{KAEDAH MENGULANG AYAT MUSTASYABIHAT}
Saya dapat kaedah ini daripada Kak Farihah Zulkifli yang merupakan Johan Hafazan 30 Juzuk Antarabangsa Tahun 2016.
Beliau juga merupakan naqibah usrah saya ketika di Darul Quran JAKIM. Alhamdulillah, diizinkan Allah kini saya sedang tasmik ulangan al-Quran dengannya.
Perkara yang sering dihadapi oleh penghafaz al-Quran tak kiralah dia seorang al-Hafiz atau tak. Tetapi ayat mustasyabihat agak sukar untuk ingat lagi-lagi jika surat itu banyak yang sama pada hujungnya.
❤️ Pertama
Sediakan buku kosong untuk menulis ayat mustasyabihat.
Ayat mustasyabihat adalah ayat yang sama atau hampir sama dengan surah dan ayat lain.
❤️ Kedua
Bahagikan dalam dua petak. Ini terpulang kepada individu. Kalau nak satu muka surat pun boleh.
❤️ Ketiga
Tuliskan juzuk berapa, maqra berapa dan muka surat berapa.
❤️Keempat
Tuliskan ayat mustasyabihat tersebut, dihujungnya tuliskan nombor ayat, bariskan dan tulis makna.
❤️ Kelima
Mengulang al-Quran. Ini sangat penting ya. Tulis saja tak ulang tiada gunanya. Ingat makna ayat, nombor ayat kedudukan ayat dibelah kiri atau kanan atau bawah atau atas atau tengah.
❤️ Keenam
Jika sudah ulang tetapi masih tidak ingat. Warnakan ayat tersebut dan ulang banyak kali.
❤️ Ketujuh
Tasmik dengan guru atau rakan. Ini sangat penting, bila sudah hafaz atau mengulang. Carilah kawan atau guru untuk ulang kerana kadangnya kita tersalah tajwid, tersalah baris dan sebagainya.
❤️ Kelapan
Berdoa dan tawakal agar segala usaha kita ini dikira disisi Allah.
Saya sertakan contoh yang telah saya buat untuk diri saya. Terlalu banyak kelebihan kaedah ini.
Tak percaya? Cubalah!
Iwana Aisyah Ab Halim
Mengharapkan cinta yang semakin mekar
Nak baca tentang al-Quran? Join https://t.me/aisyahiwana
#NotaMengulangIwanaAisyah