TELUR TAK JADI ANAK AYAM
Kerana sifat amarah
yang menjaki
dengki
dan busuk hati
rezeki ingin dikongsi
pun lari
tidak toleh kanan kiri
pandang belakang jauh sekali
itulah... aku nak pesan
perangai jangan seperti budak-budak
tamak
usaha kalau seperti telur setengah masak
usah digenggam
atau diperam
hanya merugikan diri sendiri
bukannya boleh menetas
keluar anak ayam
baik dimakan sementara sempat
sementara masih hangat
itu pun kalau sempat
kalau tak
tembelang yang mendapat.
@LembaranPuisi
Kerana sifat amarah
yang menjaki
dengki
dan busuk hati
rezeki ingin dikongsi
pun lari
tidak toleh kanan kiri
pandang belakang jauh sekali
itulah... aku nak pesan
perangai jangan seperti budak-budak
tamak
usaha kalau seperti telur setengah masak
usah digenggam
atau diperam
hanya merugikan diri sendiri
bukannya boleh menetas
keluar anak ayam
baik dimakan sementara sempat
sementara masih hangat
itu pun kalau sempat
kalau tak
tembelang yang mendapat.
@LembaranPuisi