✨Perbezaan ‘BARU’ dan ‘BAHARU’ ✨
🦋‘ Baru’ (just) ialah kata bantu .‘Baru’ berkaitan dengan TEMPOH MASA yang belum lama berlalu seperti dalam contoh berikut:
i. Mereka baru sahaja berkenalan.
ii. Dia baru tiba dari Pulau Pinang.
iii. Mesyuarat itu baru sahaja selesai.
🦋 Manakala ‘baharu’ (new) pula ialah kata adjektif yang menerangkan keadaan sesuatu yang BERLAWANAN sifatnya dengan ‘lama’ atau ‘buruk’ seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
i . kereta baharu
ii.basikal baharu
iii. teknologi baharu
💦 kata ‘baru’ tidak boleh menerima imbuhan tetapi boleh menerima bentuk gandaan, iaitu ‘baru-baru’ seperti dalam ayat:
- Baru-baru ini dia memenangi Hadiah Sastera Remaja.
💦 Manakala kata ‘baharu’ boleh menerima awalan teR- menjadi ‘terbaharu’, awalan mempeR- menjadi ‘memperbaharu’ dan apitan meN-…-i menjadi ‘membaharui’.
#notabm #baru #baharu #bacanih #pititigas
Nota : @ainazzati