Nadir Al-Nuri


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri






Apa khabar rakan-rakan di channel? Nah saya kongsikan wajah ceria anak yang dibantu dalam projek kita Bantu Sebelum Beku di G,aza 😍


Semalam sambil membelek akhbar di internet, saya terlihat video tentang ibu tua di G,aza ini.

Allahuakbar, kisahnya penuh inspirasi!

Beliau seorang 'wanita berjiwa batu' yang bekerja setiap hari menyara ahli keluarga.

Apa kerja yang dilakukannya?

Kerjanya ialah mengutip bongkah-bongkah batu daripada bangunan yang telah dibom Zion,is dan dijual kepada kilang yang memprosesnya menjadi bongkah binaan baru.

Beliau keluar dari rumah seawal 7 pagi, bergerak ke bekas-bekas bangunan dengan keldainya, diangkut batu ke atas kereta keldai bongkah demi bongkah lalu dibawa ke kilang. Dan proses ini diulang sehinggalah ke petang.

Ya, ibu tua ini bekerja lebih gigih daripada para lelaki, dengan hasil hanya sekitar RM20 sahaja sehari!

Saya terfikir bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk beliau.

Apa kata, kalau kita kumpulkan seorang sedikit sumbangan dan kita sampaikan kepada beliau dalam bungkusan yang kemas dalam keadaan 'surprise'?

Pastinya ia hadiah yang paling menyentuh hati pernah diterima beliau kan?

Macam nilah. Kita akan buka sumbangan dengan sasaran RM2500-RM3000, sehingga jam 6pm ini.

Jika sasaran ini tercapai, petang ini juga saya akan buat surprise untuk ibu tua ini!

Best ke tak best, kalau kita dapat campakkan kebahagiaan yang begitu besar dalam hati beliau petang ni? Pastinya ia bukan sahaja hadiah untuk beliau, malah hadiah juga untuk rohani kita.

Jom usahakan sama-sama. Salurkan sumbangan kalian ke akaun rasmi NGO,

Maybank 5648 1050 7826

Dan yang dah kering poket, boleh tak tolong sharekan post ini? Kita kongsi sama-sama pahala menggembirakan seorang Mukmin yang hingga ke hujung usia teguh kekal di bumi Palestin milik kita ini.

6 jam lagi berbaki. The challenge is on!




Ini gambar sebahagian jalan di Gaza, pada 1 Januari lepas. Kalau tengok di awal video, ada 'cart' yang ditarik kuda atau keldai.

Ia adalah pengangkutan biasa untuk peniaga di sini kerana menjimatkan kos.

Sepanjang jalan kalian akan nampak penduduk membawa bendera berwarna kuning.

Mereka sedang berarak untuk bekumpul meraikan ulangtahun pengasasan kumpulan Fatah di Palestin.


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish

7 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

23

obunachilar
Kanal statistikasi