┏━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━┓
❍
TIPS TINGKATKAN MARKAH EXAM 👑 🪴
TULIS SEMUA MARKAH EXAM YANG LEPASKalau awak ambil 10 subjek, maka list semua markah bagi 10 subjek tersebut. Jangan focus kepada gred dahulu! Focus kepada penambahan markah bagi setiap exam.
🪴
SUSUN SUBJEK MENGIKUT NILAI TERTINGGIContohnya,
Bio - 94
Bm - 88
Kimia - 72
Dan so on.. dari sini korang boleh nampak subjek apa yang kena maintain dan subjek apa yang kena usaha lebih lagi.
🪴
FOKUS KEPADA SUBJEK LEMAHTeruslah mengulangkaji dan buat latihan banyak banyak berdasarkan subjek yang kita lemah tu. Boleh start buat study group atau set jadual supaya dapat belajar subjek lemah tu dengan lebih kerap.
🪴
TANYA DIRI SENDIRI KENAPA TAK DAPAT SKOR SUBJEK TU?Contohnya, kalau korang tak dapat skor subjek Sejarah. Cuba fikir balik apa yang korang buat sampai tak dapat skor subjek Sejarah dan terus cari jalan penyelesaian. Contohnya,
• tak minat sejarah ▶️ cari cara lain untuk kuasai sejarah
• banyak benda nak hafal ▶️ hafal slow slow dan study awal
🪴 BELAJAR DARI KESILAPANKetahuilah bahawa anda masih ada masa untuk perbaiki semua kesalahan yang anda buat ketika exam. Buka balik kertas soalan dan terus cari jawapan yang salah. Fahamkan kenapa anda boleh dapat jawapan yang salah dan terus buat latihan
🪴
JANGAN TARGET DRASTICALLYContohnya, kalau markah Math 35, janganlah terus target nak dapat 80. Bukanlah mustahil, tapi nak elakkan diri daripada kecewa sebab terlalu berharap. Kalau nak target, maksimum +20 markah sahaja. Jadi target dari 35 ke 55. Teruskan tambah markah target setiap kali ada ujian lain.
🪴 AMBIL MASA YANG LAMA ITU NORMALSetiap kali nak dapatkan sesuatu, ambil masa yang lama itu normal supaya dapat pastikan kita dah melalui proses pembelajaran yang baik. Sebab tu study awal awal. Dah banyak kali dah ulang jangan study last minute.
➼ #studytips
credit :
@tips_spm2021•.🪴
@studytosuccesswithme🫐 ❍
┗━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━┛