Tips Untuk Usahawan


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: Экономика


Komuniti ini akan membongkarkan rahsia dan tips untuk usahawan dan bakal usahawan .
Join sekarang ianya 100% PERCUMA !

Связанные каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
Экономика
Статистика
Фильтр публикаций


Happy Labour Day kepada semua yang bekerja ! 🔥

Admin doakan korang semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki & sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah.

Di bulan syawal yang mulia ni admin nak ambil kesempatan untuk minta maaf sekiranya ada yang terkurang sepanjang admin share kan tips dalam channel bisnes ni 🙏🏻

In Shaa Allah , lepas ni admin akan share kan banyak lagi tips tips bisnes dalam channel bisnes ni okay ! 😍

All the best untuk bulan baru ni 💪🏻🔥




Taktik Licinkan Stok Raya di Minggu Akhir Ramadan

1. Countdown hari lebaran untuk push pelanggan buat pembelian segera.

2. Tonjolkan keunikan produk anda berbanding produk lain di pasaran.

3. Gambarkan suasana kemeriahan beraya dengan produk anda.

4. WhatsApp pelanggan untuk remind ‘Checklist Sebelum Lebaran’ supaya pelanggan tak terlupa nak dapatkan produk anda!

5. Offer combo purchase untuk galakkan pelanggan beli banyak.




5 step untuk kasi licin stok biskut raya

1. Paparkan video review pelanggan yang pernah cuba dan review biskut raya anda dengan ikhlas. Invest pada video yang buatkan orang rasa lapar bila tengok video biskut raya tuan puan .

2. Buat video behind the scene atau video jenis content bahan-bahan premium tuan puan guna untuk buat biskut raya.

3. Edarkan free sample kepada prospek dan dapatkan feedback mereka. Jangan lupa bagi contact kepada mereka.

4. Buat combo clearance untuk biskut raya yang slow-moving. Combokan dengan biskut favorite ramai orang.

5. Buat lucky draw wheel untuk tarik crowd datang menjengah ke kedai offline dan online tuan puan.




Dekat dalam ni ada tak jual biskut/kuih raya ? 😍
Опрос
  •   Ada min 😋
  •   Alamak, tak jual 😭
61 голосов


Apa syarat untuk content marketing (creative content) ? 🤔

1. Jangan mention pasal produk atau nama produk berkali-kali.

2. Jangan bayangkan yang korang beli atau guna produk.

3. Jangan letak Call To Action (CTA) suruh orang komen like share etc.

4. Jangan sesekali promote produk atau servis.

5. Jangan guna Call To Action (CTA) yang membayangkan korang jual produk tersebut.




Cukup ada 6 perkara di atas ni boleh dikatakan konten. Nak tahu tak apa syarat untuk konten marketing? 🔥
Опрос
  •   Nak tahu admin !! 😍
  •   Share cepat min 🔥
49 голосов


Untuk buat content marketing ni, penulisan tuan puan kene ada perkara kat bawah ni :

1. Content yang sangat menarik
2. Gambar / video yang menguatkan content
3. Fakta-fakta yang bukan biasa-biasa
4. Gunakan bahasa bersembang
5. Gunakan panggilan nama diri dan pihak ketiga. Contoh Saya / nama kita, korang, awak, dear, sis, bro dan lain-lain yang sesuai
6. Point-point kebaikan produk




6) IG & FB Story

Guna IG dan FB story dengan bijak, terutamanya di IG story,

Di IG story sebenarnya kita boleh buat direct survey, contoh kita boleh buat poll. Ini lebih dekat dengan followers kita.

Saya bagi contoh supaya tuan puan lebih faham.

Contoh: Jual tudung raya

Nak buat story jual tudung baru.

Mula-mula, tuan boleh buat poll. Tanya followers mereka suka warna apa? Buat beberapa pilihan; Pastel, Striking, Earth Colour.

Tujuan: Kita tengok percentage yang vote.

Next story pula, kita kongsikan result warna apa yang paling ramai vote. Contohnya warna pastel ramai suka.

Story seterusnya kita boleh letak gambar/video model pakai tudung warna pastel, tudung baru yang akan dilancarkan.

Next story pula tanya followers, kalau nak release design ni agak-agaknya ramai nak, buat poll > ramai nak weekend ke weekdays atau now.

Haa, wujudkan 2 way communication dengan followers kita. Barulah viewers naik.


5) Influencer photo/video

Sekarang ni bagaikan trend jadikan influencer untuk review produk kita.

Harga influencer juga kita boleh ikut pada bajet kita. Macm-macam range harga sekarang ni.

Nasihat saya, jangan stop sampai situ je. Sebab influencer juga dah termasuk dalam kos marketing kita.

Maksimumkan dengan jadikan bahan marketing apa yang influencer review produk kita tu.

Kita boleh jadikan bahan iklan berbayar.

Kita boleh bagi ejen gunakan untuk pemasaran mereka.

Kita juga boleh gunakan untuk konten di sosial media kita.

Alang-alang dah sentuh pasal influencer ni, saya nak bagi tips.

Marketing guna kaedah influencer ini akan relevan bila followers influencer tu adalah target market kita.

Saya bagi contoh.

Kita jual tudung sarung, tudung tak perlu iron.

Target market tudung ini: Ibu bekerjaya yang sibuk.

Kalau kita minta influencer ‘budak sekolah’, dah tak allign dengan kita punya target market.

Jadi, hasilnya sia-sia.

Tipsnya, buat research dulu influencer sebelum kita minta beliau review.


4) FB, IG, TikTok Live

Rancang awal apa kita nak kongsikan during live.

Biasa saya nampak yang buat live ni, peniaga terus direct selling.

Contoh:

“Tuan puan nak baju ni, ambil kod 07 baju belang ni dan tulis di komen. Jangan lupa screenshot dan bagi pada team kami.”

Ini biasa saya nampak di sosial media sekarang.

.

Tak salah, cuma saya sarankan bila tuan puan first time buat live, saya sarankan bukan terus menjual.

Tak pernah buat live, tiba-tiba kita menjual. Kan nampak macam tak kena, betul tak?

Seeloknya, lagi bagus kalau semasa live kita wujudkan 2 way communication.

Maksudnya semasa live, kita kongsikan tips buat mereka.

Jadi bila mereka bertanya pada kita, dah wujud 2 way communication.

Buat jadual live tu siap-siap.

Bahagikan persen bila nak menjual secara direct selling, bila nak share tips dan bila hari sesuai nak buat contest.




Ada lagi 3 idea konten yang tuan puan boleh variasikan di sosial media. Ramai ke nak tahu? 😍
Опрос
  •   Nak admin !! 🔥
  •   Tak sabar dah nii 💪🏻
51 голосов


3. Product Photo

Sebagai pendiri bisnes, kita perlu alert cara kita nak present gambar produk kita di sosial media.

Nak letak jenis gambar kat sosial media kita pun kena plan. Jangan main suka hati je letak.

Sebab kita tak nak followers pandang bisnes kita nampak “murah”, walaupun kita jual produk harga murah sekalipun.

Contoh: Produk skin care X tadi ada keluarkan day cream.

Di sebalik ada gambar photoshoot yang proper untuk produk day cream tadi, tuan puan juga boleh variasikan gambar tersebut.

Apa yang saya boleh detect, followers suka gambar ‘hidup’ contohnya gambar kita ber ‘ootd’ bersama produk dan bukan gambar studio.

Banyakkan letak gambar yang lebih real, dan insyaAllah followers lebih yakin nak membeli dengan anda.


2. Customer Photo

Apa tuan puan faham tentang customer photo ni?

Customer photo ni boleh jadi

+ Gambar customer feedback
+ Gambar journey customer


Ingat tuan puan. Kita boleh variasikan ‘customer photo’ ni, bukan semata-mata testimoni sahaja.

Contoh: Kita ada produk skin care X.

Kita ada gambar before after.

Gambar before tu mungkin gambar berjerawat, berjeragat, kulit kusam, kulit kering.

Bila pakai produk kita, nampak transformation pada kulit wajah. Lebih berseri.

Ini kita panggil testimonial. Ini salah satu benda yang boleh dikongsikan di sosial media kita.

Nasihat saya, jangan sesekali bila dah jual, kita tak ada follow up langsung dengan mereka.

Tugas kita ada lagi selepas customer membeli. Lagi nampakkan value pada produk kita, iaitu keep on track journey customer tu dari day one mereka pakai produk kita sampai ada hasil.

Kalau tak ada hasil, kita boleh tanya cara pakai mereka. Adakah sama dengan tutorial cara pakai produk yang kita bagi sebelum ini?

Kita boleh contact tanya “Tuan/puan, macam mana result bila pakai skin care? Ada perubahan?”

Selang sebulan contohnya, kita call bertanya lagi. Apa perubahan pada kulit wajah.

Ini lagi ada value tinggi pada produk skin care kita. Kemudian kita visualkan journey ni setelah ada hasilnya di sosial media kita.

Dari customer journey ni pun, kita boleh visualkan pada video, gambar, dan juga pada copywriting.

So, dari sinilah boleh bina trust followers untuk kenal produk kita lebih rapat.


3 TIPS VARIASIKAN IDEA DI MEDIA SOSIAL

1. Stop Selling, Start Sharing

Biasa yang saya jumpa di media sosial orang bisnes, mereka lebih suka terus menjual! Asyik gambar produk, dah macam katalog dah sosial media tu.

Paling penting, tuan puan kena ‘highlight’ kan value pada produk tuan puan.

Saya bagi contoh skin care X.

Kalau direct selling, kita akan mudah tepu idea. Asyik letak gambar produk je memanjang.

Tapi kalau kita start berkongsi kebaikan skin care X, percayalah idea kita mencurah-curah.

Tuan puan boleh kongsikan dengan cara educate mereka:

+ Cara pakai pelembap muka dengan betul.
+ Teknik urutan muka dengan betul.
+ Kebaikan skin care tanpa bahan kimia.
+ Manfaat pakai pelembap jenis A berbanding jenis B.

Sesekala, keluarkan juga idea yang lebih creative.

Contoh, kita boleh buat creative content style (sketsa pendek).

+ Bila dia tahu semua jenis skin care…
+ Tutorial cuci muka cara A vs cara B
+ Surprise birthday wife dengan skin care X
+ POV yang sesuai dengan skin care

Показано 20 последних публикаций.

8 075

подписчиков
Статистика канала