Salam ES. Tolong up sikit berkenaan terlalu banyak kepincangan dan salahlaku didalam IPD Kampar, Perak yang nyata disembunyikan oleh pihak atasan untuk melindungi salah laku jenayah,dadah, disiplin dan rasuah.
Orang awam beri banyak maklumat tentang mereka diminta wang oleh anggota balai polis kampar semasa melakukan pemeriksaan dikawasan pekan kampar terutamanya pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR) berbangsa Cina kerap menjadi mangsa. Pelajar-pelajar ada memberikan maklumat, bukti, gambar, video serta laporan polis tetapi disenyapkan dan anggota tersebut hanya diberikan tindakan tidak boleh buat tugas ronda bagi tempoh tertentu sehingga keadaan reda oleh Ketua Polis Balai.
Perkara ini berpunca majoriti anggota balai polis kampar bertugas lebih dari 5 tahun dan ada juga sehingga 20 tahun menyebabkan mereka terlalu selesa dan besar kepala serta tidak peduli dengan arahan pucuk pimpinan. Selain itu, tiada tindakan pernah diambil ke atas mana-mana anggota balai polis kampar yang terlibat melakukan kesalahan. Tiada teguran bukan beerti balai itu terkawal baik tetapi salahlaku disembunyikan oleh Ketua Polis Balai bagi menjaga nama baik beliau.
Ketidakadilan juga berlaku hanya sebab Ketua Polis Balai tidak suka dan dia telah menukarkan anggota polis dengan alasan mobiliti dan orang yang disukainya dan ditakuti disimpan kekal dalam balai polis kampar. Salah satu buktinya anggota lama yang lebih 5 tahun sehingga 20 tahun masih kekal bertugas di balai polis kampar dan ada juga anggota polis Kampar bernama Badrul yang diketahui terlibat dengan tokan dadah.
JIPS IPD Kampar juga sangat lemah. Buktinya mereka nampak dan tahu ramai pegawai kanan dan anggota tidak isytihar harta dan memiliki harta diluar kemampuan. Mungkin duit itu dapat dari duit rasuah sebab diluar kemampuan atau pihak JIPS sudah dibayar. Pentadbiran IPD Kampar juga sangat lemah kerana kroni disimpan duduk selesa lama-lama dalam satu tempat manakala yang lain ditukar atas alasan mobiliti walaupun yang kena mobiliti tersebut tak cukup syarat 5 tahun serta yang kerja bagus.
Tak cukup dengan itu ada satu tokey Judi yang dikenali dengan nama Sam juga selalu keluar masuk dalam IPD Kampar berurusan dengan pegawai polis. Anggota MPV dan URB juga sering tidak keluar tugas ronda terutama syif malam dan tidur dalam surau IPD Kampar. Sekali lagi menunjukkan JIPS Kampar lemah. Ketua Narkotik Kampar juga lemah mustahil tak tahu mana-mana pegawai dan anggota terlibat dengan dadah dan ketum. Tetapi tiada tindakan di ambil bagi menjaga nama baik dan reputasi masing-masing.
Diharap agar Ketua Polis Negara dan SPRM baca.