BACAAN SUNYI
Bisikan lirih yang tertambat di sela air mata
telah mula mengocak dan menonjolkan amukan
di birai amarah itu keegoan telah mula menjalar
di titian usang yang semakin mereput dimakan angin yang menderu
onggokan hujanan itupun tak mahu nyatakan
tentang jiwa yang mula merekah
dengan tusukan pemanah durja
menitipkan busur busur cerca
yang mengabdi di setiap hela nafas
sedang angin dalam landasan perjalanan
meniupi bahangnya para pengemudi ilmuwan
aku telah berserapah
untuk hentikan gelita yang bersalut dengan birunya hati yang patah
dek kerana tangan tangan yang tak berserah
pada malam sejadah dihamparkan untuk menggeledah
bacaan sunyi yang tak mahu dipapah.
@lembaranpuisi