Membebaskan Kesulitan Hutang
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ الرَّجُلُ يُدَايِنُ النَّاسَ فَكَانَ يَقُولُ لِفَتَاهُ إِذَا أَتَيْتَ مُعْسِرًا فَتَجَاوَزْ عَنْهُ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَتَجَاوَزَ عَنَّا قَالَ فَلَقِيَ اللَّهَ فَتَجَاوَزَ عَنْهُ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang laki-laki yang mampu memberi pinjaman (hutang) kepada orang lain dan dia berpesan kepada muridnya; "Jika kamu datangi mereka untuk menagih (membayar) hutang tapi mereka dalam kesulitan maka bebaskanlah, sebab dengan begitu semoga Allah membebaskan kita (pada hari kiamat) ". Baginda bersabda: "Maka orang itu berjumpa dengan Allah Ta'ala lalu Allah membebaskannya (mengampuninya) ".(HR Bukhari No: 3221) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Saling membantu kepada orang yang memerlukan adalah suatu tuntutan.
2. Orang yang memiliki kemudahan dan mampu memberikan pinjaman kepada orang lain adalah suatu amalan terpuji.
3. Mukmin yang memberi kemudahan atau membebaskan hutang orang yang kesusahan untuk memembayar kembali hutangnya, nescaya di hari akhirat Allah akan membebaskannya (mengampuni) dari dosa.
4. Dalam suasana keperitan dan kesusahan mengharungi kehidupan seperti zaman Covid 19 ini, ramai yang terkesan dari segi kewangan dan mungkin ada yang dibuang kerja, berilah kemudahan kepada saudara yang memerlukan. Jika kita mampu menjelaskan hutang bagi pihak yang berhutang dan berada dalam kesusahan untuk membayarnya, atau memberikan penangguhan tempoh, maka lakukanlah.
Moga di hari kiamat kelak, kita akan mendapat kebebasan dan keampunan daripada dosa.
˚⁀➷ 𝒑𝒆𝒏𝒅𝒐𝒔𝒂 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒌𝒆 𝒔𝒚𝒖𝒓𝒈𝒂 ⤹⋆⸙͎۫˚☽
❀ུ۪ @fromjahiliah_tojannah