Black Ghost | slow update


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


16062021
" i can see you from behind "
bot : @ghostchannel_bot
promote : @linkpromote
pfp : @letspfpbot

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций




Репост из: ADA HANTU 2021
Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram




JUDUL : ADA HANTU
TARIKH TAYANGAN : 13 OGOS 2021
RANGKAIAN : Disney Hotstar
PENGARAH : Hairul Azreen
PRODUKSI : Parallax Pictures
PELAKON : Hairul Azreen , Zahiril Adzim , Shiqin Kamal , Nafiez Zaidi , Elvina Chua dan ramai lagi .

WATAK PELAKON
Hairul Azreen sebagai Talha
Zahiril Adzim sebagai Aliff
Shiqin Kamal sebagai Bariah
Nafiez Zaidi sebagai Jimmy
Elvina Chua sebagai Sas
ha

@ghostsayying 💀


cuti - cuti ni kita layan movie .


nak min post movie seram tak harini ?
Опрос
  •   nak
  •   taknak
14 голосов




FAKTA NGERI 01 : LAGENDA LORONG BELAKANG

Lorong Daru terletak di Suzhou , China . Ia pernah mencatatkan peristiwa ngeri pada tahun 70 - an hingga 80 - an . Pada suatu malam, seorang lelaki melewati lorong tersebut dan ternampak sebuah bilik dimana pintunya terbuka sedikit. Lalu dia pun menjengah bilik tersebut dan ternampak sesuatu yang mengejutkan! ada seorang wanita sedang menyisir rambut. apa yang mengerikan, cara dia menyisir adalah dengan meletakkan kepalanya di atas meja! melihat suasana menyeramkan itu, lelaki itu terus buka langkah seribu meninggalkan bilik tersebut. sejak itu, legenda ini mula tersebar.

FAKTA NGERI 02 : LORONG MAKAN ORANG

Menurut legenda, terdapat sebuah ' Lorong Makan Orang ' di Macau. ketika perang anti - Jepun, seorang wanita bertubuh gempal melewati lorong berdekatan Ruins of St.Paul's. sejak itu , kelibatnya terus lesap dan tiada seorang pun berjaya menemuinya. pelbagai khabar angin mula tersebar. ada yang mengatakan, disebabkan badan wanita itu banyak lemak, maka dia telah disembelih pembunuh. manakala dagingnya dihantar ke pasar dan dijual seperti daging haiwan. selepas itu wujud khabar angin lain. pembunuh tersebut memberi amaran bahawa dia tidak akan melepaskan mangsanya lebih - lebih lagi kanak - kanak kerana daging mereka lebih segar dan lembut. sejak itu ibu bapa tidak membenarkan anak - anak mereka keluar berseorangan.

@ghostsayying 💀




Репост из: Dendam Penunggu 2021
JUDUL : DENDAM PENUNGGU
TARIKH TAYANGAN : 5 November 2021
RANGKAIAN : tonton CINEMA
PENGARAH : Faizul Jais
PRODUKSI : Parallax Pictures
PELAKON : Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Atiq Azman, Shasha Abedul, Ahmad Syafiq, Hakim Nordin, Ahmad Adly, Sherry, Alhadad, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat

WATAK PELAKON
Ismail Izzani sebagai Zul
Shalma Eliana sebagai Sarah
Bella Dowanna sebagai Bainun
Imran Aqil sebagai Nazrin
Atiq Azman sebagai Khairy

SINOPSIS DENDAM PENUNGGU
Lima orang rakan diganggu oleh sesuatu yang misteri di sebuah kolej kediaman mereka. Apa yang akan terjadi kepada mereka semua? Macam mana boleh adanya sesuatu yang misteri i
tu?




Репост из: Dendam Penunggu 2021
Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Dendam Penunggu 2021 720p
Credit malaydramaz
Join @CMunkData




Репост из: 𝑳 𝑰 𝑭 𝑬 𝑳 𝑬 𝑺 𝑺 🌷
Aku nampak setengah je badan dia. Mata dia renung kawan aku yang cari barang tu. Mungkin sebab kitorang bising kot time tu. Then, aku mintak semua diam sebab dah malam baru benda tu mengundur.

Pernah satu malam tu, esok tu aku ada test. So aku stay up la. Memandangkan subjek tu kena hafal, aku pun masuk la bilik D tu nak hafal, tak nak kacau roommate aku. Penat menghafal, aku terlelap atas katil. Lepas tu aku terjaga sebab aku dengar bunyi orang tengah menulis. Pastu bunyi letak pen. Then sambung menulis balik. Aku bangun gosok-gosok mata la, sebab gelap. Siapa yang menulis dalam gelapkan.

Aku pun pandang ke arah meja study. Gulp. Ada sosok perempuan tengah tunduk dengan kepala dia sampai ke meja study. Time tu baru aku ingat yang aku duduk dalam bilik D ! cepat-cepat aku bangun tak berpaling dah ke arah tu dan terus keluar. Masuk je bilik aku, aku tengok kawan aku tengah study. Geram jugak la time tu.

Aku tanya dia siapa yang padamkan lampu bilik D tu, dia cakap dia yang padamkan sebab aku dah terlelap sebab kesian kat aku cerah nak tidur. Adoi! Kang aku cerita pasal bilik tu terkejut semua orang. So aku telan je lah kepahitan apa yang aku lalui seorang diri.

Bilik D tu pun kitorang tak biarkan kosong actually. Ada la jugak time masuk mengaji Quran dalam tu, tapi bukan setiap hari la. Aku tak rasa housemates aku boleh nampak dia. Dan aku pun taknak menakutkan diorang. Cuma, kita ni jangan la tinggal solat, mengaji jangan lupa. insyaAllah benda tu tak kacau kita. Aku nampak pun sebab hijab aku pernah terbukak dulu kot.

Hurm, tu je nak share. Buat sesiapa yang stay kat Palam, jaga diri. Jangan bising sangat. Tambah- tambah yang stay kat tingkat 9 tu yer. Kisah ni tak lama sangat tau. Tak kisah korang blok Rafflesia, Angsana, Dahlia or Casuarina. Please jaga hubungan dengan Allah.

source ; fiksyenshasha.com

━━━━━━━━━━━━━━
💀 | @ghostgotyou
━━━━━━━━━━━━━━


Репост из: 𝑳 𝑰 𝑭 𝑬 𝑳 𝑬 𝑺 𝑺 🌷
KISAH SERAM ; MISTERI KOLEJ UITM PUNCAK ALAM

Nama aku Hani, student UITM Puncak Alam. Dah masuk sem 3 aku kat sini. Blok-blok kolej kat sini memang banyak. So aku memang tinggal kat kolej dia la. Kolej dia ni nak kata dikelilingi hutan pun tak jugak tapi sunyi la time malam.

Cerita dia start bila aku mula-mula daftar kolej nak masuk sem 3. Actually aku sampai awal untuk daftar tapi sebab tunggu kawan-kawan punya pasal untuk serumah so dekat pukul 3 petang jugak la daftar. Masam jugaklah muka pengurusan asrama tu sebab kami student yang last daftar nak masuk kolej. Sebab daftar last sekali kami dapat rumah kat tingkat atas sekali, tingkat 9. Tingkat 9 hanya ada 5 rumah and rumah yang diduduki hanya rumah kami. Scary.

Satu hari tu aku balik kolej lewat malam dah sebab keluar beli barang. Tu hari ketiga selepas daftar. Pukul 1 pagi lebih kurang. Memang sunyi sepi kawasan kolej. Hanya ada beberapa lampu bilik je yang terbukak sebab awal sem kan, siapa je rajin nak stay up. Lepas je kereta kawan aku pergi, aku pun tengok sekeliling kot-kot ada teman nak naik lif sekali. Aku ni cuak sikit dengan tempat sempit sensorang. Tapi memang tak adalah time macam tu. Waktu kaki nak masuk lif tu aku macam teragak-agak. Aku fikir waktu tu nak naik tangga je tapi tingkat 9, tinggi sangat.

Tingkat satu, dua pastu tingkat tiga. Lif berhenti kat tingkat tiga. Aku dah lega dah sebab ada yang naik maybe tapi kau tahu siapa tunggu nak naik? Perempuan pegang buku lusuh berdebu kat tangan dia. Dengan pucat muka dia tu. Actually aku memang boleh nampak makhluk halus ni. Cuma setelah sekian lama tak pernah nampak sejak nenek aku tutup hijab aku yang terbuka, ni lah first time aku nampak balik. Aku dapat rasa badan aku sejuk gila.

Menggeletar seluruh badan tapi benda ni kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita. So aku berdiri kat penjuru lif tu. Benda tu pulak kat depan. Aku memang nak nangis waktu tu sebab dia tak tekan lif. Aku fikir time tu, camne aku nak turun tingkat 9 nanti sebab dia halang aku. Sampai je tingkat 9, dia keluar heret kaki dia. Aku dah siap nak pecut masuk rumah dah lepas je keluar lif tapi guess what, dia berdiri depan rumah aku before lesap. Aku punyalah tak tau nak buat apa terus call housemate aku suruh bukak pintu.Takut macam mana sekalipun aku tutup je mulut walaupun diorang tanya kenapa muka aku pucat semacam.

Sebenarnya aku dah boleh agak. Rumah aku tu ada empat bilik. satu blik dua orang. Bilik A, B, C penuh tapi bilik D kosong. Aku dapat rasa bilik tu berpenghuni jugak. Cuma malas nak kecoh. Satu malam tu, beberapa hari lepas kejadian aku bangun nak ke toilet dalam pukul 2 pagi tak salah. Housemates aku semua dah tidur time tu.

Toilet kat sini ada tiga bilik kecik; shower, jamban duduk dengan jamban cangkung. Aku masuklah jamban cangkung tu. Waktu kat dalam tu aku dengar bunyi orang heret kaki. Dup dap dup dap dah jantung aku. Aku jenguklah kat bahagian pintu bawah tu sebab ada space kan, kotlah kawan-kawan aku, tapi ada kaki pucat gila macam mayat tu. Sebelah je okey. Bukan dua belah. Senyap je. Aku pun senyap. Tak berani nak keluar. Nak baca doa perlindungan pun tak boleh kat tempat syaitan tu. Beberapa minit lepas tu baru kaki tu hilang. Bukan nak kata aku ni berani, tapi kita tak boleh takut sangat dengan benda ni. Kita kena takut dengan Allah je. Tapi kena jugak hormat mereka ni sebab mereka pun makhluk Allah.

Ingat tak yang kecoh pasal geng jubah hitam masuk kolej di beberapa uni dulu tu? waktu tu tempat aku pun heboh gila. Sampai ada satu malam tu, diorang kecoh nampak jubah hitam tu dalam lif. Disebabkan takut, semua housemates aku tidur bilik aku. Bilik aku bilik C, sebelah bilik kosong tu. berhimpit-himpit enam orang tidur sekali. Bila dah tutup lampu, kawan aku sorang ni bukak sikit pintu sebab nak cari barang apa ntah kat pintu tu. so hanya ada sinaran lampu luar bilik je sikit. Time tu, aku ternampak dia berdiri tepi pintu bilik aku.




Jawapan : Kenali Hantu 💀
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

#1. Jepun / Korea Selatan :
— Yurei / Yu - Ryong

#2. China :
— Hantu

#3. Taiwan :
— Mô - Sîn - á

#4. India :
— Hantu Syaitan

#5. Russia :
— Demon ( roh hantu )

- @ghostsayying 👻




gelaran hantu bagi negara Russia : -
Опрос
  •   Demon ( roh hantu )
  •   Mô - Sîn - á
  •   Jin
  •   Hantu
  •   Yurei / Yu - Ryong
  •   Hantu Syaitan
123 голосов



Показано 20 последних публикаций.

320

подписчиков
Статистика канала