Top Achiever Skill Solution


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


SUDAH TIBA MASANYA ANDA MENEROKA ILMU BISNES, ILMU KEBAHAGIAAN, DAN MEMANTAPKAN MOTIVASI DIRI ANDA DENGAN PERKONGSIAN INSPIRASI DARI KAMI.
FB: shahriduan hamzah
IG: shahriduan.hamzah

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


DUIT HABIS MENAFKAHI ISTERI

Sebaik-baik sedekah adalah untuk keluarga sendiri. Ada suami yang benar-benar faham penting berikan nafkah kepada isteri, tapi ada juga suami yang sentiasa berkira bab nafkah.

Lebih-lebih lagi bila isteri ada pekerjaan sendiri.

Suami yang sentiasa berkira untuk berikan nafkah sering tidak menyedari bahawa salah satu penyebab dimudahkan rezeki suami adalah isteri.

Berkat doa dan kesetiaan isteri dalam melayani suami dan anak-anak, Allah bukakan pintu rezeki suami.

Suami nak kaya, elak kan kedekut dengan isteri.

#JejakaPayung
#IlmuKenaKongsi


Assalamulaikum salam Jumaat semua.😊

Hidup ini bukan soal senang atau susah.

Tetapi sejauh mana kita mendapat bantuan daripada Allah SWT.

Apabila Allah datangkan pertolongannya, dalam kesusahan apa pun kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapinya.

Sekalipun dalam kesenangan, tetapi apabila Allah tidak membantu, segalanya akan menemui jalan buntu.

Jangan bergantung kepada kudrat kita yang sekerat. Tetapi bergantunglah kepada Allah Yang Maha Kuat.

#BerkongsiManfaat


FREE TO DREAM(Ilmu kewangan,bisnes dan inspirasi percuma)😍

https://www.facebook.com/groups/570892670281087/?ref=share

Join sekarang.


SIAPA SUKA NAK BELAJAR LAGI DEEP ILMU KEWANGAN, BISNES DAN INSPIRSI HIDUP?
Опрос
  •   NAK
  •   BOLEH LA
  •   TAK MINAT
44 голосов


Sometimes bukan kita tak dapat sales sebab kita tak buat marketing. Dah buat marketing dari pagi ke malam tapi rezeki masih belum kunjung tiba.
.
.
Tapi...
Rupanya kita tak cukup selawat kita.
Rupanya kita lupa istighfar kita.
Rupanya kita lewatkan solat kita.
Rupanya kita tinggal sedekah kita.
Rupanya kita lalai zakat kita.
.
.
Yang paling teruk. Kita hilang rasa syukur kita sepanjang hari dengan apa yang kita ada dan apa yang kita dah usahakan.
.
.
Allahu. Boleh jadi dosa-dosa kita menyekat rezeki sampai pada kita. Kita rungsing, risau, gelisah, sedih, moody, apa yang kita nak tak dapat-dapat. Rupanya ibadah kita sudah makin lama makin culas. Kita selalu salahkan marketing atau salahkan pelanggan yang tak membeli. Padahal kita bersalah besar dengan TUHAN.
.
.
Ayuh muhasabah diri sebentar.
.
Mana tahu rezeki terbuka lepas kita muhasabah diri. Dan perbetulkan semula semuanya dari asas. 😇😊


https://t.me/topachieverskillsolution


#LindungMinda

Orang yang nak berjaya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Orang yang nak gagal juga akan bersungguh sungguh untuk mencipta alasan untuk gagal.

Jadi, anda nak berjaya atau gagal?

Mesti la berjaya kan, jadi mulai dari hari ni fokus dengan apa yang anda impikan kerana fokus ini membuatkan anda menumpukan seluruh tenaga dan pusat perhatian anda pada matlamat tersebut.

Ingat, manusia adalah makhluk yang dikurniakan dengan mindset yang terbaik. Apa yang difokuskan pada minda itu lah nanti yang akan dorong anda untuk berjaya.

Macam mana nak belajar fokus ni?

Belajar fokus dalam SOLAT. SOLAT latihan yang terbaik untuk kita fokus. Fokus hanya pada Yang Maha Kuasa.

#ShareJikaSuka


#LindungRezeki

Semua orang ada masalah masing-masing.

Berkait dengan rezeki. Makna rezeki itu tersangat la luas.

Suami dan isteri, anak-anak, sihat, duit, tempat tinggal dan yang paling utama adalah hidayah, Iman, Islam.

Hari ni anda susah, anda sedih pasal apa? Ada yang akan jawab.

Sebab hutang, rezeki sempit, pasangan sakitkan hati, kena fitnah, tiada kerja, kena dikhianati dan banyak lagikan.

Tapi semua ini sebenarnya tak tepat pun.

Hakikatnya kita sedih, kita kecewa, hidup kita jadi susah sebab dalaman kita hancur. Hati kita kosong. Tak ada isi.Kita jauh dari ALLAH pemilik hati kita ni.

Kita nak berubah. Kita nak sekeliling kita jadi dan ikut apa yang kita nak. Apa yang kita mahu.

Tapi kita berkeras. Kita degil tak nak ikut perintah ALLAH. Sedarlah yang bumi, langit dan seisinya semuanya milik ALLAH.

Kalau kita ingkar dengan Allah macam mana?
Agak-agak kita dapat tak pertolongan dari Allah pemegang segala urusan kita?

Mohon ampun dan banyakkan bertaubat kepada Allah. Sebab tu di ulang banyak kali, permulaan bagi jalan keluar semua masalah kita tak lain tak bukan, istighfar pada ALLAH.

Sudah-sudah lah kita degil. Kita nak kemana? Nak lawan siapa? Tak letih ke hadap hidup yang penuh masalah dan tak berkesudahan tu?

#SilakanShareSaja


https://t.me/topachieverskillsolution


Hakikatnya rezeki itu bukan pada duit, gaji atau income

Tetapi merangkumi beberapa aspek seperti :-

Sihat itu rezeki
Bahagia itu rezeki
Banyak masa itu rezeki
Disayangi itu rezeki
Tidak putus duit itu rezeki
Dapat (apa2) pun rezeki

ERTI rezeki adalah apa sahaja yg kita Nikmati.

Kenapa namanya rezeki?

Kerana disaat kita merasai rezeki itu, masih ramai diluar sana yg tidak berpeluang merasainya. Berapa beruntungnya kita.

Yg selalu sebut tidak cukup itu nafsu.
Yang selalu sebut cukup itu iman.

Maka Bersyukurlah.. Alhamdulillah

Dapat sesuatu?

~ Uataz Don Daniyal Don Biyaji


https://t.me/topachieverskillsolution


Hujan turun tidak pernah menunggu sama ada kita telah atau belum sediakan payung. Demikian pula kematian, ianya akan datang menjemput setiap saat, tidak peduli sama ada kita telah atau belum siap menyambutnya.

Jika hari ini kita masih lagi boleh berbicara. Maka, bicaralah yang baik-baik.

Jika hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda. Maka, berguraulah dengan penuh kasih sayang.

Jika hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara. Maka, banyakkan ibadat jauhi maksiat.

Jika hari ini kita masih lagi boleh membaca Al-Qur'an. Maka, hayatilah makna setiap ayat dengan penuh insaf.

Jika hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyuk. Maka, banyakkanlah doa jangan alpa.

Jika hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang. Maka, penuhilah dengan rasa kebaikan dan sentuhan kasih sayang.

Mana tahu esok semuanya tiada lagi. Mana tahu esok kita pula akan disolatkan.

#BerkongsiManfaat
#ShareJikaBermanfaat


Kehilangan bukan suatu yang mudah. Kehilangan orang tersayang, kehilangan harta benda, kehilangan pekerjaan.

Semua ini boleh menghancurkan hati anda. Tetapi jangan biarkan itu membuat anda kehilangan harapan dalam rahmat Yang Maha Kuasa.

Suatu hari nanti hati anda akan tetap sembuh. It will soften. You’ll draw closer to Him. You’ll feel whole again.❤️




Seorang sahabat pernah cerita pada saya kelebihan sedekah subuh ni. So malam ni saya share dengan anda semua. Semoga ia dapat memberikan manfaat.

Diwaktu subuh turun dua malaikat.

Malaikat pertama berdoa :

"Ya Allah berikanlah orang yang berinfaq itu balasan"

Dan malaikat kedua berdoa :

"Ya Allah berilah orang yang kikir kebinasaan(hartanya)"

TIPS SEDEKAH SUBUH

- Sediakan tabung sedekah masukkan rm2 setiap kali waktu subuh, keluarkan setiap jumaat dan sedekahkan.

- Boleh transfer terus setiap kali waktu subuh ke akaun kebajikan anak yatim dan kepada sesiapa sahaja yang layak.

Dengan niat :

"Ya Allah Semoga dengan sedekah ini kau berikanlah manfaat kepada penerimanya bahagiakan mereka. Semoga dengan sedekah ini kau ampunkan dosa-dosaku dan jauhkan aku dari kesempitan hidup Amin Ya Allah Ya Mujib"

#BerkongsiManfaat


Setiap orang ada kebaikannya. Usahalah untuk melihatnya.

Walau kecilnya kebaikan itu. Accept it when they make a mistake. We’re all human, not immune to wrongdoing.

Betulkan mereka jika kita mampu, dengan penuh kesabaran dan lemah lembut. Don’t give up on people.

Say a prayer for them.🤲☺️


Setuju tak jika saya katakan berniaga ni bukanlah hanya kira berapa untung setiap hari. Tapi ia banyak mengajar tentang pergantungan dan YAKIN pada ALLAH.
Опрос
  •   Setuju
  •   Tak Setuju
  •   Entahla!
78 голосов


🖇🖇🖇🖇🖇



Baca AL Quran hari-hari walaupun sikit

Ada seorang ulama berguru kepada seorang guru. Selang beberapa lama, dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain.

Gurunya berpesan:
Jangan tinggalkan membaca Al Qur’an.
Semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah. Dan muridnya pun melakukannya.

Dia membaca Al Qur’an 3 juz sehari.
Dia menambahkan hingga 10 juz sehari.
Dan urusannya semakin mudah.
Allah swt yang mengurus semua urusannya.
Waktu pun semakin berkat.

APA MAKNA BERKAT WAKTU?

Apa yang dimaksudkan dengan berkat waktu?
Dapat melakukan banyak hal dalam waktu sedikit.
Itulah berkat Al Qur’an. Al Qur’an membuat kita mudah menguruskan waktu.

Bukan kita yang atur waktu kita, tapi Allah.
Padahal teorinya orang banyak membaca Al Qur’an memakan banyak waktu, mengurangi waktu untuk kegiatan lain.

Tapi Allah swt yang membuat waktu jadi berkat. Hingga menjadi begitu efektif. Hidup pun efektif.

Dan Allah akan mencurahkan banyak berkat dan kebaikan pada kita kerana Al Qur’an salah satu berkatnya adalah membuka pintu kebaikan, membuka kesempatan untuk amal soleh berikutnya.

Salah satu balasan bagi amal baik yang kita lakukan adalah kesempatan untuk amal baik seterusnya.

Mari jadikan tilawah sebagai waktu utama kita. Bukan waktu yang terluang saja.

SET MASA UNTUK MULAKAN QURAN
H A R I H A R I
M E N Y E B U T
P E R K A T A A N A L L A H

Semoga istiqamah dan selamat beramal.

Segala puji bagi ALLAH


https://t.me/topachieverskillsolution


Pengalaman hidup dalam berkeluarga ni ada macam-macam cabaran. Cabaran paling utama adalah dari segi financial.

Dengan terbentuknya sebuah keluarga maka bertambah lagilah keperluan yang perlu disediakan. Dan inilah ujian yang ramai orang sedang hadapi.

Lebih-lebih lagi di waktu ekonomi semasa pun kian mencabar ni. Kita biasa dengar orang cakap, anak itu rezeki. Tapi kenapa makin bertambah anak dada duk rasa sesak je. Hidup semput kena catu sana dan sini.

Pesan seorang Guru kewangan, memang benar anak itu rezeki yang tak ternilai tapi rezeki tak akan datang bergolek dan berlari. Rezeki kena diusaha dan dicari.

Antara ilmu yang tak semua orang ada sekarang adalah ilmu cari duit dan ilmu menguruskan duit. Ramai diantara kita gagal di bahagian ini. Sebab tak semua orang belajar tentang urus duit sebelum mendirikan rumah tangga.

Lagi bagus jika sebelum setiap pasangan itu menikah, diwajibkan hadir seminar untuk pengurusan kewangan keluarga. Jangan main-main bab duit, kerana duit lah banyak berlaku penceraian dan pergaduhan dalam masyarakat kita.

Usahakan susun langkah satu demi satu dari awal supaya kita tak terjerat dengan kebocoran kewangan yang kronik.

Ada dua jenis kebocoran kewangan yang akan berlaku:
1)kebocoran boleh dikawal- perbelanjaan bulanan dan komitmen bulanan.
2)kebocoran tak dapat dikawal- kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal.

Semua ini perlukan ilmu untuk kita uruskan. Satu tips bagi mereka yang dah berkeluarga. Suami mesti murah hati dengan isteri, sebab isteri adalah tanggungjawab. Nafkah isteri kena ditunaikan kalau nak rezeki murah. Percayalah bila memberi kepada isteri, maka suami akan dapat lebih lagi dalam arah yang tidak disangka-sangka.

#TolongShareYa


https://t.me/topachieverskillsolution


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Alhamdulillah.
Rezeki yang tak terjangka tiba. Nak tahu rahsianya?

RAHSIA mudah bisnes di FB WALL PERIBADI kini dibongkar dalam kitab FB free kos Marketing. 😎

Klik sini untuk tawaran DISKAUN kasih sayang 😘

👉🏻 wasap.my/60199828545/PowerFbMarketing


Bila stress, terus rasa malas beramal.
Ada yang sanggup tinggal solat.

Allah wajibkan solat, bukan sebab Allah perlukan solat kita tu.

Tapi sebab KITA YANG PERLUKAN SOLAT.

Sebab tu yang sakit pun kena solat. Tak boleh berdiri duduk, tak boleh duduk baring.

Allah tahu keperluan kita, Allah wajibkan solat untuk kebaikan kita.

Kebaikan dari segi fizikal, mental, spiritual.

Jadinya jika nak sihat, nak tenang, nak hidup senang, solat lah. Walau stress, down, tertekan macam mana sekalipun.

Solat bukan beban, tapi dengan solat beban hilang.

Kredit Syakirah Kapli


https://t.me/topachieverskillsolution


Make a promise to yourself, that setiap pagi anda bangun. Anda akan buat whatever it take to be happy all day long. And by the time anda masuk tidur malam nanti, anda tidur dalam keadaan tenang dan bahagia.☺️


https://t.me/topachieverskillsolution


Siapa yang nak belajar marketing di facebook.

Boleh dapatkan KITAB ini.KITAB FBM harga rm280 boleh terima lagi sampai jam 12 tengahari ❤️

Lepas tu harga naik.

Cuma janganla PM kul 11:59, tak sompek nak key in dalam sistem. Somput mongah nak mengojar 🤣

http://www.wasap.my/60199828545/KitabFBM

Показано 20 последних публикаций.

413

подписчиков
Статистика канала