KataJariSrikandiAbah🏹


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


"Hijrah itu penghubung, dakwah itu pengerat"
Menulis tentang kebaikan, bukan kerana diri telah baik, tapi kerana diri ini juga sedang mencari kebaikan itu. Semoga bermanfaat.
Pengisian channel:
Dakwah
Cerita Pendek
Tips² Seorang Pelajar

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Izinkan aku.

Menyayangimu dalam diam.
Mendoakanmu dalam sepi.
Menjaga diri semampu mungkin.
Memperbaiki diri sebaiknya.

Meskipun belum ku tahu, siapa dirimu, di manakah akan bertemu, bahkan bila akan dipertemukan.

Semoga kau juga sabar menantiku dalam jagaanNya.🤍


Mencintai.

Letakkanlah perbuatan mencintai ini hanya kepada Ilahi.

Kerana sifat mencintai, biarpun hati terasa lukanya, namun, tetap akan menerimanya, tetap berusaha redha dengan takdir,tetap berusaha berjuang, berkorban, agar dapat mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya agar memperoleh redhaNya.

Selamat meneruskan perjuangan dalam mencintaiNya.🥰


Kerana yang berhak dicintai itu hanyalah padaNya Yang Maha Esa.

Maka, cukuplah meletakkan sifat menyayangi itu milik makhlukNya.

Cukup sekadar itu. Jangan lebih. Kerana tahap menyayangi itu sifatnya sederhana. Seandainya jatuh pun, jatuh yang mampu membangkitkan diri.


Di sepertiga malam ini,
Ada pendosa yang sedang "berbicara" dengan Tuhannya.

Dan isinya,

"Seandainya kedukaan ini adalah "bayaran" atas dosa-dosa lampau diri, maka, Kau ikhlaskanlah aku menjalaninya dengan hati yang redha. Sungguh, sakit rasanya, tapi demi dosa yang ingin kugugurkan, ikhlaskanlah aku, Ya Allah🤲"


Terkadang,
Ingin saja diri meminta untuk dibutakan dengan nikmat bahagia di dunia agar diri dapat mengecapi nikmatnya mengejar kebahagiaan akhirat.


Kekuatan.

Akan hadir saat kau benar-benar pasakkan hati dan keyakinanmu pada perancangan Ilahi.

Kekuatan.

Akan hadir saat kau benar-benar membenamkan rasa cinta yang terdalam pada Allah dan Rasulullah.

Yakinlah,
Dia mempunyai perancangan yang lebih baik dari perancanganmu.

Teruslah berjuang dalam sabarmu, duhai diri.


Mana mungkin seorang sahabat ingin berkongsikan kedukaan di hati di hari bahagia sahabatnya,

Mana mungkin seorang sahabat ingin berkongsikan kesedihan di hati di hari bermakna sahabatnya,

Mana mungkin seorang sahabat ingin berkongsikan kekecewaan di hati di hari permulaan sahabatnya mengecapi nikmat kasihnya Allah.

Ya,
Mana mungkin kesanggupan itu ada.

Biarlah rasa sedih, kecewa bahkan kedukaan itu dibenam sendiri,
Demi melihat diri sahabatnya yang sedang berbahagia,
Sahabat,
Kerana diri menilai persahabatan ini atas nama cintanya Ilahi,
Segala kesedihan,
Rela dibenam,
Biarlah hanya bahagiaku yng kau ketahui,
Biarlah kekecewaan ini kuadukan hanya padaNya,
Sungguh,
Aku redha,
Memendamnya sendiri bersamaNya.🙂


Tauladan daripada kisah Kecintaan Zahid kepada Allah dan Rasul-Ustadzah Oki Setiana Dewi

"Seseorang akan mendapatkan kemanisan Islam, kebaikan, kenikmatan yang luar biasa, ada 3 hal :-

1. Mencintai Allah dan Rasul berbanding apapun.
2. Ketika kita membenci dan mencintai seseorang kerana Allah, bersatu dan berpisah dengan seseorang kerana Allah.
3. Ketika kita benci kepada kekufuran dan kemaksiatan setelah Allah memberikan petunjuk kepada kita.

Begitu, sabda Rasulullah SAW,

"Terkadang mudah bagi kita untuk mengucapkannya, ternyata agak sulit untuk melakukannya, tidak semua orang, ketika faham dari hal ini, kemudian mereka mampu menjalankannya, terkadang, kita punya mimpi, punya cita-cita, kita lebih mencintai seseorang, lebih mencintai hal-hal bersifat duniawi, tapi ternyata apa yang terjadi, itulah yang membuat kita pada akhirnya jauh dari rasa cinta Allah dan Rasul, mungkin akan dapat kebahagiaan dunia saja, tapi tidak di Syurganya Allah."

Maka, teruslah berjuang dalam mendapatkan kenikmatan cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.🥰


Sedang mencari kebahagiaan?

Carilah bahagia itu daripada mereka yang sedang berbahagia.
Bahagiakan lagi mereka dengan kehadiranmu.

In Shaa Allah,
Kebahagiaanmu juga akan tiba,
di waktu yang tepat bersama dengan seseorang yang tepat.🥰


Manusia berubah?
Itu perkara biasa.🙂
Kerana hidayah juga milikNya.
Berhak dianugerahkan,
Berhak juga untuk ditarik kembali.

Kecewa dengannya?
Untuk apa?
Hanya lelah yang kan kau rasai.

Redhalah.
Redhakan dia dengan perubahannya.
Teruslah berdoa yang baik-baik untuk dirinya.


Aku tahu,
Terkadang sakit sangat rasanya,
Melepaskan tanpa rela,
Tapi,
Kau kena ingat,
Sekuat apapun kau genggam dia,
Hatinya,
Dirinya,
Milik Dia,
Selamanya akan jadi milik Dia,
Kau hanya peminjam,
Yang sementara.

Belajarlah melepaskan dengan ikhlas,
Teruslah berharap Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik untuk dirimu, kelak. 😊

Percayalah perancanganNya adalah sebaik-baik perancangan.😊

Selamat meneruskan perjuangan🏹


Masih rasa sakit hati dengan perbuatan seseorang?

Cuba katakan pada diri ayat ni,

"aku memaafkanmu, sungguh aku memaafkanmu, walau kata maaf tidak pernah kau ucapkan."

Katakan juga pada diri,

"aku memaafkan aku, sungguh aku memaafkan diriku, aku redha memaafkan diri yang penuh khilaf, dulu."


Meminta maaf bukan kerana ingin mencari siapa salah, tapi agar hatimu dan hatinya berdamai dengan takdir aturanNya. 😊


Selalu kita nampak "kekejaman" orang pada kita🙂
Sampai kita terlupa ada beberapa perkara "kejam" yang kita sendiri telah buat terhadap diri sendiri tanpa sedar, iaitu,

Belum mampu jaga aurat sesempurna mungkin dan kita bangga mempamerkannya kepada umum,

Belum mampu jaga ikhtilat sebaik mungkin dan kita bangga diketahui umum,

Belum mampu menjaga akhlak agar lebih baik dari hari ke hari dan kita bangga umum mengenal kita dengan gelaran "kurang berakhlak".

Kejam kan kita dengan diri yang Allah bagi pinjam di dunia yang sementara?🙃


Pesan Abah,

Hari ini kita bantu orang,
Esok lusa Allah akan hantar orang lain untuk bantu kita.

Jangan pernah berharap orang yang pernah kita bantu akan bantu kita,
Jangan berharap macam tu,
Nanti kecewa yang akan datang.


Pesan Abah,

Kalau terdetik ingin buat kebaikan,
Buat terus,
Walaupun dengan orang yang telah menyakitkan hati kita.


Ingat,
Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita kerana Dia sayang pada kita,
Allah ambil seseorang dalam hidup kita juga kerana Dia kasih pada kita.

Lihatlah kehadiran dan kepergian seseorang itu dengan pandangan berhikmah,
In Shaa Allah,
Kau akan belajar redha dengan setiap kehadiran dan kepergian seseorang dalam hidupmu.😊


Cubalah,
Seandainya benar dirimu menyayanginya kerana Allah,
Letakkanlah pengharapan kepada Allah yang teratas,
Letakkanlah pengharapan kepada manusia yang terbawah,
Letakkanlah tawakalmu padaNya yang tertinggi,
Lalu,
Meletakkan dirinya di dalam doa.

Kelak,
Cepat atau lambat,
Kau akan rasa bersyukur dan lebih tahu cara mengendalikan perasaan yang Allah anugerahkan kepadamu dengan penuh hikmah.

Meskipun kau terpaksa melepaskannya,
Mungkin selamanya,
Atau mungkin juga hanya untuk saat ini,
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.😊


Muslimah,
Aku tahu kau sedang banyak menahan dirimu,
Kau menahan dari terlihat cantik di mata ajnabi,
Kau menahan diri dari inginkan perhatian dari ajnabi,
Kau menahan diri dari menagih pujian dari ajnabi,
Kau menahan diri dari segala yang berkaitan ajnabi.

Aku tahu,
Kau sedang struggle,
Ye,
Kita sama,
Sedang berjuang,
Menahan diri,
Keep qowiyy di sana,
Semoga "penahanan dirimu",
Melahirkan Wanita Solehah, idaman Bidadari Syurga🤍


Kalau kata-kata manusia tu dilihat sekadar dari "manusia kepada manusia", memang akan terasa sakitnya kata-kata tu.

Tapi, kalau kata-kata tu dinilai dari "Allah (melalui manusia) kepada manusia", hikmahnya kau akan jumpa.

Tapi, hikmah tu akan dijumpai, kalau kau rela mencari, bukan sekadar menanti.


Berhijrah,
Boleh jadi "mudah",
Boleh jadi "sukar",
Boleh jadi bermula dengan
ubah cara pemakaianmu,
ubah cara pergaulanmu,
ubah cara pemikiranmu,
ubah cara beribadahmu,

Tapi,

Niatmu untuk siapa?
Ingin buktikan kepada siapa?

Tanyalah hatimu yang paling dalam.

Adakah untuk
"Si Dia" yang kau tinggalkan?
atau
"Si Dia" yang meninggalkanmu?
atau
"Mereka" yang pernah menyisihkanmu?
atau
kepada "Dirimu" yang penuh rasa penyesalan?
atau
Untuk Allah Yang Maha Menguasai takdirmu?

Untuk siapa?
Benarkah demi mencari redha Allah?
atau
kau bersembunyi di balik "mencari redha manusia"?

Tanyalah hatimu.
Selami ia baik-baik.

Показано 20 последних публикаций.

385

подписчиков
Статистика канала