Ketahuilah hidup dan mati mempunyai cabaran dan kesulitan tersendiri, kematian bukan pengakhiran kepada kita, sebaliknya permulaan hidup di alam lain (barzakh)
.
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani ada menyebut,
.
1)Roh akan melihat segala perkara yang berlaku ke atas jasadnya sehingga dibawa ke perkuburan. Di saat ini jugalah al-Quran yang berada di hujung kepala akan masuk di antara tangan dan dada sewaktu dikapankan.
.
2) Setelah dikebumikan, roh akan kembali kepada jasad, lalu didatangi dua malaikat yang duduk dihadapan jasad serta terus mengajukan soalan,
.
“Siapa tuhan kamu?. Si mati menjawab, “Allah tuhanku”. “Apa agamamu?, dijawab “Islam agamaku”. Malaikat bertanya lagi, “Siapakah yang diutuskan di kalangan kamu, siapa nabimu?, lalu dijawab, Nabiku ialah Rasulullah Muhammad bin Abdullah”. “Apa ilmu kamu?”, dijawab oleh si mati, “Aku membaca Kitabullah dan aku mempercayai dan meyakini kitab Allah di dalam hidupku”
.
3) Setelah selesai sesi pertanyaan daripada malaikat itu, kedengaran seruan daripada langit yang berkata, “Benar apa yang disebutkan itu, hamparkanlah baginya jalan ke syurga dan bukakan pintunya di syurga.” Lalu si mati akan memasuki syurga melalui pintu yang berbau sangat harum.
.
4) Rasulullah SAW berkata, kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang dan didatangi oleh seseorang yang sangat cantik dan tampan dengan pakaian yang indah serta harum dan menyebut, “Berbahagialah dengan sesuatu yang menggembirakan”
.
Dinasihatkan umat Islam supaya mempersiapkan diri untuk menempuh sakaratulmaut dan kehidupan selepas kematian dengan memperbanyakkan amal ibadah dan ketakwaan kepada Allah.
.
#HijrahSoul #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul