[
Makhluk Suruhan Warden ]
kejadian yang menimpa Fitri masih mampu membuatkan bulu roma meremang setiap kali terkenangkan kejadian misteri di asrama .
Fitri memberitahu , kisah seram mula menyelubungi dirinya apabila dia bertukar ke sebuah sekolah di sebuah kawasan luar bandar di Kedah .
pada awalnya kata Fitri semuanya berjalan seperti biasa malah dia beruntung kerana mendapat rakan-rakan seasrama yang sekepala .
kisah seram menimpa dirinya bermula apabila rakan-rakan sebiliknya meminta dia berpindah katil .
enggan membantah arahan diberikan , Fitri terus memindahkan barangnya ke katil bahagian atas dan sempat bertanya sebab dia tidak boleh menggunakan katil itu .
bulu romanya terus menegak apabila salah seorang penghuni dorm iaitu Am memberitahu katil itu mengeluarkan bunyi bising memandangkan terdapat loceng yang diikat pada tiang katil . katanya lagi, warden asrama yang mengikat loceng itu dengan alasan untuk memberitahu bila mereka seharusnya perlu masuk tidur .
Fitri mula berasa pelik , bagaimana warden akan membunyikan loceng itu ? tapi dia cuba buat tak tahu sahaja dan mengganggap itu hanyalah gurauan .
sangkaan Fitri meleset apabila pada hari sama selepas solat Maghrib dia mula menerima gangguan selepas enggan mengikut rakan-rakanya ke dewan makan selepas pulang dari surau kerana ingin menukar kain pelikat dipakainya .
sebaik sahaja sampai ke bilik , Fitri memberitahu dia terdengar bunyi tapak kaki kanak-kanak sedang berlari di luar koridor namun sangkanya ia anak kepada warden .
dalam waktu Fitri cuba positifkan diri tiba-tiba ada satu bau sangat pelik dan dia tertanya-tanya dari mana datangnya bau tersebut .
lepas tukar seluar , dia terus keluar dari lari ke dewan makan sebelum rakan-rakan lain menegur wajah saya nampak pucat . Fitri terus menceritakan apa yang berlaku kepada mereka .
reaksi rakan-rakanya kata Fitri terus berubah dan salah seorang daripada mereka iaitu Syafiq tiba-tiba mengatakan "dia dah tahu ada orang baru !" dan meminta mereka semua untuk tidur berlonggok di atas lantai pada malam itu .
menyedari ada sesuatu yang tidak kena , Fitri memberi cadangan agar memaklumkan perkara itu kepada warden namun mereka memberitahu ia perkara sia-sia dan hanya menitipkan pesan berbunyi 'baik kelakuan maka baiklah segalanya' .
malam itu memang mereka tidur beramai-ramai dan Syafiq meminta Fitri tidur di tengah-tengah . buat kan Fitri bertambah seram apabila Syafiq turut menghulurkan buku surah Yasin .
jam sudah menunjukkan pukul 12.40 malam namun loceng itu masih belum mengeluarkan bunyi dan pertanyaannya mengenai loceng itu tidak dijawab rakan-rakannya .
Am menutup semua tingkap di dalam bilik mereka kecuali yang terletak di katilnya dibiarkan terbuka namun loceng yang berikat di katil itu masih belum mengeluarkan bunyi .
tiba-tiba loceng berkenaan berbunyi nyaring dan Am meminta saya pejamkan mata sekiranya ternampak sebarang kelibat .
Fitri rasa seperti ada sesuatu yang merenungnya dan bila saya melihat hujung penjuru dorm seperti ada bayang-bayang seekor monyet berbulu hitam , sumpah ia memang menakutkan .
Fitri bertanya tentang benda yang dia nampak semalam dan terkejut dengan jawapan diberikan ,
Am memberitahu benda dilihat itulah yang dilepas oleh warden untuk mengawasi pelajar di asrama .
rakan-rakannya bimbang akan dirinya dan bertanya sama ada dia berada dalam keadaan baik. ini kerana kata Am , sebelum ini belum pernah berlaku makhluk itu memunculkan diri tapi apa yang berlaku pada malam itu agak pelik apabila ia seperti mencari sesuatu .
sehingga ke hari ini , Fitri masih tertanya-tanya . walaupun perstiwa itu telah lama berlaku ia masih segar dalam ingatan .
— tamat —
@mstaronlineofficial google
“
@seramasrama