#TipsPenulisan
Watak Anda Menghadapi Masalah!
'Masalah' yang dimaksudkan di sini ialah cabaran, kesulitan, konflik atau kesukaran yang dihadapi dalam cerita. Misalnya, tentangan daripada ibu bapa, peperangan... atau dalam erti kata lain, plot.
Bila berhadapan dengan masalah, watak cerita kita mestilah aktif mencari cara untuk mengatasinya. Jika tidak, mereka akan dianggap watak pasif dan watak pasif sangatlah tidak menarik.
Berikut ialah 3 cara untuk memantapkan plot:
1. Buatkan watak perlu membuat keputusan
Rintangan yang kita letakkan sepanjang perjalanan watak untuk mencapai matlamat akhir mestilah sesuatu yang memaksa watak berhadapan dengan pilihan. Antara beberapa pilihan itu, mereka mesti membuat keputusan. Lantas, keputusan yang dibuat oleh watak itulah yang akan mempengaruhi jalan cerita.
2. Pilihan yang ada mestilah sangat susah
Berikan watak itu pilihan yang sukar kerana semuanya memberikan konflik dalaman kepadanya. Umpama ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Sentiasa ingat bahawa watak akan membuat keputusan berdasarkan faktor-faktor berikut:
> Motivasi
> Latar belakang
> Bagaimana mereka dibesarkan
> Moral/etika/adat/kepercayaan
> Ketakutan
> Kesetiaan
Watak akan mengalami konflik dalaman ketika membuat keputusan jika perkara tersebut bertentangan dengan prinsip yang selama ini dipegang.
3. Kenalpasti jenis pertaruhannya
Bergantung ceritanya, pertaruhan yang akan dialami oleh protagonist cerita tersebut akan berbeza.
Misalnya,
> Novel fiksyen sains tentang bagaimana Bumi akan ditakluki oleh makhluk luar angkasa yang kejam? Itu pertaruhan berskala tinggi.
> Novella romantika tentang seorang pemuda yang tidak dapat kembali ke kampung kerana tiket bas habis? Itu pertaruhan berskala rendah.
Isunya bukan pada skala pertaruhan tinggi atau rendah. Ini bukan tentang yang mana lebih baik, tetapi kita perlu tahu di mana aras yang sesuai untuk cerita kita. Cerita yang tidak sepadan dengan pertaruhannya bakal payah untuk memikat pembaca.
Semoga bermanfaat!