𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐦𝐚𝐣𝐚 🥀


Kanal geosi va tili: Malayziya, Malaycha
Toifa: ko‘rsatilmagan


A Motivational, Islamic Dakwah and Inspiring Channel ✨
📩 Book Paid Review Slot with @BesidesNur

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
Malayziya, Malaycha
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Bukan semua orang akan suka pada anda

(not everyone will like you).

Semasa kita kecil ia satu konsep yang susah untuk diterima kerana kita mahu semua orang suka pada kita, tetapi sebenarnya ia adalah satu yang mustahil (impossible).

Sebenarnya sangat penat untuk menyukakan hati semua orang, sebaliknya mesti ada yang tidak akan sukakan muka anda, tidak suka gaya percakapan anda, tidak suka stail rambut anda, tidak suka gaya jalan anda dan tidak suka cara gerak-geri anda.

Ada yang akan bercakap buruk dan mengumpat di belakang anda walaupun anda telah bersungguh-sungguh berbaik dengan semua orang.

Semasa mula bekerja saya cuba puaskan hati semua kakitangan tetapi tetap ada yang tidak berpuas hati dan dengki pada saya.

Apa sahaja yang saya buat akan disalah-ertikan oleh setengah orang.

Akhirnya saya memahami bahawa tidak semua manusia akan ‘reciprocate’ atau balas baik budi yang diberikan.

Pada mulanya saya berasa gusar hati tetapi lama-kelamaan saya terima hakikat ia adalah sebahagian dari kehidupan.

Ada manusia yang baik hati dan ada manusia yang tidak.

Apabila anda terima kenyataan bahawa bukan semua orang baik hati dan ada yang tidak suka pada anda, ia memudahkan untuk anda ‘jalan terus’ dan gunakan energy dan fokus untuk capai matlamat anda.

Tinggalkan mereka yang toksik dan jalan terus.

Begitu juga di socmed terutamanya di FB.

Ada beribu manusia dengan berbagai tahap pelajaran, berbeza paras IQ dan bermacam-macam fikrah, dalam FB ini.

Jika anda melayan setiap komen yang menghentam anda atau menjawab balas setiap kritikan sehingga berjela-jela, ia tidak akan menjana apa-apa faedah pada 'peace of mind' anda.

Jalan mudah ialah delete, block, unfollow dan unfriend orang-orang toksik ini.

Simple.

Pegang prinsip ini dan jiwa anda akan lebih tenang, aman dan damai.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar

@Hati_Remaja


Menjadi lelaki…

1. Pemimpin yg bertanggungjawab

Dia tak hanya bercakap tentang kepimpinan, tapi dia HIDUP sebagai pemimpin. Tegas, berwibawa, & penuh hikmah, memastikan setiap langkahnya membawa manfaat kepada orang sekeliling. Memimpin dengan kasih sayang, & adil dalam membuat keputusan. Tak tunduk pada ego, tetapi tegas berlandaskan prinsip kebenaran.

2. Pelindung & penjaga

Ancaman apa pun, dialah yang pertama berdiri di barisan depan. Maruah & keselamatan keluarga sentiasa jadi keutamaan, tanpa kompromi, tanpa gentar.

3. Penyedia nafkah tanpa alasan

Dia bangkit sebelum matahari terbit, berjuang tanpa mengenal penat & lelah. Rezeki halal bukan sekadar makanan di meja, tetapi bukti cinta dan tanggungjawab yang tertulis di setiap peluh yang menitis. Dia memahami itu semua adalah ibadah.

4. Pembimbing jalan syurga

Dia bukan hanya membawa nama, tetapi membawa keluarga ke arah yang dirahmati. Sentiasa mengajak keluarga ke arah kebaikan, menghidupkan aspek kehambaan dlm kehidupan. Dialah imam, dialah guru, dialah yang memastikan setiap langkah menuju redha Ilahi.

Lelaki qawwam adalah anugerah dunia. Bukan hanya seorang insan, tetapi simbol kekuatan, pengorbanan, dan keberanian. Tanpa mereka, dunia ini akan kehilangan arah.

Wahai lelaki, anda adalah tonggak yang menguatkan, tiang yang menyokong, dan cahaya yang memimpin. Jadilah lelaki yang bukan hanya hebat di mata manusia, tetapi mulia di sisi Allah.

Bangkitlah, wahai lelaki sejati. Jadilah inspirasi. Jadilah legenda. Dunia perlukan kekuatanmu.

Selamat Hari Lelaki Sedunia.




Korang pun mcm ni takkkk


Jangan dibawa main dendam seorang perempuan.

Dulu ketika masih bersama, merekalah pasangan yang paling cocok. Sentiasa ada disisi untuk memberi sokongan dan cinta yang tak berbelah bagi.

Pergi merata ceruk pasti akan dikemas kini dalam media sosial. Sampaikan orang tengok pun berasa seolah-olah kita juga melancong secara maya. Kemewahan, pengaruh dan keluarga yang kita nampak sempurna.

Kita semua impikan ada pasangan sebegitu dengan kekayaan sebegitu.

Namun, akhirnya terputus juga di tengah jalan angkara orang ketiga. Mungkin kemarahan yang membuak-buak kerana pasangan berpaling tadah? Berubah hati?

Masing-masing terus merancang beberapa bentuk penderitaan dan kesukaran hidup bagi bekas pasangan hanya kerana memvunuh bukanlah jalan yang terbaik bagi membalas dendam. Jalan terbaik adalah dengan memburukkan situasi hidup bekas pasangan supaya lebih menderita dan terseksa mental.

Perkara ini bukanlah perkara yang harus dibanggakan oleh warga maya. Orang ramai hanya tengok untuk bertepuk tangan saja. Yang sakitnya, siapa?

Faham nak naikkan semangat perempuan yang ditinggalkan oleh suami. Boleh bangkit dengan bingkas tanpa pandang ke belakang. Yang ini aku faham.

Tapi pengaruh yang ada tu telah disalahgunakan untuk melempiaskan dendam yang telah lama terbuku di hati masing-masing.

Kesian betul kat anak-anak yang menyaksikan pertelingkahan sebegini antara ibu bapa mereka.

Teringat kata-kata William Shakespeare:

‘Hell hath no fury like a woman scorned’

Yang bermaksud,
"Api neraka pun tak sepanas dendamnya seorang perempuan."

Terlalu mencintai juga akan menyebabkan terbukanya pintu kekecewaan yang terlalu mendalam kelak.




Jangan takut JATUH, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh.

Jangan takut GAGAL, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah melangkah.

Jangan takut SALAH, kerana kesalahan kita yang pertama kita akan belajar untuk betulkan.


Jika sekarang ini fikiran kita penuh dengan negativity, these are ways for us heal:-

1. Take deep breath
2. Close your eyes
3. Tangan di dada
4. Ucapkan alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah sebanyak-banyaknya.

Beat the negativity with gratitude. Don’t let it be in your body, release them through gratitude. Ok!


Rezeki, jika bukan pada duit, Allah mungkin bagi dengan kebebasan pada hutang, hati yang bahagia, keluarga yang penyayang, badan yang sihat, atau mungkin paling istimewa, doa yang dimakbulkan Allah.

Jangan putus asa berusaha. Kita tak boleh give up ok❤️


Jangan biasakan marah dengan sindiran. Marah biar untuk betulkan sesuatu yang salah, bukan sindir bagi malu orang yang bersalah.

@Hati_Remaja


let's talk about "HAK"
kalau orang remove kita socmed,
delete contact and what not.
please stop asking "WHY".

itu hak dia, life dia, kenapa? sebab tak
semua orang tu perlu ada dalam
life seseorang, kadang tu cuma
perlu ada buat sementara waktu
sahaja, bukan selamanya.

mungkin you rasa dia toxic, atau
sebenarnya you yang toxic we
don't know. so stop asking untuk
Benda macam ni, kalau orang dah
cut off.

just be fine and move
forward tho, tak perlu triggered.
focus on yourself, your life cukup.


Yes betul tu


Antara scammer paling hebat adalah dunia; dunia berjaya scam kita dengan meyakinkan kita bahawa maut itu jauh dan akan lambat sampai, bahawa kita masih ada masa, maka kita pun tertipu dan bersenang-senang dgn dunia.


Haaaa kan senang giniii

@Hati_Remaja


Sebenarnya nak jugak diam diam kahwin, tapi diam diam ni nampaknya memang diam sampai kesudah.

@Hati_Remaja


Tanda kita makin 'dewasa' :

- Excited nak balik rumah lepas kerja
- Tidur awal
- Malas beratur panjang
- Elak tempat sesak
- Lagi suka shopping online dari pegi mall
- Suka me time
- Dah tak minat hustle culture
- Kerja dekat dengan rumah sebab nak elak jem

@Hati_Remaja


Kepada yang nak minum manis tapi nak dalam keadaan terkawal.


Jangan terlalu banyak berkorban untuk orang lain, kerana ada manusia yang tidak tahu berkata terima kasih

@Hati_Remaja


Koyaknya diri si isteri, kita tak nampak...

Selagi dia meneruskan rutin hariannya seperti biasa, maka bagi kita, dia ok, dia xde masalah, dia tak koyak...

Sebenarnya hari-hari dia koyak...

Cuma dia tak tunjuk dan dia tak bgtau kita apa sebenarnya yg dia rasa atas alasan, dia masih mampu handle perasaan dia...

"Masih mampu handle..."

Ayat sekadar membolehkan dia meneruskan kehidupan esok harinya...ayat sekadar membuatkan dia bersabar dgn apa yg dihadapnya...ayat tenangkan diri, kuatkan hati, stabilkan emosi...

Sentuh sikit, cuitlah sikit...

Berlinangan airmata...keluar apa yg dia simpan, apa yg dia pendam...masa tu, baru kita sedar yg dah koyak rabak dah isteri kita ni...

Sebab tu suami dinasihatkan utk sentiasa cakna dgn apa yg isteri buat, apa yg isteri lalui supaya isteri tak menyembunyikan perasaan dia daripada pengetahuan kita...

Kalau kita nak dia kuat, kalau kita nak dia sentiasa ada disisi kita, maka memahami dan menghargailah apa yg dibuatnya...

Kredit: Firdaus Syakirin


Tak minta kaya, tapi nak serba cukup. Beli ini boleh, beli itu boleh. Kereta rosak terus pergi repair, handfone rosak terus pergi kedai repair. Shopping tak kisah bila bila masa, duit tak risau habis sebab sentiasa cukup.

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.