﹅˙ coretan kata ≭ ˙


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: Цитаты


Ꮚ ⨾ don't ever stop praying , Allah will hear you and answer you . be patient , do not lose faith .
💗 ⨾ @diari_hatii

Связанные каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
Цитаты
Статистика
Фильтр публикаций


🌷 ⵓ @noktahhatii


keindahan dunia hanyalah ibarat mimpi , keindahan dan kelazatannya hanyalah sementara . janganlah disebabkan oleh keindahan dan kelazatannya yang sementara ini , kamu semakin jauh dengan keindahan dan kelazatan syurga yang abadi .

🌷 ⵓ @noktahhatii


betapa banyak orang yang tidak sedar bahawa selama ini hatinya berpenyakit . dan hatinya juga tertipu dengan pujian pujian manusia terhadap dirinya dan terleka dengan pelbagai kenikmatan duniawi daripada Allah kepadanya . padahal , ini semua adalah seksaan yang diberikan oleh Allah sebagai peringatan , namun orang orang bodoh memanggilnya sebagai keberkatan dan karomah dari ilahi .

🌷 ⵓ @noktahhatii


berhenti merasakan dirimu itu tidak berguna . sudah sejauh ini, kamu sudah melalui pelbagai jalan jalan yang sulit . ya , mungkin kamu tidak menyangka kamu adalah orang hebat kerana telah melalui pelbagai hal meskipun ia sukar . tahniah , dan semangat ya buat hari hari yang seterusnya .

🌷 ⵓ @noktahhatii


kita takkan mampu sayang orang lain selagi kita tak cuba untuk sayang diri kita terlebih dahulu . kita takkan boleh memaksa orang lain untuk menghargai diri kita melainkan kita yang menghargai diri kita sendiri .

🌷 ⵓ @noktahhatii


tak rugi pun kalau kita hilang orang yang tak sayang dan tak pernah hargai diri kita .

🌷 ⵓ @noktahhatii


tak marah , tak dendam . aku maafkan semuanya . tapi aku tak boleh lupa apa yang kau buat pada aku .

🌷 ⵓ @noktahhatii


terima kasih kerana hadir dalam hidupku . terima kasih kerana sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik . terima kasih kerana ada dengan ku saat diriku senang mahupun susah . terima kasih yang tidak terhingga untuk semua yang telah kau lakukan padaku . aku hargai semuanya .

🌷 ⵓ @noktahhatii


good morning . may Allah ease everything for us today .

🌷 ⵓ @noktahhatii


terlalu banyak yang ingin diluahkan . tetapi aku tetap memilih untuk pendam walaupun ada yang sudi menjadi pendengar . cukuplah Allah sahaja yang tahu apa yang terbuku dalam hati ini .

🌷 ⵓ @noktahhatii


siapa sangka , orang yang kita fikir tidak akan meninggalkan kita itulah yang saat ini telahpun pergi meninggalkan .

🌷 ⵓ @noktahhatii


sahabat , jangan sedih jika dia pergi meninggalkan kamu . percayalah , satu hari nanti dia akan menyesal kerana melepaskan orang yang betul-betul ikhlas mencintai dia .

🌷 ⵓ @noktahhatii


ya Allah , jadikan aku seorang yang berjiwa kuat , yang mampu membalut luka dengan sabar , yang mampu menahan marah dengan istighfar , yang mampu menghapus dendam dengan ikhlas dan memaafkan , dan seorang yang mampu menghadapi masalah dengan tabah .

🌷 ⵓ @noktahhatii


terima kasih kepada si dia yang hadir dalam hidup aku . yang mewarnai kenangan yang sangat indah , yang tidak akan aku lupa sampai bila bila . terima kasih memberi aku sakit dan duka ini . kerana perkara yang menyakitkan ini juga telah mengajar aku untuk kuat . terima kasih kepada si dia . terima kasih Allah kerana pinjamkan dia buat aku 🤍

🌷 ⵓ @noktahhatii


اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد


hari ini adalah hari jumaat terakhir bagi tahun 1443H . mari perbanyakkan amalan dan berdoa kepada Allah . jangan lupa baca doa akhir & awal tahun jugak 🤍 !

🌷 ⵓ @noktahhatii


🌷 ⵓ @noktahhatii


Репост из: Lifeless 🥀
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

maksudnya : “ Ya Allah , perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya

hadis riwayat bukhari dan muslim .

@lifelesstory .


kecantikan seorang wanita itu akan terlihat lebih indah jika mempunyai akhlak yang baik .

🌷 ⵓ @noktahhatii


belajarlah untuk menerima atau mencintai orang lain tanpa merasa takut kehilangannya . jangan selalu menggantungkan kebahagiaanmu kepada orang lain , kerna mungkin nanti dia akan pergi begitu sahaja tanpa melihatmu lagi .

🌷 ⵓ @noktahhatii

Показано 20 последних публикаций.

1 552

подписчиков
Статистика канала