Репост из: D@kWaH kEcIl kU
Muslimah, Hargailah Usaha Rasulullah Memperjuangkan Maruahmu
“Aurat seorang muslimah dengan lelaki ajnabi dan orang bukan Islam (tidak kira lelaki atau perempuan) adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.”
Ramai muslimah hari ini tahu tentang batasan aurat mereka. Namun seramai mana pula yang benar-benar memelihara aurat mereka dengan sebaiknya?
Sayang sekali kerana masih ramai wanita yang belum melaksanakan perintah ALLAH ini dengan sempurna.
Muslimah hari ini, ramai yang bertudung tetapi bertudung yang belum memenuhi syarat sebagaimana yang dituntut di dalam agama.
Firman ALLAH swt di dalam Al Qur’an:
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (Surah An-Nur: 31)
Menerusi ayat ini, jelas bahawa Allah memerintahkan kepada wanita supaya menutup dada-dada mereka. Tapi jika dilihat oleh muslimah pada hari ini ramai yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
Duhai muslimah,
Labuhkan tudungmu,
Longgarkan pakaianmu,
Perhiasilah dirimu dengan akhlak mulia,
Sungguh jangan kau ingkari perintah Tuhan.
Muslimah itu lembut,
Muslimah itu sopan,
Muslimah itu begitu dihormati,
Hargailah usaha Rasulullah memperjuangkan maruah dan martabat dirimu,
Bayangkan jika Rasulullah tidak meningkatkan martabatmu. Pasti hari ini muslimah akan dilayan laksana perempuan pada zaman Arab jahiliah.
Wanita dilayan laksana hamba yang hina.
Muslimah, mengapa harus kau rendahkan martabatmu? Mengapa mesti kau biarkan maruahmu diinjak.
Wanita pada zaman jahiliah itu begitu buruk kehidupannya, dipukul dan dihenyak sesuka hati, dilayan mengikut nafsu semata.
Muslimah sepatutnya dihormati dan disayangi!
Muslimah, tidakkah kau merasa simpati akan nasib ayah, abang dan adik lelakimu?
Kerana merekalah yang bakal dilampiaskan dengan azab pedih atas perbuatanmu.
Kejamnya dirimu muslimah membiar ahli keluargamu menangguh pedih derita akibat daripada perbuatan burukmu,
Bangkitlah muslimah, peliharalah akhlakmu, peliharalah pakaianmu, peliharalah hatimu.
Moga syurga buatmu juga ahli keluargamu.
Salam cinta buat seluruh muslimah.