KEMASKINI: KELUARAN 1: 2 DISEMBER 2024
BORANG SOAL SELIDIK INI HANYA UNTUK CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU MUET SESI 3 TAHUN 2024 SAHAJA. CALON SEKOLAH/INSTITUSI HENDAKLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN/PENYELARAS SEKOLAH/INSTITUSI MASING-MASING.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menjalankan soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan dan mengumpulkan maklumat Calon Persendirian Individu MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang tidak dapat menduduki Ujian Lisan (Speaking) dan Ujian Bertulis (Listening, Reading, dan Writing) akibat terkesan dengan bencana banjir yang dihadapi.
Calon persendirian individu diberi pilihan sama ada:
i) Menduduki Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 secara walk-in di mana-mana pusat ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 di seluruh negara sebagai calon menumpang secara percuma. Maklumat pusat Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang boleh dijadikan pusat menumpang boleh dirujuk melalui www.mpm.edu.my. Calon yang memilih untuk walk-in sebagai calon menumpang diminta untuk melengkapkan google form di pautan ini https://forms.gle/THEHxVEqLsEf61G96 selewatnya 9 Disember 2024 (Isnin).
ii) Menduduki ujian MUET secara kaedah MUET On Demand (MoD) bagi menggantikan Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang tidak dapat diduduki pada tarikh dan pusat/tempat yang akan ditentukan oleh MPM (Januari/Februari 2025) (pusat ujian adalah secara berpusat di negeri asal tempat calon mendaftar MUET Sesi 3 Tahun 2024). Negeri tempat calon akan menduduki MUET secara kaedah MoD adalah di negeri calon mendaftar untuk menduduki MUET Sesi 3 Tahun 2024. Calon akan dimaklumkan melalui e-mel. Calon yang memilih menduduki ujian MUET secara kaedah MUET On Demand (MoD) diminta untuk melengkapkan google form di pautan ini https://forms.gle/3Y44fd5eiFLMj7hR7 selewatnya 9 Disember 2024 (Isnin).
Google Form ini dikhaskan hanya untuk calon persendirian individu sahaja. Bagi calon MUET kategori sekolah/ institusi yang mendaftar melalui Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi, sila berhubung terus dengan Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET masing-masing (calon MUET kategori sekolah/ institusi tidak perlu mengisi soal selidik ini).