DIDIK NAFSU, JANGAN KELIRU.
Nafsu wanita dia paling suka kelihatan cantik .Itu fitrah. Nafsu lelaki dia juga sangat suka akan kecantikan wanita. Itu juga fitrah. Namun jangan lupa, Baginda Nabi sudah memberi pesan, di neraka itu ramai terdiri dari kaum hawa atas sebab antaranya jahat mulut pada suami dan bertabarruj .
Wanita di luar sana yang tidak bertudung , berpakaian ketat,sendat, singkat, bersolek dan berwangi-wangian yang berlebih-lebihan mempamerkan diri di khalayak ramai bukanlah sebenarnya seorang yang jahat . Bukan ! Bahkan ramai di antara mereka yang hatinya cukup baik MasyaAllah Tabarakallah cuma , mereka ini TIDAK BAHAGIA .Mereka masih mencari apakah maksud hidup dan tujuan yang sebenar Allah hantar mereka Ke dunia ini.. Para suami dan bapalah yang wajib menerangkan apa yang perlu mereka buat..
Kata seorang alim , wanita yang keluar dan melawa-lawa ini hatinya sangat sedih , maka dia berharap dengan perhatian dan pujian manusia , dia akan diterima dan disayangi . Dia cuba mencari kebahagian tapi ternyata ianya silap , itu bukanlah kebahagian hakiki kerana amat mustahil ingin memuaskan hati semua orang . Dia tak sedar bahawa manusia ini hanya cintakan kebaikan dan keindahan sahaja tapi hanya Allah sahajalah , yang tetap mencintai dia walau datang dengan penuh hina dan jijik . Allah tetap sayang penuh dan penuh pengampunan .
Bila hatinya sudah cukup dengan cinta Allah padanya, cukup dengan keindahan cinta pada Rasulnya , mulalah dunia itu kelihatan tiada apa melainkan sampah sahaja . Berhentilah mencari kebahagian yang tidak kekal . Dunia tidak diciptakan melainkan untuk menghampakan kita . Maka kembalikanlah hati yang hancur itu pada Penciptanya .
Kembalilah .
Hanya ALLAH satu-satunya yang menerimamu dengan penuh dosa dan noda . Dan akan tetap sentiasa menerimamu selamanya , tak pernah menolak tapi mendakap .
Kembalilah wahai para wanita yang dicintai.
Berhentilah mengejar bayang-bayang yang tiada
supaya dirimu tidak lagi disakiti.