Dalam Laporan Audit Negara terbaharu menyatakan jumlah belanja mengurus pada tahun 2018 adalah sebanyak RM2.2 Bilion dan belanja urus pembangunan pula berjumlah RM3.1 Bilion.
Peruntukan ini diberi dalam bentuk geran kepada lapan kementerian antaranya Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Industri Utama dan Kerja Raya.
Kementerian-kementerian ini pula akan mengagihkan geran kepada agensi-agensi persekutuan seperti MARDI, FAMA, LKIM, MIDA, MATRADE dan MARA.
Laporan Audit berkenaan ini meringkaskan beberapa penemuan audit seperti berikut;
a. Baki geran berjumlah RM83.67 juta bagi 67 projek pembangunan dan program yang telah siap di lapan (8) agensi
TIDAK dipulangkan kepada Perbendaharaan Malaysia.
b. Baki geran berjumlah RM2.96 juta telah digunakan bagi tujuan
SELAIN yang diluluskan oleh dua (2) agensi.
c. Sebanyak empat (4) projek/program pembangunan telah
TERLEBIH dibelanjakan di dua (2) Agensi Persekutuan, iaitu MARA dan ISN.
d. MARA telah membayar sejumlah RM187,233 kepada perunding bagi pihak Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
e. Prestasi kewangan projek
TIDAK dilaporkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Bila saya membaca laporan audit secara terperinci, justifkasi terhadap penemuan audit di atas kebanyakannya adalah baki lebihan geran diiperlukan untuk tujuan berkenaan projek namun 'BELUM' membuat permohonan atau permohonan masih 'BELUM' mendapat kelulusan. Walaupun projek tersebut telah lama siap.
Bagi saya perkara sebegini mencerminkan urus tadbir dalam kalangan penjawat awam.
Akauntabiliti dan kebertanggungjawaban dalam setiap sen perbendaharaan negara tidak boleh dipandang enteng. Apatah lagi jika nilaiannya mungkin mencecah bilion ringgit.
Sikap kebertanggungjawaban serta amanah perlu dididik dalam diri setiap dari kita, walau sekecil mana pun posisi kita.
Dalam kita menyeru dan berkempen untuk mengundi calon pilihanraya yang jujur, amanah, kompeten dan berwibawa, setiap dari kita (pengundi) juga perlu bersikap sedemikian juga.
Pemimpin yang baik, amanah, jujur dan kompeten hasil dari tangan pengundi yang juga baik, amanah, jujur serta kompeten.
Hazwan Mohamad,
Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA
https://t.me/hazwanmohamadchannel