Ad-Dien Abdul Kadir


Kanal geosi va tili: Butun dunyo, Inglizcha
Toifa: ko‘rsatilmagan


Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz.
Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir.
Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
Butun dunyo, Inglizcha
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Hati yang diberi petunjuk oleh Allah akan mudah dan selalu nampak kebaikan terhadap takdir Allah dan kebaikan manusia lainnya. Demikian juga hati yang kotor akan tertarik dengan hal-hal keji. Hati manusia akan sentiasa menemukan apa yang biasa ia sukai dan yang selalu ia cari.
_
📝 Addien Abdul Kadir
📆 04/01/2025


Nabi ﷺ pernah kena marah dengan Aisyah sebab cemburu. Nabi diam je. Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqalani, cemburu seorang wanita itu fitrah, mereka tidak dihukum kerana kecemburuan mereka. [Fath al-Bari 7/140]

Bila isteri marah sebab cemburu, selagi tak melampau batas, sabar je. Pujuk lah dengan bunga ke, hadiah ke, belanja makan ke.
____
📝 Addien Abdul Kadir
📆 02/01/2025


‎Pesan Nabi ﷺ:

‎"Sekiranya anak Adam memiliki sebukit emas, nescaya dia akan mengharapkan dua bukit emas lagi, dan tidaklah mulutnya dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah akan menerima taubat siapa yang bertaubat." [Riwayat al-Bukhari]




Menurut Imam al-Qushairi, kesedaran untuk bertaubat datangnya dari petunjuk daripada Allah taala. Petunjuk Allah pula datang apabila seseorang itu selalu berfikir tentang dosa-dosa yang telah dirinya lakukan. Jika jarang fikir tentang dosa sendiri, maka akan jarang kita mendapat taufik.

[Risalah al-Qushairiyyah 1/208]

📝Addien Abdul Kadir
📆 05122024


Kata Nabi ﷺ, kaki kita semua tak akan berganjak pada hari kiamat sampai Allah soal 5 perkara;

1. Umur, usia hidup dihabiskan untuk apa?

2. Ilmu, apa yang diamalkan?

3. Harta, dari mana dapat?

4. Harta, ke mana dibelanjakan?

5. Setiap anggota badan, apa yang telah dibuat?

Kalau kita sendiri yang audit dan tanya diri sendiri dengan jujur, kita sendiri tahu kita tak dapat jawab dan lulus cemerlang. Bayangkan di akhirat nanti yang tanya, audit dan soal siasat 5 soalan ini adalah Allah s.w.t yang Maha Tahu, Maha Melihat dan Tak Pernah Lupa semua yang kita buat.

Semoga Allah ampuni dosa dan silap kita selama hidup ini.

📝 Addien Abdul Kadir


“Orang Mukmin rasa dosanya seperti dia sedang duduk di bawah gunung, sentiasa bimbang gunung itu runtuh menimpanya. Adapun orang derhaka rasa dosanya cuma seperti lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menghalau dengan tangannya.”

- Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu




Perangai kebanyakan orang berhutang. Kata Nabi ﷺ :

‎أن الرجل إذا غرم حدث فكذب ووعد فأخلف
‎Orang yang berhutang itu biasanya bila dia bercakap dia akan berdusta (dalam melunasi hutangnya), dan apabila dia berjanji membayar hutang, biasanya dia akan mungkiri. [Riwayat al-Bukhari]


Kata Nabi ﷺ:

يقول العبد: مالي. مالي. إنما له من ماله ثلاث: ما أكل فأفنى. أو لبس فأبلى. أو أعطى فاقتنى. وما سوى ذلك فهو ذاهب، وتاركه للناس
‎“Seorang hamba berkata: Hartaku, hartaku. Padahal hartanya yang sebenar hanya tiga:

‎Yang dimakan hingga habis, yang dipakai hingga lusuh & yang disedekah lalu disimpan sebagai pahala. Selain itu, semuanya akan hilang dan dia meninggalkannya untuk orang lain.” [Riwayat Muslim]






Kalau kitab sebelumnya kritikan keatas Orientalist, kitab ini pula kepada ilmaniyyah (sekularism). Orientalist dan sekular dua hal berbeza ya. Bahkan sekular turut kritik orientalist dalam beberapa sudut! Lazat.
——
Jazakumullahu khairan kepada orang paling berjasa membantu saya membeli semua kitab ini, Ustaz Zakuan Ismail dan Ustaz Musaddad Sha'lamī yang sedang belajar di Riyadh.

Itu sahajalah hasil tuaian saya di Maarad Riyadh baru-baru ini. Doakan saya diberikan taufik dan hidayah untuk terus belajar, membaca dan mengkaji sirah Nabi. Banyak lagi yang saya belum tahu tentang baginda Nabi.

Saya nak abadikan hidup dan menyumbang kepada ummat dalam sirah Nabi Muhammad ﷺ sampai akhir hayat insyaAllah.

Follow Simply Sirah tanda sokongan usaha saya dan rakan-rakan pencinta sirah Rasulullah ﷺ. 😇


Book Haul Ma’radh ar-Riyadh ad-Duwali lil-Kitab (Pesta Buku Antarabangsa Riyadh 2024) berlangsung 26/9-5/10/2024. Kebetulan pula serentak dengan tarikh kelahiran, saya pun hadiahkan diri sendiri buku!

14 judul buah buku berjaya disambar. Semuanya tentang sirah Nabi Muhammad ﷺ.

1. Al-Tanwir fi Mawlid as-Siraj al-Munir karya Imam Ibn Dihyah al-Kalbi. Antara kitab nasab tertua dan detail tentang nasab dan istilah-istilah berkaitan. Ramai yang pandang sinis dan allergic dengan nama ini, padahal dalam ilmu ansab, tak ternilai sumbangan dan jasanya. 2 jilid.

2. Al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Cetakan Iqlid Ma’rifah, tahun 2024. 4 jilid hasil tahqiq Syaikh Husain bin Ukashah dibawah seliaan Syaikh Ali Muhammad al-Imran. Inilah kitab panas yang viral tahun ini. Iqlid ni khabarnya publisher baru. Nampak gayanya mereka akan jadi nama besar suatu hari nanti. Ibn Hisham adalah rujukan utama kelas sirah saya. Tahqiq sebegini diharapkan dapat mencerahkan banyak perkara.

3. Al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Cetakan Maktabah al-Asriyyah Lubnan. Tahqiq 2 ulama Lubnan iaitu Syaikh Muhammad Ali al-Qutb & Syaikh Muhammad al-Dali Baltah. 4 jilid juga. Ini pembelian tak dirancang. Awalnya saya mencari Tahqiq Ibn Hisham yang terkenal dan dikatakan paling bermutu iaitu terbitan Darul Faruq, Jordan tahqiq Syaikh Adil Murshid dan Syaikh Hammam Said. Tapi tak jumpa di Maarad!

4. ‘Uyun al-Athar fi Funun al-Maghazi wa al-Shamail wa al-Siyar karya Imam Ibn Sayyidin Nas. Kitab ini juga termasuk dalam rujukan utama kelas sirah saya. Terbitan Iqlid Ma’rifah juga, baru terbit tahun ini, 2024! 2 jilid.

5. Al-Sirah an-Nabawiyyah wa at-Ta’sis al-Akhlaqi karya Syaikh Taha Abdul Rahman, ahli falsafah moden terkenal. Saya sejujurnya kurang menekuni falsafah berbanding sirah. Izinkan saya mengenali beliau melalui karya sirahnya ini. Mungkin ada sudut falsafah menarik dan baru yang beliau sajikan.

6. Kitabah as-Sirah an-Nabawiyyah Lada al-’Arab al-Muhdathin Ittijahatuha wa Wazhaifuha karya Syaikh Dr. Hasan Buzainiyyah, sarjana Tunisia yang pakar dalam bahasa dan kesusasteraan Arab. Dengar tajuk je dah lazat!

7. Al-Imta’ bima Ta’allaqa bin-Nabi ﷺ min Ijma’ karya Syaikh Ahmad Ghanim Hasan al-Asadi. Beliau ulama sirah moden yang sedang meningkat naik sekarang. Saya ikuti kebanyakan karya sirahnya. Saya pernah cuba cuba nak kumpulkan ijmak sebegini, tapi beliau telah mendahului!

8. Sayyiduna an-Nabi al-Mukhtar ﷺ Awwal Muhandis wa Tabib Ba’da al-Hijrah karya Syaikh Mansur Abdul Baqi Bukhari. Kitab ajzak sirah macam ini sangat berharga. Kalau di Malaysia antara yang aktif menulis ajzak sirah ialah Ustaz Muhammad Luqman Makhtar dengan Asam Garam Rumah Tangga yang sudah mencecah 4 jilid! Saya insyaAllah akan keluarkan ajzak sirah sendiri, doakan.

9. Manhaj at-Tarbiyah an-Nabawiyyah li at-Tifl karya Syaikh Muhammad Nur bin Abdul Hafiz Suwaid. Ajzak sirah yang lazat. Walaupun saya uzzab tapi tetap kena baca untuk persiapan yang entah bila ahah!

10. Al-Sirah an-Nabawiyyah Manhajiyyat Dirasatiha wa Isti’radh Ahdathiha karya Syaikh Dr. Abdul Rahman Ali al-Hajji. Sejarawan Iraq yang saya baru kenali dan berjinak dengan karyanya.

11. Al-Sirah an-Nabawiyyah Ahdath wa Fiqh karya Syaikh Dr. Muhammad bin Abdullah al-Qannas. Kitab ini baru terbit tahun ini, 2024!

12. Al-Manhaj an-Naqdi fi Dirasat as-Sirah an-Nabawiyyah karya Syaikhah Dr. Haya binti Salman As-Sobah. Kitab kajian penting ini baru terbit tahun ini, 2024! Sekali lagi saya jumpa karya tulis ulama wanita berkaitan sirah, sebelum ini jumpa di PBAKL lepas, Alhamdulillah!

13. Hadm Shubuhat al-Mustashriqin Hawla Wujud Masadir Ta’allama Minha Khatam al-Nabiyyin karya Syaikh Dr. Ammar Muhammad al-Nahar. Kitab ini sangat penting bagi pengkaji sirah untuk nampak hakikat sebenar apa persepsi orientalists terhadap narasi sirah. Kitab macam ni sangat susah nak jumpa di Malaysia. Kalau siapa-siapa tahu, bagitahu saya, saya sambar terus.

14. Naqd al-Qira’ah al-’Ilmaniyyah li as-Sirah an-Nabawiyyah: ad-Dirasat al-‘Arabiyyah al-Mu’asirah Unmudhajan karya Syaikh Dr. Munir bin Hamid bin Faraj al-Buqami.




Menurut Imam Ibn al-Jauzi, sesiapa ketika hidupnya banyak bercakap tentang kehormatan kaum muslimin (mengumpat), mencari-cari aib dan kesalahan orang lain dan selalu berkata keji/mulut jahat, maka ketika sakaratul maut pasti akan susah mengucap syahadah. [Bahr ad-Dumu’ 1/124]




Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, tanda seseorang itu busuk hati/hati jahat ialah dengan jahatnya kata-kata yang keluar dari mulut serta banyaknya kejahatan dilakukan anggota badan kerana keadaan hati seseorang akan menzahirkan perbuatan luarannya. [Zad al-Ma’ad 1/67]




Terima kasih yang join tempoh hari, jika berminat nak join mingguan dan bersama komuniti Sirah & Akhlak kami, boleh daftar di sini ya. Yuran bulanan hanya RM50 for both class!

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhOkoB9Y1n9PFMRaEOakeDTRsSYYKh9WqpK9W7hhFz5AFqHw/viewform?fbclid=PAZXh0bgNhZW0CMTEAAaaNXWV34sVCRTxD17o8VmNT57bfZGogZ78rK2VbFZBRmMUG85cEKbmdPgE_aem_4HzxkzCvR0vdfnlmBYfYcQ

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.