*Nasib Islam di Malaysia*
Kecelakaan apakah yang sedang berlaku di Malaysia? Apakah murka Allah telah turun ke Malaysia? Semakin hari Islam semakin dihina, semakin hari Islam semakin berani dibantah, semakin hari Islam semakin disisih dan ditolak dan agenda-agenda liberal dan sekular semakin mendapat tempat di Malaysia.
Sebelum bertukarnya pemerintahan di Malaysia pada Mei 2018 yang lalu, kita sudah melihat bagaimana Islam tidak begitu mendapat tempat dalam kerajaan lama, namun masih lagi dalam keadaan terkawal. Namun setelah berlaku pertukaran pemerintahan ini, tekanan terhadap Islam bertali arus, seolah-olah Islam adalah punca kepada segala masalah.
Namun apabila kita telusuri dengan lebih jauh lagi, maka kita akan nampak bahawa realiti kini adalah kesan daripada barisan pentadbiran sekarang ini yang mana sebahagiannya memang berlatar belakangkan mereka yang tidak cemburu dengan Islam.
Apa yang hendak kita harapkan orang yang dulunya menyembah burung untuk membela Islam sekarang?
Apakah yang hendak kita harapkan orang yang anaknya sendiri berpaksi kepada 'Sister in Islam' yang sering memburukkan Islam untuk membela Islam sekarang?
Apakah yang hendak kita harapkan orang yang cucunya sendiri bermain dan tidur dengan anjing untuk membela Islam?
Apakah yang hendak kita harapkan orang yang dulunya memang sinonim dengan penghinaan terhadap Rasulullah saw untuk membela Islam?
Apakah yang hendak kita harapkan orang yang tidak jelas akidahnya, samada Islam atau Syi'ah untuk membela Islam?
Apakah yang kita hendak harapkan apabila urusan Islam di YADIM juga dari kumpulan atau parti yang mahu mensekularkan Malaysia?
Banyak lagi kalau mahu diungkitkan di sini, namun inilah sebenarnya apa yang berlaku di Malaysia. Yang mana berharap dulunya untuk melihat Islam bersinar bersama kerajaan baru, barangkali boleh simpan angan-angan tersebut atau byang sahaja mimpi tersebut dari minda.
Untuk ke depan, semoga semua rakyat terutamanya yang mengaku berada bersama Islam 'rahmatan lil 'alamin' dulunya itu, kembali sedar dan ubahlah keputusan pahit PRU 14 dalam PRU 15 nanti, atau kita-kita nantinya akan mati dalam cahaya malapnya Islam di Malaysia.
TongkatSunan
01022019/010
#MampuCentre
#IslamMemimpin
#IslamBangkit
#MembangunBersamaIslam