Tip Produktiviti Anak Muda | Ajwad Shafie


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Tip produktiviti, apps review, buku-buku, dan apa sahaja yang baik, insya-Allah.
Teruja membina 'success story' bersama kalian :)
Selamat meneroka!

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri




Tadabbur Centre dan repost
[BUAH TANGAN SEMPENA ISRA' MIKRAJ 1443H/2022]

Isra' & Mikraj merupakan anugerah Allah SWT kepada kekasih-Nya Muhammad SAW selepas tahun kesedihan baginda.

Hanya dalam satu malam, Allah SWT memperjalankan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum baginda kemudiannya merentasi 7 lapisan langit untuk bertemu dengan Tuhannya.

Sungguh, peristiwa ini aneh dan tidak tercapai dek akal manusia biasa ! Namun, inilah tanda keagungan dan kekuasaan Allah SWT.

Semoga dengan mengingati peristiwa ini dapat membangkitkan rasa keinsafan dan diri dan semoga Allah SWT mengurniakan kita peningkatan spiritual dan rahmatNya yang tidak pernah kita bayangkan selepas tahun kesedihan kita.

InsysAllah, pada hari ini, Tadabbur Centre berbesar hati mengedarkan e-book Tadabbur Surah Al-Isra' kepada semua.

E-book ini ialah hasil terjemahan oleh Ustaz Ahmad Akram Robbi, salah seorang asatizah Tadabbur Centre yang juga merupakan anak murid kepada Dr. Usamah Fathi Abu Bakar, pemilik karya yang sebenar.

Terima kasih kami ucapkan kepada keduanya atas usaha menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan meluaskan rezeki dan rahmat ke atas mereka.

Sebarkan dan manfaatkan !


Tadabbur Centre dan repost


Bila rasa nak putus asa, ingatlah kenapa kau bermula.


Mulakan pagi dengan perkara baik.

1. Bersiap.

2. Solat Subuh.

3. Baca al-Quran / zikir.

4. Teruskan perkara bermanfaat, positif dan produktif sepanjang hari.

Moga hari kalian dipermudahkan dan mendapat keberkatan. 🤲🏻


Tip berdamping dgn al-Quran:

1. Mempunyai 1 Quran kegemaran.

Sebaiknya guna Quran yg sama untuk bacaan setiap hari. Bonus ada terjemahan/tafsir ringkas.

2. Baca Quran setiap hari.

Ramai kita yang sangkut di sini. No. 1 dia checked ✅ tapi no. 2 tak buat.

3. Buat dulu no. 2.

4. Membaca buku tentang al-Quran.

Sekiranya ada kemampuan, bacalah tulisan para ulama tafsir dalam bahasa Arab.

Tak mampu?
Baca tulisan ulama dan asatizah kita di Malaysia pun boleh.

Kita untung sbb dah banyak buku dalam bahasa Melayu, termasuklah terjemahan tafsir, tadabbur, ilmu-ilmu seperti ulum al-Quran dan pelbagai lagi.

Rasa berat?
Mulakan dengan baca kisah-kisah dalam al-Quran.

5. Mendengar bacaan dan menghadiri kuliah tadabbur al-Quran.

Seperti no. 2 dan 4 juga. Bezanya, bukan setakat membaca, tetapi menuntut ilmu daripada guru.

Contohnya sekarang dah banyak pengajian dalam talian.

Nak belajar tafsir surah al-Fatihah?
Cari shj di YouTube 'tadabbur surah al-Fatihah', bersusun asatizah yang hebat-hebat belaka.

Tak faham Arab pun boleh dengar ulama kita mengajar atau jiran nusantara kita spt di Indonesia.

Selain daripada sumber online yang pelbagai, elok kita atur dan hadir juga kelas-kelas bersemuka atau siaran langsung.

Semoga makin dekat kita menuju Ramadan, semakin dekat juga hubungan kita dengan al-Quran dan Tuhan.

Allahumma amin. 🤲🏻

t.me/ajwadshafie


You want to know what books can do for you?

Healing.


Khairul Hakimin Muhammad dan repost
Jika kalian sedang buat sesuatu bisnes tak kiralah part time atau dah full time dan nak ia jadi sebuah kejayaan, maka kalian kena jadi orang hebat dulu. Ini tabiat mereka:

1. Buang terus perkara tak penting. Bercakap bila perlu, mendengar yang bagus sahaja dan berbuat 1-1 hal semuanya hal penting sahaja.

2. Kerja 80/20. 20% itu adalah perancangan, 80% ialah implementation. Jika sebaliknya, banyaklah sembang dari buat kerja.

3. Rehat 45/15. Ambil rehat 15 minit setiap 45 minit kerja. Bangun, berjalan, senaman ringkas dan berehat. Ia akan membantu menguatkan otak, cergaskan minda dalam berbuat sesuatu.

4. Set timeline dalam 1-1 kerja. Bila nak start, bila ia perlu disiapkan. Barulah semua kerja tersusun.

5. Buang atau ketepikan segala benda yang mengganggu kerja. Ia sangat penting untuk fokus mencapai kejayaan. Terutama bab cakap-cakap orang, fikir sangat apa yang orang fikir, semua itu lantakkan.

6. Bina ruang kerja sendiri yang selesa. Ia mesti kita sendiri yang putuskan bagaimana. Nak regangkan kaki, nak lapangkan meja, suka hati kau. Ia akan membantu kau menjana idea, berbuat kerja dengan lebih laju.

7. Menjaga setiap minit, setiap saat, setiap detik. Ingat ini, Masa = duit. Tak suka buang masa itu adalah perkara yang sangat betul.

8. Mengutamakan Allah dalam setiap masa. Tahu dan faham yang rezeki itu dari Tuhan, jadi berharap pada sebanyaknya kebaikan atas usaha dan ikhlas dalam berbuat sesuatu.

Begitulah. Semoga bermanfaat.

Khairul Hakimin Muhammad,
Ubah diri dan masa depan ya.


I always think to write an e-book about shortcuts:

- keyboard shortcuts
- famous apps shortcuts
- life shortcuts (life hacks)

Tapi macam boring je jadi bukunya.

How to make it interesting? 🤔
And ada orang nak baca ke kalau bagi percuma? 🤔


Pepatah Arab mengatakan bahawa:

من جالس، جانس

"Siapa yang duduk bersama sekumpulan orang itu, maka dia akan menjadi sepertimana orang tersebut."

Jika kita mendekati, menghampiri dan bergaul dengan orang yang baik, kita akan cenderung untuk menjadi baik seperti mereka.

Namun sebaliknya berlaku sekiranya kita bergaul dengan orang yang selalu buat keburukan. Kita akan terkesan dan menjadi seperti mereka.

Maka, pilihlah dengan siapa kita selalu bergaul dan bersama.


"Bagaimana hubungan kamu dengan al-Quran? Adakah semakin baik setiap hari, atau sebaliknya?

Kamu lebih tahu. Jika sebaliknya, buat sesuatu."




Layanlah orang lain sepertimana kau mahu mereka layan kau dengan baik.

Kau suka orang maki hamun, mengejek, menghina diri kau?
Tak suka?

Maka jangan buat kepada orang lain. Mereka juga tak suka.

Kau suka dilayan dengan santun?
Dihargai, diberikan penghormatan?

Maka buatlah begitu juga kepada orang lain.


Jom perbanyakkan selawat pada hari Jumaat.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آله وسَلِّم


Mengaku salah tidak bermakna anda kalah.
Mengaku salah, supaya anda tahu anda perlu berubah.

Anda tahu apa yang salah.
Bergerak ke arah memperbetulkan salah.
Menjadi lebih baik.


Membacalah.

Kau tak akan menyesal membaca buku-buku bagus.


Nadir Al-Nuri dan repost
Tarikh 14 Februari ini, apa yang kalian sedang sambut? Cinta? Cinta kepada siapa?

Saya sedang menyambut cinta saya kepada Palestin, kepada perjuangan di sana, kepada jalan pembebasan, kepada perlawanan menentang musuh yang nyata tanpa ada keraguan.

Dan saya ingin membawa kalian menjengah kecintaan ini melalui kaca mata saya, melalui jendela kalian kepada Palestin.

Setelah 10 tahun di Palestin, alhamdulillah akhirnya laman YouTube Nadir Al-Nuri dilancarkan pada tarikh cinta ini untuk membawa kalian merasai apa yang saya rasa, melihat apa yang saya lihat.

Sebagai tanda cinta kami kepada kalian, 500 pemilik komen pertama di video ini akan layak mengikuti cabutan bertuah untuk mendapatkan hadiah istimewa, buatan tangan daripada Palestin.

Kalau video tersebut mencapai 1000 tontonan dan 1000 subscriber, esok video pertama istimewa dari bumi Gaza akan dikongsikan.

Oh ya, Qamar anak bongsu saya yang masih misteri pertama kali boleh dilihat dalam video tersebut.

Kongsikan ya, moga ada manfaat untuk semua. Dan subscribelah, ia gratis.

https://www.youtube.com/watch?v=oJ01y5NRG1E

Happy Palestine's Day!


"Apalah gunanya harta, tetapi hati tidak gembira?"




"Hanya orang yang telah merasai sakitnya hilang, akan lebih menghargai."

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

1 628

obunachilar
Kanal statistikasi