“ pada pendapat Cik Anis, betul ke kehidupan tanpa cinta seratus peratus akan membawa kejayaan? “ soal pengacara rancangan tersebut terhadap Anis.
soalan ini membuatkan Anis tersenyum.
“ terima kasih kerana menanyakan soalan ini. Saya tahu betapa ramai peminat saya diluar sana tertunggu-tunggu jawapan saya untuk soalan ini. “
“ untuk soalan ini, pada saya, saya rasa lebih baik kita focuskan kepada impian dan kerjaya kita dulu sebelum mendalami fasa cinta. “
“ sesetengah orang sudah mempunyai kehidupan yang stabil dan bersedia untuk memasuki fasa mencari jodoh. “
“ jadi, ikut pada setiap individu. kalau saya, ini lah pendapat saya. lain manusia lain lah pendapat nya. tak salah untuk focus kerjaya sambil bercinta. “
“ cuma saya, saya lebih utamakan kerjaya saya. pasal cinta cintun ni, saya tolak tepi dulu “
mereka yang ada di dalam studio tersebut tergamam mendengar jawapan Anis.
setelah beberapa minit kemudian , salah seorang daripada crew rancangan tersebut membuat isyarat tangan supaya pengacara itu terus bertanyakan soalan kepada Anis.
pengacara itu berdehem sebelum meneruskan soalan yang seterusnya.
“ wow jawapan Cik Anis sungguh mendalam ya hahaha. Boleh saya teruskan dengan soalan yang seterusnya? “
“ ya, silakan “ lantas Anis.
“ soalan ini agak sensitive tapi atas permintaan ramai peminat Anis, pihak kami membuat keputusan untuk mengambil kesempatan atas rancangan ini untuk bertanyakan kepada Cik Anis “
“ ada khabar angin mengatakan sebelum Cik Anis menjadi salah seorang usahawan yang paling muda di negara ini, Cik Anis telah berkahwin kemudian diceraikan talak satu oleh salah seorang anak pelakon yang agak terkenal. boleh Cik Anis memberi jawapan untuk khabar angin ini? adakah ia betul ataupun tidak? “
@seindahdiri