-Hentianku Yang Terindah-300819-
Aku hanya insan biasa.
Punya hati dan perasaan.
Punya rasa dan jiwa.
Ingin sekali aku rasa disayangi.
Ingin sekali aku rasa dicintai.
Ingin sekali ada seseorang yang selalu ambil berat tentangku.
Ingin sekali ada seseorang yang selalu ada untukku saat aku perlu.
Ingin sekali merasakan semua itu.
Suatu ketika dulu mungkin aku pernah lalai.
Alpa akan kehidupan.
Terikut pada sebuah kehidupan duniawi.
Jauh hanyut mengikut deras tanpa arah tuju.
Mengayuh perahu tanpa dayung.
Berjalan tanpa tujuan.
Berlari dalam kegelapan malam.
Tiba-tiba terhenti oleh sebuah hentian yang aku sendiri tak kenal milik siapa ?
Hati berbisik apakah harus aku berhenti atau meneruskan perjalanan ?
Indah sungguh indah tarikan di hentian itu.
Membuat aku leka dan lupa akan segalanya.
Membuat aku senang dan lupa akan kehidupan laluku.
Ya..aku lupa akan semuanya.
Tanpa sedar masa pun berlalu.
Hati aku terpaut.
Rasa aku tersangkut.
Mungkin inilah hentian terakhirku ?
Lama-lama sedikit demi sedikit keindahan itu bertukar.
Ya..aku menerima semua kekurangan dengan ikhlas walaupun hati aku meronta untuk menghentikan semua keindahan ini dan meneruskan perjalanan kembali.
Namun semuanya seakan terhalang oleh sesuatu yang aku tak pasti apa ?
Sayang ? Cinta ? Rindu ?
Ya..semuanya masih sama namun aku tak tahu dimana harusku ungkapkan semua itu.
Saat difikirkan kembali.
Marah ? Benci ? Rasa tertipu ?
Ya..sesiapa pun akan rasa yang sama ?
Namun semua itu terbatas dek kerana rasa sayang..rindu yang lebih tebal dari segalanya.
Andainya aku dulu tak singgah di perhentian itu ?
Andainya aku dulu tahu akan segala cerita tentang hentian itu ?
Nescaya hidupku mungkin lebih baik dari apa yang ku rasakan sekarang.
Namun aku siapa untuk menidakkan takdir Tuhan ?
Aku hanya mampu berserah.
Dalam pahit ada manisnya.
Dalam perit ada sukanya.
Bukan pintaku begini.
Dunia jangan terus mengecamku kerna membakar sebahagian perhentian itu.
Jangan menghakimi jalan dan liku hidupku.
Kerna dunia dan pengembaraan yang hanya sekadar lalu.
Takkan tahu apa yang aku lalui saat aku berhenti singgah dulu.
Mungkin aku alpa.
Percaya lah..andai ku tahu hentian ini milik siapa..ada penunggunya..ada empunya..
Aku takkan berhenti..
Aku takkan terhibur..
Aku takkan menyerah hidupku..
Percaya lah..
Aku jua perlahan-lahan hancur dalam menjalani suka duka dalam hentian ini.
Namun aku redha.
Pohonku..
Doakan aku terus kuat.
Menjalani hari esok dan seterusnya..
Begitu jua aku turut mendoakan mu.
Ñúkílàñ Àdmíñ
@RahsiaSecebisHati