Hanani98?? dan repost
da dia tentang ‘benda’ yang aku nampak itu. Tapi sayangnya, henfon dia tertinggal pula kat dalam lori. Aku pun bingkas bangkit dan tekad untuk buka pintu dan bagi amaran kat kawan aku, tapi aku tengok dia dah takda. Hilang!
Aku pun tanya pada Wan, kawan aku ada kat sebelah tempat dia ke? Wan cakap takda, gelap je. Tidak ada tanda-tanda cahaya lampu picit pun. Kemudian aku paksa Wan turun dari lori untuk periksa kawan aku tu. Selang beberapa minit kemudian, masih tiada respon daripada si Wan. Senyap-sunyi je. Hanya bunyi radio je yang aku dengar. Pastu aku turunkan tingkap sebelah pemandu. Aku jerit nama Wan dengan kawan aku tu, tapi dua-dua tak menyahut panggilan aku.
“Diorang ni nak pedajal aku ke???” aku berfikir sendirian. Akhir sekali aku fikir, tak boleh jadi ni, diorang pergi mana entah ni tinggalkan aku sorang-sorang. Aku pun ambil lampu picit di dalam laci kecil, dan aku terus turun dari lori tersebut. Sumber penglihatan aku cumalah dari lampu picit kecil tu saja. Jadi aku pasang telinga betul-betul supaya tiada apa yang pelik terjadi. Aku hanya berjalan perlahan-lahan sambil menyuluh ke kiri dan ke kanan.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketawa kecil dari arah yang bertentangan. Aku pun menyuluh lampu picit di tangan aku sambil memerhatikan kawasan tersebut. Apa yang aku nampak ialah sesusuk tubuh dari arah belakang. Berpakaian lusuh bercampur dengan warna-warna tanah dan berambut putih panjang mencecah ke tanah. Aku hanya mampu berdiri kaku di situ sambil menggigil terketar-ketar. Kelihatan dia seperti sedang menggigit sesuatu. Apabila dia berpaling ke arah aku, apa yang digigitnya itu rupa-rupanya adalah kepala kawan aku dan juga Wan!!!
Aku tersentak seketika! Rupa-rupanya aku sedang bermimpi ngeri. Aku terus lihat ke bahagian pemandu dan bahagian belakang. Semua masih ada. Kami berada di persimpangan jalan dan Wan pun membelok ke simpang wajib tersebut. Seperti dejavu, sampai sahaja ke satu kawasan yang sama sperti dalam mimpi aku, lori Wan tidak dapat bergerak. “Eh! Agaknya tayar lori ni tenggelam kot. Adui, dah la gelap ni. Kat hutan”. Aku seperti mendengar rakaman semula suara si Wan.
Kemudian kawan aku nak turun untuk periksa keadaan tayar lori. Tapi kali ini aku halang, “Tak payah, kita tunggu hari cerah je. Tak payah turun”. Tapi si mangkuk ni tetap berdegil nak turun jugak. Aku pun memang berkeras tak bagi dia turun. Sedang kami berbalah, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan yang cukup kuat dari luar lori, di bahagian pintu penumpang. Masing-masing terus senyap.
Kemudian diikuti pula oleh bunyi ketukan dari arah tingkap hadapan. Tapi kami tidak nampak apa-apa. Hanya bunyi sahaja yang kedengaran sangat kuat dan menyeramkan. Kami hanya membatu, senyap seribu bahasa. Kami menunggu di dalam lori sehinggalah keesokan paginya. Apabila hari dah mula cerah. Kami bertiga pun keluar dan turun dari lori tersebut. Terdapat kesan lekuk dan cakaran pada bahagian luar pintu lori.
Ini bererti apa yang kami dengar semalam itu bukanlah khayalan semata-mata. Mungkin mimpi semalam tu adalah sebagai amaran supaya tidak bertindak menjadi terlalu pemberani.
Kisah di atas adalah dari pengalaman saudara Far-eiz yang dikongsikan oleh beliau di laman GengCerita.