Satu Ringgit.
Aku ada satu ringgit, sehelai mimpi dan asa yang terkubur di celah-celah papan kunci hitam berdakwatkan kisah silam bermegahan melawan takdir bahawa kisah ini ditulis tangan tidaknya Tuhan. Dunia ingin melihat aku bermusuhan, bertumbuk dengan aliran prejudis yang menyatakan jalan kesenian hanyalah angan-angan. Jangankan impian dijadikan taruhan, masa depan hanyalah perjudian, maka siapakah aku tanpa suara dalam penulisan, bukan? Bukan. Rancang demi rancang, rancak selagi rancak, namun satu ringgit ini tetap tamak dimakan sehingga kering dakwat diminum lahapnya nafsu terhadap sebuah percintaan. Industri hanya industri, pembaca hanya teman penerima wasiat kematian bahawa suatu hari nanti, dunia akan sedar, asa yang terkubur tidak sesekali menumbuhkan sehelai mimpi, dan mimpi tidak membuahkan satu ringgit buat anak kecil membeli roti mengisi kekosongan perut si ibu yang telah mati.
Maka jika si ibu telah pergi, ke mana anak kecil mencari susuan?
Ke tanah jua dikebumikan.
—Akifamrann.