The Qowiy Writer—♥️💬


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: не указана


Sepahit apapun sesuatu peristiwa pasti ada hikmahnya.
ϵst; 22 jαͷῠαrϒ 2019

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Hati kamu galau? Kamu mahu motivasi. Yuk join sini ya♥️

𝑱𝑶𝑰𝑵 •ᥫ᭡• @BicaraBulanOfficial


Jangan takut kehilangan seseorang di dalam hidupmu, tetapi takutlah kehilangan Allah di dalam hidupmu, kerana itu adalah puncak kegagalan seorang hamba.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Manusia mencari bahagia dengan pelbagai cara. Merata tempat. Ada yang masuk hutan, keluar dari kampung, panjat bukit, pergi ke lautan dan ada yang dari bandar balik ke kampung.

Tapi bahagia dicari tak juga ditemui.

Bahagia itu sebenarnya sangat dekat. Cuma perlu melihat pada diri sendiri. Ada begitu banyak anugerah yang Tuhan telah beri.

Cukup makan minum, ada tempat tinggal, ada keluarga, sihat dan masih mampu melakukan amal ibadah. Itulah bahagia.

Berhenti bandingkan dengan orang lain. Apa yang ada pada kalian, itulah kebahagiaan yang istimewa khas untuk kalian. Dan iya kena selalu ingat itu semua daripada Tuhan.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Seandainya manusia tahu dan yakin tentang apa yang Allah janjikan, maka takkan ada yang hidupnya sia-sia.

Seluruh masanya akan mencari jalan supaya janji Allah itu berlaku terhadap dirinya.

Allah janjikan syurga buat orang yang memaafkan. Yakinlah, langsung maafkan.

Allah janjikan keselamatan akhirat buat mereka yang berbuat baik kepada sesiapa pun sekali pun yang tak henti hari-hari berniat jahat kepada dia. Maka teruslah berbuat baik sekali pun kepada orang yang benci kita.

Allah janjikan akhirat tanpa hisab buat yang sabar. Maka sabarlah atas janji Allah itu walau pun di dunia jiwa kita dihiris lumat.

Percayalah.
Allah tak berjanji macam kita. Janji Allah itu pasti.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Semua perkara bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama yang penuh berani.

Biar pun langkah yang kecil tapi tetap bergerak ke depan. Memang kadang kita jatuh, tapi tak apa. Jalan terus. Langkah lagi dan lagi.

Percayalah, lama-lama kita akan pandai berlari. Pandai melompat. Dan bijak juga menduga jarak lubang yang kita nak lompat.

Begitulah dalam hidup ini. Ada benda yang kita kena cuba dulu sikit sikit. Walau pun tak pernah kita buat, cuba dulu. Baru kita tahu, sesuai atau tidak dengan kita.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Rasulullah bila dihidang dengan makanan yang Rasulullah tak suka, Rasulullah akan diam. Tidak mencebik, tidak menunjukkan mimik muka tak suka dan tak pernah Rasulullah menghina atau memburukkan makanan itu.

Rasulullah cuma terus makan makanan yang Rasulullah nak dan tak sentuh makanan yang Rasulullah tak suka tadi.

Nampak tak betapa halusnya akhlak Rasulullah. Itu terhadap makanan yang tidak punya nyawa. Sekali pun tak suka, Rasulullah diamkan.

Betapalah lagi kepada manusia yang punya hati dan perasaan. Kalau pun pada dia ada sifat yang Rasulullah tak suka, Rasulullah tak akan mengata, jauh lagi lah Rasulullah akan kutuk dan hina orang itu.

Lebih daripada itu Rasulullah akan doakan kebaikan dan kalau ada kesempatan, Rasulullah akan berbuat baik terus kepada orang itu.

Rasulullah bagi hadiah, ziarah ketika sakit, jaga kebajikan dan tolong bayarkan hutang pun pernah. Yang akhirnya orang itu akan sendiri berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Hebatkan Nabi kita? Siapa lagi kita nak tiru kalau bukan Rasulullah ye dak.

Buktikan rindu kita buat Nabi dengan berazam nak ikut dan tiru cara Rasulullah. Begitulah.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Kadangkala, kita ini dah tahu jawapannya. Cuma, kita sahaja yang masih belum bersedia tentang hakikatnya.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Untuk dapat apa yang kau suka, pertama kau perlu bersabar dengan hal yang kamu benci.

Itulah pesan Imam Al-Ghazali untuk kita semua hari ini.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Makin berat ujian Allah pada kita, makin kuat sayang Allah pada kita. Hadapilah dengan sabar dan tenang. Jangan mengeluh, Iman kita sedang diuji.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Untuk dapat apa yang kau suka, pertama kau perlu bersabar dengan hal yang kamu benci.

Itulah pesan Imam Al-Ghazali untuk kita semua hari ini.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Allah lah yang akan memperkenankan doa orang yang didalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya.

Allah juga yang menghilangkan kesusahan daripada hati-hati kita apabila kita kembali berserah kepada-Nya.

Lalu kenapa marah ketika diuji? Mengapa mesti kecewa kalau tahu badai pasti menimpa?

Kita kan khalifah yang memang akan diberi ujian. Sebab itu Allah sebut sedikit dikalangan kita yang bersyukur.

Iya! Sedikit sekali dikalangan kita yang mengingati nikmat Allah.

Maka, bersyukurlah saat diuji. Ujian itu tanda Allah sedang beri perhatian istimewa buat kita.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


“Jangan mudah menuduh orang,
Jika ternyata hatimu sendiri yang penyakitan.”

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Nikmat terbesar di akhirat nanti bukanlah semata-mata syurga.

Ya, syurga penuh dengan kenikmatan.

Tetapi ada yang lebih nikmat dan bahagia berbanding syurga.

Iaitu melihat Allah, dalam keadaan Allah redha kepada kita.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Kalau stress, cuba amalkan doa ini:

Hasbunallah wa ni'mal wakil.

“Cukuplah Allah sebagai penolong dan dialah sebaik-baik wakil.”

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Aku terlalu keras pada diri sendiri sampai aku lupa bahwa hanya diri sendiri yang memeluk diriku saat dunia dan takdir yang tak begitu baik padaku

❤️☕️

@theqowiywriter


Saat hati sedang lemah, takut, gelisah, benci, kecewa, sedih, marah, dendam, riya', takabbur, ujub, sum'ah dan lain².

Istighfarlah mohon ampunanNya, penyakit hati datang daripada dosa sendiri. Istighfarlah dengan air matamu hingga lena, moga bangkit nanti jiwamu semakin lapang.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Ya Allah, apabila ajal datang menjemput, maka jadikanlah kami pada waktu itu sebaik-baik keadaan untuk kembali pada-Mu.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Kalau di dunia kita sering meminta ampun kepada Allah, di akhirat nanti pun kita akan jadi manusia yang sering memohon keampunan Allah.

Kalau di dunia kita tidak bertaubat atas dosa, di akhirat nanti Tuhan akan lupakan kita. Kerana di dunia kita tidak ingatkan Dia.

Maka bersendirian lah kita menghitung banyaknya salah yang telah kita lakukan dalam umur dunia.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Perempuan disarankan berhati hati, lelaki disarankan menjaga kelakuan. Lelaki sepatutnya memimpin dan melindungi golongan wanita. Tak pelik kenapa perempuan sekarang memilih, takut dipilih jenis panas baran. Benda bukan boleh reset balik.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter


Taubat, lakukan setiap hari. Kerana pintu taubat terbuka setiap hari.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter

Показано 20 последних публикаций.