🇮🇩 *Jakarta 6 Feb: Hanya kerana tidak berkongsi nombor telefon adiknya, seorang pemuda dari Jawa Barat, Indonesia, cedera diserang seorang individu yang dikenali sebagai HS.*
*Portal Kompas melaporkan, mangsa dikenali sebagai AH, 22, diserang menggunakan senjata tajam oleh HS, 20.*
*Kejadian berlaku pada Isnin, 3 Februari, ketika AH baru pulang dari masjid. Suspek meminta nombor telefon adik mangsa, namun mangsa tidak menurut permintaannya.*
*Disebabkan itu, suspek berang dan mencederakan mangsa menggunakan senjata tajam jenis samurai, kata jurucakap Pengelola Informasi dan Dokumentasi Multimedia (PIDM) Polis Sukabumi Kota, Ipda Ade Ruli Bahtiarudin Kasubsi, dalam satu kenyataan media bertarikh 5 Februari.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
🏭 *Lipis 6 Feb: Pembinaan kilang peluru automasi tinggi pertama di Lipis dilihat mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan membangunkan ekonomi negeri.*
*Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hari ini bahawa Kilang Peluru Ketech Asia yang beroperasi sepenuhnya bulan depan mampu menaikkan nama negara khususnya Pahang dan ke peringkat antarabangsa.*
*"Kepada pekerja tempatan dapat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi dan kualiti setanding dengan kilang pengeluaran produk negara asing.*
*"Selain itu Beta alu-alukan syarikat luar negara membuka kilang pelbagai produk di negeri ini yang membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan," titah baginda selepas merasmikan Kilang Peluru Ketech Asia di sini, hari ini.*
🫥 *Kuala Lumpur 6 Feb: Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam hutan di Bandung, Indonesia sejak tiga hari lalu ditemui selamat malam ini.*
*Gadis berusia 22 tahun itu ditemui kira-kira 10 malam tadi dan penemuannya dikongsi menerusi penstriman langsung di TikTok
@Arasz sebelum ia tular.*
*Dalam perkongsian itu, kelihatan Eyka terbaring di kawasan hutan dalam keadaan lemah.*
*Sebelum ini, kehilangan wanita itu tular selepas dikongsi rakannya, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, yang menyedarinya pada 2 pagi Isnin lalu ketika mereka melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.*
💔 *Kuala Lumpur 6 Feb: Sebutan pertama kes perceraian pasangan pelakon Linda Hashim, 41, dan suaminya, Beego, 45, ditangguhkan pada 6 Mac depan susulan Beego tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.*
*Peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, penangguhan itu berikutan pihak mahkamah tidak dapat menyerahkan notis tuntutan kehadiran kepada Beego kerana dokumen tidak sempurna.*
*Sebelum ini, kami sudah dimaklumkan serahan (notis) sudah dibuat oleh pihak mahkamah kepada defendan (Beego), tetapi tidak sempurna (maka tidak berjaya).*
*"Bagaimanapun, anak guam saya (Linda) selaku plaintif sudah mengemukakan tuntutan cerai pada 17 Januari lalu dan hari ini, sepatutnya sebutan pertama kes.*
😳 *Washington 5 Feb: The American Dream bukan sekadar sebuah limosin, tetapi kenderaan luar biasa dengan panjang lebih 30 meter yang mampu memuatkan sehingga 75 penumpang sekali gus, menjadikannya kereta terpanjang di dunia.*
*Oddity Central melaporkan, ia diperbuat daripada enam limosin Cadillac Eldorado 1976, namun bukan kenderaan yang paling mudah untuk bergerak.*
*The American Dream yang dicipta pada 1986 oleh pengumpul dan pengubah suai kereta terkenal, Jay Ohrberg, pada asalnya berukuran 18.28 meter dan dikuasakan oleh sepasang enjin V8, satu di hadapan dan satu lagi di belakang.*
*Ohrberg kemudiannya memanjangkan kenderaan uniknya hingga 30.5 meter.*