"Lalissa?" tegur seorang lelaki. "Jaga adik. Dia datang nak seorang tempat kita" kata 'tiger' kepada Amzairi. "Kau adik 'tiger'?" tanya Lalissa yang tidak percaya. Tanpa aku sedar, 'tiger' perlahan-lahan menghampiri Lalissa dan terus memeluk leher Lalissa dengan kemas. "Aku dapat kau" jerit 'tiger' keriangan. Konco-konconya mula bersorak. "Lepaskan dia abang" Amzairi bersuara. "Kau pahal sokong dia? Kau nak dia? Boleh tapi bagi aku rasmi dulu" kata 'tiger' lagi. Lalissa cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri, namun gagal. Akhirnya, Lalissa menggunakan kepalanya sehingga terhantuk dengan dagu 'tiger'. "Adik tangkap dia" arah 'tiger' kepada Amzairi. Lalissa melihat Amzairi. Jaraknya antara Amzairi amat dekat. "Maaf abang. Am tak suka abang buat ni. Dari dulu Am tak suka" kata Am lalu terus mengangguk kepala kepada Lalissa menandakan Am menyokong aku. Pergaduhan terus berlaku. Pertumpahan darah di merata tempat. Lalissa mendapatkan 'tiger'. "Aku bagi korang semua peluang, blah dari sini" arah Lalissa. "Blah la" jerit Am pula. Lalissa sudah mengeluarkan pisau untuk membunuh 'tiger', namun langkahnya terhenti. "Lalissa jangan" jerit Am. "Kita bawa dia pergi balai polis" kata Am lagi. Lalissa masih memegang pisau ditangan. Perlahan-lahan dia pun meletakkan pisau diatas tanah. Tanpa Lalissa sangka, polis tiba lebih awal lalu terus menahan Lalissa. "Encik, saya Amzairi yang buat report. Dia kawan saya" kata Am membela Lalissa. "Maaf encik, Cik Lalissa terlibat dengan jenayah memukul orang dan merosakkan harta benda awam" terang polis itu lalu terus menggari Lalissa. Lalissa pun mengikut polis itu kebalai.
"Abang minta maaf sebab ikat jamin kau lambat" kata abang Aykal sebaik melihat Lalissa melangkah keluar dari balai polis. "Takpe. Aqiel okay?" tanya Lalissa apabila sudah 2 hari tidak mendengar khabar berita dari Aqiel. "Kita balik rumah dulu" kata abang Aykal. "Taknak. Adik nak pergi hospital, Aqiel mesti tengah cari adik" kata Lalissa lagi. "Aqiel dah takde adik. Dia meninggal malam adik kena tangkap tu" kata abang Aykal. "Abang tipu! Aqiel ada dekat hospital kan? Aqiel kan nak kahwin dengan adik? Aqiel ada akan abang... " Lalissa terus menangis dan akhirnya pengsan. "Adik" abang Aykal menepuk muka Lalissa, namun Lalissa masih belum sedarkan diri. Abang Aykal terus membawa Lalissa ke hospital.