Mamat dan repost
قُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ
Kelopak mata Badrul terpejam erat. Sekujur tubuhnya dibasahi keringat. Ustaz Fahim menghembus nafas perlahan. Seraya dia menadahkan tangan membacakan doa meminta perlindungan kepada ALLAH S.W.T daripada kejahatan iblis dan syaitan. Dan juga lafaz syukur tidak putus diucapnya kerana dengan pertolongan ALLAH, syaitan belaan arwah Pak Hamid yang menghuni tubuh Badrul berjaya disingkirkannya.
***
Biarpun hampir dua bulan peristiwa itu berlalu, tetapi segala yang berlaku masih segar di ruang fikiran Badrul. Dan pengalaman menakutkan itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus melakukan tugas menguruskan jenazah. Bahkan sejak dari hari itu, dia lebih giat dan tekun mendalami ilmu agama.
Badrul memuntahkan pandangan ke luar tingkap. Senja mula menjelang. Tatkala itu pandangan matanya tersorot ke arah anak perempuannya yang dilihat sedang berdiri di bawah pokok rendang di hadapan rumahnya itu. Segera dia berlalu ke pintu dan melaung memanggil Mia masuk ke dalam rumah. Mia akur.
“Buat apa bawah pokok tu?”soal Badrul.
“Ada pak cik tu panggil Mia tadi. Dia ada bagi sesuatu.”balas Mia.
“Pak cik? Pak cik mana?”Badrul berkerut kening melihat ke arah pokok itu yang kosong tanpa kelibat mana-mana manusia. Hatinya mula menyenandungkan irama yang tidak enak didengari.
“Dia bagi apa?”soal Badrul pantas.
Mia tidak menjawab. Dia mengunjukkan barang tersebut ke arah bapanya.
Tatkala itu mata Badrul terbuntang luas. Barang itu adalah tali ikatan kafan!
TAMAT