guru, iaitu Abi Ja’far, Nafi’ bin Abi Naim, ‘Abdullah bin Kathir, ‘Asim bin Abi al-Nujud, da