۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
MALAM MUSTAJAB DOA & AMALAN DI BULAN REJAB.
“Para ulama mengatakan, “Bulan Rejab adalah bulan istighfar. Bulan Sya’ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi ﷺ dan bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran.”
Di antara amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan Rejab ini adalah:
1) Banyakkan doa, “Allahumma bariklanaa fii Rajaba wa Sya’ban wa balighna Ramadhan.”
(Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.)
2) Banyakkan beristighfar, bertaubat memohon keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى.
3) Baca selepas solat fardhu Subuh dan selepas solat fardhu Isyak 70x, “Rabbighfirlii war hamnii watub a'layya.”
(Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku.)
4) Dan di antara amalan yang jangan kita tinggalkan walaupun ianya dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain dan khusus juga di dalam bulan Rejab adalah kita membaca Sayyidul Istighfar 3x di waktu pagi dan membaca Sayyidul Istighfar 3x di waktu petang.
Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar yang mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ﷺ mengatakan, “Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan.” Dan Nabi ﷺ mengatakan, “Kalau dia baca, dia meninggal maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah.” Maka besarnya fadhilat Sayyidul Istighfar ini.
5) Di dalam Rejab ini juga kita sangat dianjurkan untuk berpuasa. Bukan hanya di bulan Rejab sahaja sebenarnya kita nak berpuasa tetapi di bulan-bulan lainnya juga kita dianjurkan untuk berpuasa. Akan tetapi istimewanya bulan Rejab ini adalah dikeranakan ianya merupakan salah satu daripada 4 bulan haram.”
[Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered]
Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
instagram | telegram :
@kalam_ulama