` UWAIS AL-QARNI `
Uwais sangat mencintai ibunya. Pada suatu hari ibunya memberitahu Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya pergi ke Mekah.
Dengan izin Allah akhirnya Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang sudah habis menyusu. Kemudian dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah tanah tinggi. Rumah itu disediakan untuk lembu itu di atas bukit. Pada petang hari dia akan dukung anak lembu itu untuk naik ke atas.
Pagi esoknya dia dukung anak lembu itu turun untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit untuk memberi lembu itu makan. Orang menuduh dia sudah gila.
Rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji.
Ketika tiba musim haji dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua-dua belah tangannya. Dibelakangnya diletakkan barang-barang keperluan.
Di sana dia mendukung dan memangku ibunya ketika mengerjakan rukun-rukun haji.
Setelah selesai haji dan pulang ke rumah ibunya bertanya “Uwais apakah yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais menjawab “Saya berdoa supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu.”
Ibunya bertanya lagi “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais menjawab “Dengan terampunnya dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga akan masuk syurga.”
ー dakwahsentapofficial
@gadisheartlessquote