*Pijak junior guna ‘spike boot’, pegawai kadet UPNM didakwa*
Oleh
Auzaee Athallah
November 22, 2024
_Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd Adil Mat Awang Ghani,22, menghadapi pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan dengan memijak diperut sehingga menyebabkan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang keatas seorang penuntut junior ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid_
SEORANG Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) yang sebelum ini dikaitkan dengan satu lagi kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan sengaja mencederakan juniornya, Oktober lalu.
Tertuduh, Mohd Adil Mat Awang Ghani, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Haziq Iqbal Ahmad Rashidi, 19, apabila telah memijak perut mangsa terbabit menggunakan but ‘spike’ di padang kawad ALK UPNM, Kem Sungai Besi dekat Cheras, Kuala Lumpur sekitar jam 10.45 malam pada 21 Oktober lepas.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta mencadangkan agar tertuduh tidak mendekati pengadu dan saksi-saksi pendakwaan yang melibatkan pegawai UPNM dan rakan-rakan pelatih tertuduh.
“Pertuduhan kes ini melibatkan individu yang dilatih supaya hidup penuh disiplin, pengorbanan, penghormatan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara.
“Mengimbangi prinsip jaminan yang bertujuan bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan bagi memastikan tertuduh dan penjamin dengan penuh tanggungjawab hormat undang-undang untuk tidak menganggu saksi pendakwaan yang terdiri dari pegawai UPNM dan rakan pelatih tertuduh, hujahnya.

Bagaimanapun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nurul Diyana Basher yang mewakili tertuduh, memohon agar tertuduh dibenarkan jaminan yang minimum memandangkan masih seorang pegawai kadet yang masih menjalani latihan.
“Pihak pembelaan juga tidak membantah sekiranya mahkamah ingin meletakkan syarat tambahan jaminan.
“Bagaimanapun mohon agar syarat tambahan jaminan itu tidak terlalu ketat. Sekiranya ia terlalu ketat, ia boleh memberi kesan kerana dia masih dalam latihan,” katanya.
Mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret Noorelynna Hanim kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin serta syarat tambahan sepertimana yang dipohon oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan tarikh 10 Februari tahun hadapan bagi sebutan semula kes.
Sebelum ini pada 11 November lalu, UtusanTV melaporkan seramai sembilan individu diambil keterangan membabitkan kes buli seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa dipijak senior dalam kejadian pada 21 Oktober lalu.
Mangsa, seorang pelajar berumur 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih Tahun 3.
https://utusantv.com/2024/11/22/pijak-junior-guna-spike-boot-pegawai-kadet-upnm-didakwa/