Macam mana nak elakkan sifat TAKBUR 🔥⁉️
Menurut Imam Ghazali, terdapat beberapa panduan untuk elakkan sifat tersebut...
👇👇
✨ Apabila berjumpa KANAK², anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak² belum dibebani dengan dosa
✨ Apabila berhadapan dengan ORANG TUA pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana mereka lebih beribadah daripada kita
✨ Ketika berjumpa ORANG ALIM, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmunya
✨ Apabila berjumpa dengan ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan, sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya
✨ ketika berjumpa ORANG JAHAT, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.
✨ Begitu juga ketika bertemu dengan ORANG KAFIR, katakan... Belum tentu dia akan kafir selama²nya...
Wallahu'alam
#muhasabahdiri
@littlekhalifah_izzah