Zikir dari sudut bahasa bermaksud mengingati. Manakala dari sudut istilah pula, zikir merupakan sesuatu perkara yang dilakukan dengan tujuan mengingati Allah dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau dengan hati
Dan meningati Allah mampu untuk membuatkan hati manusia menjadi tenang dan damai. Hati yang yang sentiasa mengingati Allah akan melahirkan perasaan cinta yang mendalam kepada Allah.
Alquran menjelaskan tentang tuntutan berzikir dan berzikir secara kerap. Sebagai contoh.
Firman Allah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.”
[al-Ahzab: 41]
Firman Allah
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Maksudnya: “Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.”
[al-Insan: 25]
Lazimi zikir seperti mana kita lazimi penggunaan telefon pintar.
@ketabahanilmu