𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐦𝐚𝐣𝐚 🥀


Kanal geosi va tili: Malayziya, Malaycha
Toifa: ko‘rsatilmagan


A Motivational, Islamic Dakwah and Inspiring Channel ✨
📩 Book Paid Review Slot with @BesidesNur

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
Malayziya, Malaycha
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Ni betul apa yg mak pesan.

Masuk dalam rumah orang, kena butakan mata. Jangan usha2 dalam rumah orang tu ada itu ini lah bersepah lah. Tu memang rumah dia.

Keluar dalam keadaan bisu. Segala aib tuan rumah tu jangan dicanang ke orng lain.

Kita ni sebagai tetamu datang membawa berkat pd tuan rumah. Bukan menambah beban dan dosa pada dia.

Sekian pesanan ringkas mimin yg gojes

@Hati_Remaja


Kita usahakan jadi perempuan seperti ini 2025

1. Meletakkan batas kepercayaan kepada sesiapapun, paling tidak kalau dikhianati tidak sesakit mana.

2. Sederhana soal perasaan. Sayang berpada-pada, benci ada had. Pengalaman 2024 dah ajar kita yang berlebihan lukanya luar biasa.

3. Kalau single, kita jadi perempuan yang tak mudah jatuh cinta, lelaki tanya khaba dah perasan, entah kita perempuan ke berapa kita tak tahu. Halal baru ‘jatuhkan hati untuk mencintai’.

4. Kalau dah berkahwin, jadi yang setia dan taat, juga pandai serta tahu jaga ‘maruah’ suami.

5. Apapun keadaan, perjuangkan rasa tenang. Ada yang kita tak selesa, bagitahu. Kita pun tahu, bila tenang mudahnya kita nak menang.

Akhirnya, tahun 2025 ni soal mengubah diri sendiri bukan orang lain.

Afifah Alwi
Bismillah.

@Hati_Remaja


Azam 2025: bagi lelaki yang masih bujang tu bernikahlah semasa anda masih bujang. Bukan apa, kalau dah kahwin nanti susah dah nak bernikah


‎Zikir Bulan Rejab,

‎رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَلَيَّ

‎Rabbighfirlii warhamnii watub 'alayya.

‎70x pagi
‎70x malam

‎Selamat beramal pada selepas masuk waktu Maghrib nanti. 🫶🏻


Btw korang di 2025 ni umur berapa tahun dahhhh.

Macam mimin sweet 18 lagi 🤣


2025

diharapkan semoga berita baik, kebahagiaan, kesabaran, dan semoga itu ini yang lain bakal menemui kita sepanjang tahun


Nak, 2025 menanti kita dengan penuh senyuman, 2024 memberi kita 1001 pengajaran.

Gantikan setiap titisan air mata dengan keringat atas sebab usaha kita.

2025 adalah tahun kejayaan buat kita semua.


Trend tudung buh dalam baju tak pin ni trend apa seyh ?

Our perempuan sangat creative sgt mencabar Allah. Whoever invented padu dia punya dosa jariah menyalaaaa 🫠


Mendengar luahan kawan, baru i sedar ada orang susah sebenarnya nak dapat jodoh walau nak cari untuk berkenalan dahulu. Ada yang sampai sedih dan stress. Bukan memilih tetapi memang tiada yang ajak berkenalan. Ya Allah semoga yang membaca post ini dapat jodoh baik-baik. Amin.

@Hati_Remaja


SUKA AYAT INI

Apabila anda menyakiti seseorang yang benar-benar baik, anda mungkin tidak akan segera melihat reaksinya.

Mereka tidak akan bersuara, menuduh, atau membuat kekecohan.

Sebaliknya, mereka akan menanggung kesakitan itu dengan diam, tetap menunjukkan kehangatan dan kasih sayang yang selama ini mereka berikan.

Namun, jauh di dalam hati mereka, ada sesuatu yang berubah.

Mereka mula menjauh, bukan kerana marah, tetapi kerana menerima semuanya dengan diam-diam.

Secara perlahan, mereka akan mencipta ruang, pergi tanpa perpisahan yang dramatis dan tidak akan menoleh ke belakang.

Inilah orang-orang yang sangat menghargai anda, yang mempercayai anda sepenuh hati.

Apabila kepercayaan itu dikhianati, kepercayaan itu tidak akan hancur, tetapi ia akan pudar, sehingga mereka tidak punya pilihan selain melindungi kedamaian mereka. 🕊️

Mereka tidak akan berhenti berbuat baik atau kehilangan kelembutan hati mereka, tetapi mereka tidak akan melihat anda dengan cara yang sama lagi.

Ingat, kehilangan hati yang baik bermakna kehilangan sesuatu yang tidak dapat digantikan.

Hargailah mereka selagi mereka masih ada, kerana apabila mereka pergi, mereka benar-benar hilang.


buttercup
butterlite
farmcows fat spread
cook & bake buttery
planta/daisy/naturel blend
twincows

anything with spread/blend

are not Butter
but milk powder + palm/seed oil + emulsifier + food coloring + margarine

Butter is just butter. Salted or Unsalted


Kawan nak pinjam duit.
Kalau tak bagi, boleh hilang kawan katanya.
Bila dah bagi, dia pula hilang 😅

Shilakeee


Beruntung nikah dengan anak pompuan sulung. Dahlah pandai siang ikan, pandai memasak, garang² pun comel heheee


For you🫶🏻

Sayangkan diri kita please. Tak apa gagal, semua orang sama yang membezakan cara untuk kita bangkit kembali, berani mengatakan tidak untuk diri kita jangan terlalu menjaga perasaan orang lain. Buat apa kita suka selagi tidak ganggu orang lain, agama dan bangsa😊


"Walaupun dia kata macam tu tapi hati dia baik"

Is the biggest scam in malay people

Belajarlah tasawuf hingga kita sedar lidah antara anggota paling banyak menyebabkan seseorang itu di humban dalam neraka.

Tidak bertulang tetapi tajam.

@Hati_Remaja


Betul tuuuu


If you tak faham macam mana org boleh grief lama and lambat move on.. anggap je la you sangat beruntung & bersyukur la sebab you tak pernah rasa sakitnya kehilangan.


PAID REVIEW HR dan repost
GAJI RM 400+ SEMINGGU ? RC TEAM OFFICIAL OPEN NEW MMBER NOW❤️

Nak tau how? Pm @Itsmelicc , fast sbb blum smua tahu job ni + xguna modal sesen pun!

Last week i receive rm 180+ this week rm 420, so agak" 1month brpa i can get even xwork😘

Btw ni own feedback! Other get rm 500+🥲, n ni for gurl UMUR 20+ SAHAJA !

GAJI MINGGUAN !!!!
✅NOT AFFILIATE!

✅FREE JOIN ( PEREMPUAN SAHAJA YG BERUMUR 20 KE ATAS )


1. Jangan ingat kita tak kacau hidup orang lain, orang lain tak masuk campur hal hidup kita.
.
2. Boleh nak bersangka baik dengan semua orang tapi kena bersedia terima bukan semua orang berniat baik dengn kita.
.
3. Nak beri kepercayaan kepada seseorang tidak harus beri kesemuanya sepenuh jiwa dan raga. Sakitnya tak tertahan jika dikhianati.
.
4. Nak memuji tu berpada-pada jangan sampai orang tu lupa diri.
.
5. Bersikap skeptikal tak semestinya negatif. Terlalu optimist pun x bagus juga.

@Hati_Remaja


Bukan semua orang akan suka pada anda

(not everyone will like you).

Semasa kita kecil ia satu konsep yang susah untuk diterima kerana kita mahu semua orang suka pada kita, tetapi sebenarnya ia adalah satu yang mustahil (impossible).

Sebenarnya sangat penat untuk menyukakan hati semua orang, sebaliknya mesti ada yang tidak akan sukakan muka anda, tidak suka gaya percakapan anda, tidak suka stail rambut anda, tidak suka gaya jalan anda dan tidak suka cara gerak-geri anda.

Ada yang akan bercakap buruk dan mengumpat di belakang anda walaupun anda telah bersungguh-sungguh berbaik dengan semua orang.

Semasa mula bekerja saya cuba puaskan hati semua kakitangan tetapi tetap ada yang tidak berpuas hati dan dengki pada saya.

Apa sahaja yang saya buat akan disalah-ertikan oleh setengah orang.

Akhirnya saya memahami bahawa tidak semua manusia akan ‘reciprocate’ atau balas baik budi yang diberikan.

Pada mulanya saya berasa gusar hati tetapi lama-kelamaan saya terima hakikat ia adalah sebahagian dari kehidupan.

Ada manusia yang baik hati dan ada manusia yang tidak.

Apabila anda terima kenyataan bahawa bukan semua orang baik hati dan ada yang tidak suka pada anda, ia memudahkan untuk anda ‘jalan terus’ dan gunakan energy dan fokus untuk capai matlamat anda.

Tinggalkan mereka yang toksik dan jalan terus.

Begitu juga di socmed terutamanya di FB.

Ada beribu manusia dengan berbagai tahap pelajaran, berbeza paras IQ dan bermacam-macam fikrah, dalam FB ini.

Jika anda melayan setiap komen yang menghentam anda atau menjawab balas setiap kritikan sehingga berjela-jela, ia tidak akan menjana apa-apa faedah pada 'peace of mind' anda.

Jalan mudah ialah delete, block, unfollow dan unfriend orang-orang toksik ini.

Simple.

Pegang prinsip ini dan jiwa anda akan lebih tenang, aman dan damai.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar

@Hati_Remaja

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.