Qassam Malaysia 🇵🇸


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Info terkini mengenai مقاومة dan gerakan pembebasan Palestin, Al-Quds & Al-Aqsa.

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


🔽 Redz

Ayuh semua kita daftar akaun di platform/aplikasi media sosial yang dibina oleh Homyt, syarikat Palestin yang berpusat di Ramallah, Tebing Barat.

Aplikasi media sosial yang pastinya tiada sekatan dan larangan terhadap content Palestin, Hamas, Briged Al-Qassam dan lain-lain.

Ayuh kita sama-sama menyokong developer dari Palestin dan naikkan rating aplikasi ini supaya ia lebih popular daripada Facebook, Instagram dan sewaktu dengannya.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play dan juga App Store.

Akaun Qassam Malaysia 🇵🇸 di platform Redz - https://thexapp.app.link/kfqrYGQPVFb

🔺Mesej dari Homyt: Komuniti Redz yang dihormati, kami amat menghargai sambutan anda untuk menggunakan aplikasi Redz! Sokongan anda yang luar biasa telah membawa kepada trafik server yang sangat tinggi, yang tidak kami jangkakan. Pihak kami sedang berusaha gigih untuk meningkatkan kapasiti server kami untuk menampung anda dan semua pengguna kami yang dihargai. Jika anda mengalami apa-apa kesukaran untuk mengakses aplikasi ini, ia berkemungkinan disebabkan oleh peningkatan trafik. Kami memohon kesabaran anda dan menggalakkan anda untuk mencuba mengakses Redz sekali lagi selepas beberapa ketika. Sokongan anda sangat bermakna bagi kami dan kami komited untuk meningkatkan pengalaman penggunaan anda.

1.8k 2 33 32 144

Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
🔽 Adegan menyasarkan tentera musuh dan memusnahkan kenderaannya yang menembusi kawasan kejiranan Al-Tuffah dan Al-Daraj di Kota Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam

1.5k 0 7 11 129

🔴 Sebentar lagi!

Melalui saluran berita Al Jazeera, adegan Mujahidin Al-Qassam menyasarkan kenderaan penjajah dan tentera yang menembusi kawasan Al-Tuffah dan Al-Daraj di Kota Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
🔽 Adegan pesawat tanpa pemandu Skylark-2 yang dirampas semasa misi risikan di utara Tal al-Zaatar di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
🇿🇦 Beribu-ribu umat Islam di Cape Town, Afrika Selatan berhimpun di hadapan mural gergasi bendera Palestin untuk berdoa' buat Palestin.

Sumber: QNN


🔴 Terkini!

🔽 Mujahidin Al-Qassam terlibat dalam pertempuran sengit di kawasan Al-Sha'af dan Jabal Al-Rayes, timur Kota Gaza dan meletupkan alat anti-personel terhadap pasukan pejalan kaki Zionis dan menyasarkan pasukan lain yang bersembunyi di dalam bangunan dengan peluru berpandu "TBG", menyebabkan sejumlah besar kematian dan kecederaan dalam kalangan mereka.

Sumber: Briged Al-Qassam


🔴 Briged Al-Qassam menyasarkan 20 kenderaan Zionis yang menembusi kawasan Al-Daraj dan Al-Tuffah dalam tempoh 48 jam terakhir.

Kredit: طوفان الاقصى


🔴 Terkini!

🔽 Dalam tempoh 48 jam yang lalu, Mujahidin Al-Qassam dapat menyasarkan 20 kenderaan Zionis yang menembusi kawasan Al-Daraj dan Al-Tuffah, menjadikan jumlah kenderaan yang disasarkan di dua kawasan tersebut kepada 72 kenderaan.

Sumber: Briged Al-Qassam


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
🇵🇸 [VIDEO] KAMI TAKKAN SEKALI-KALI IKTIRAF ISRAEL! 🇮🇱🔥

Tajuk:
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Berkata
🇵🇸(قال القائد إسماعيل)🇵🇸
Artis: Wa3edband
Terjemahan: Ibrahim Azran

🎵🎶
قال القائد إسماعيل
هذا النهج ولا تبديل
لو خضعت كل الدنيا
لن نعترف بإسرائيل

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkata
Ini jalan yang takkan bertukar ganti
Walau seluruh dunia tunduk
Kami takkan sekali-kali iktiraf Israel!

🎵🎶

Kredit: Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin

Nota: Hayati liriknya dan jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus bersama perjuangan Palestin!

1.7k 0 17 12 155

Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
🔽 Penempatan haram Israel Tebing Barat mengumumkan bahawa tentera Zionis yang muncul dalam video menanam pokok di Gaza untuk menghormati Amiram Ben Oliel, pendatang haram pengganas yang membakar keluarga Dawabsha hidup-hidup, telah dibunuh oleh mujahidin di Gaza.

Allahu Akbar! 🇵🇸

Sumber: QNN

2k 0 3 16 210

🔽 Yang kedua dalam masa kurang daripada 24 jam dan daripada jenis yang sama (Skylark-2).

Kredit: Halat Qassamiyyah


🔴 Terkini!

🔽 Briged Al-Qassam menembak jatuh pesawat peninjau (drone) Skylark-2 yang sedang dalam misi perisikan musuh di Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam


🔴 Terkini!

🔽 Mujahidin Al-Qassam dapat meletupkan medan periuk api yang terdiri daripada 4 bom laras dan alat "televisyen" anti-personel dalam pasukan infantri Zionis dan beberapa kenderaan tentera di utara kem pelarian Bureij di tengah Semenanjung Gaza, menyebabkan mereka mati dan cedera.

🔽 Briged Al-Qassam menyasarkan sebuah jentolak Zionis D9 dengan peluru "Al-Yassin 105" di utara kem pelarian Bureij di tengah Semenanjung Gaza, mencapai serangan tepat.

Sumber: Briged Al-Qassam

2k 0 3 6 180

🔴 Terkini!

🤬 Pihak berkuasa penjajah Zionis melepaskan bom gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin di Wadi al-Joz selepas menghalang mereka daripada sampai ke Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat.

Sumber: Saluran Al-Aqsa

2k 0 2 11 112

🔴 Terkini!

🤬 Pihak berkuasa penjajah Zionis mendirikan sekatan untuk menghalang rakyat Palestin daripada sampai ke Masjid Al-Aqsa.

Sumber: طوفان_الأقصى

2k 0 2 3 128

🔴 Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediteranian:

🤬 Tentera penjajah Zionis mencuri wang dan harta benda rakyat Palestin di Semenanjung Gaza secara besar-besaran.

🤬 Tentera penjajah Zionis sengaja membakar rumah selepas merompaknya dan menyiarkan klip video barang berharga yang dicuri di rangkaian media sosial.

🤬 Tentera penjajah Zionis mencuri wang, emas, barangan antik, logam dan kraftangan yang dianggarkan bernilai berpuluh juta dolar.

Sumber: Shehab


🔴 Terkini!

🤬 Pasukan polis Zionis menyasarkan lelaki muda dengan bom gas di kejiranan Wadi al-Joz, Baitulmaqdis.

Sumber: Silwanic


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
🔴 Terkini!

🤬 Dari pintu masuk ke kejiranan Wadi al-Joz di Baitulmaqdis, pengerahan pasukan polis Zionis yang ramai. Mereka mendirikan sekatan dan menghalang jemaah daripada sampai ke Masjid Al-Aqsa untuk Jumaat ke-12 berturut-turut.

Sumber: Silwanic


🔻Dokumen sulit ini menyebutkan mengenai kerjasama antara agensi perisikan Israel, Shin Bet dan Mossad dengan rakan kerjasama mereka di Jordan dan Mesir. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pejuang Palestin khususnya Hamas dan Jihad Islam.

Kerjasama ini difokuskan pada pemantauan dan pengumpulan maklumat mengenai perancangan dan pelaksanaan operasi di Tebing Barat dan kawasan jajahan Israel 1948, sebagaimana yang didakwa di dalam dokumen tersebut, berkemungkinan dikongsi oleh pihak-pihak berkaitan.

Sumber: Warfare Analysis

1.9k 0 5 15 142

Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
🔽 Beberapa jam yang lalu, penjajah Zionis meneruskan serbuan ke kem Al-Far'a, selatan Tubas, Tebing Barat di tengah-tengah pertempuran ganas dan sengit dengan penentangan dan wira-wiranya. Adegan ini adalah saat wira-wira kem Al-Far'a meletupkan alat letupan pada ke kenderaan penjajah Zionis.

Sumber: Al Mutared

Показано 20 последних публикаций.

6 003

подписчиков
Статистика канала