Apakah makna Allah itu Esa ?
Apakah makna Allah itu tidak melahirkan ?
Apakah makna sepertiga al-Quran ?
Terima kasih adik Aisyah Dayana kerana sudi menjadi remaja ketiga berkongsi tadabbur beliau. Adik Aisyah sudah dididik ibunya dengan surah ini sejak berusia 2 tahun.
KITA (Klinik Tadabbur) siri 3 memilih empat ayat dari surah al-Ikhlas. Kali ini kita bersama adik Aisyah Dayana binti Roslan yang berusia 12 tahun dari Putrajaya.
KITA merupakan sebuah program bersiri dan atas talian terbaru dari Tadabbur Centre ke arah memasyarakatkan al-Quran kepada anak-anak remaja. Program mingguan yang akan dibuat dalam bentuk rakaman ini akan mensasarkan anak-anak dari usia 12 hingga 17 tahun dengan bimbingan para fasilitator dari Asatizah dan Dreamteam dari Tadabbur Centre.
Anak-anak sendiri akan memilih satu dua ayat al-Quran yang memberi kesan dalam kehidupan mereka, kemudiannya fasilitator akan melengkapkan tadabbur mereka inshaallah.
Nas Ayat dan Terjemahan Siri 3 :
﷽
﴿قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ ٣ وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤﴾ [الإخلاص ١-٤]
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
https://youtu.be/fIrLfqjZbAI