"Nak dengar satu kisah antara anak murid dan seorang Syeikh tentang al-Quran? Saya pernah dengar kisah ini daripada guru saya."
Saya mula memecah kesunyian bila melihat kawan-kawan sudah mengantuk sewaktu dalam kelas mengulang pelajaran.
"Nak!"
Saya tersenyum gelak melihat semangat kawan-kawan.
"Ada seorang pelajar ini, dia pergi ke rumah Syeikh untuk mengikuti pengajian Syeikh. Setelah menyatakan hajat dia untuk belajar dengan Syeikh. Syeikh memberinya al-Quran dan minta dia membacanya.
Pelajar ini mula pelik. Dia datang untuk belajar tetapi Syeikh itu meminta dia membaca al-Quran. Syeikh itu memerhatikannya dia dari jauh.
Nak tahu berapa jam dia kena mengaji al-Quran?"
Saya mula bertanya pada mereka.
"Berapa lama?"
"Pelajar itu mengaji al-Quran selama 3 jam tanpa henti. Dia makin rasa pelik kenapa Syeikh itu hanya perhatikan dia saja.
Kalau kita mengaji 3 jam, agaknya macam mana?"
Saya kembali menyambung kisah itu.
"Lalu Syeikh memanggil pelajar itu dan mengatakan bahawa esok akan mula kelas. Pelajar itu pelik dan bertanya pada Syeikh kenapa tidak mula hari ini dan kenapa kena mengaji al-Quran selama 3 jam tanpa henti."
Saya diam ambil nafas.
"Ish, cepatlah habiskan cerita. Nak tahu.."
Reaksi kawan-kawan yang semakin nak tahu kisah tersebut.
"Syeikh itu menjawab, sebab utama aku menyuruh kamu mengaji kerana seseorang yang mukmin itu jika dia membaca al-Quran, dia tidak akan rasa bosan bersama al-Quran dan semakin merasai kemanisan itu.
Tetapi seandainya dia tidak mampu duduk lama bersama al-Quran. Aku bimbang mungkin ada salah satu sifat munafik dalam diri pelajar itu.
Kerana sifat orang munafik tidak boleh duduk lama dengan al-Quran. Ada saja yang tak kena."
"Allah! Sentapnya."
Begitulah,
Agaknya kita bagaimana? Bolehkah kita mengaji al-Quran tanpa melihat waktu.
Agaknya kita boleh mengaji tanpa mengira berapa jam lamanya kita duduk untuk membaca bait-bait cinta itu.
Bacalah al-Quran, kerana al-Quran akan membentuk diri kita menjadi seorang yang berakhlak baik dan sabar.
Iwana Aisyah Ab Halim
Terhias indah seperti akhlak al-Quran.
Nak baca lagi tentang al-Quran? Join
https://t.me/aisyahiwana#NotaIbrahIwanaAisyah