Kata ulama : "Siapa yang istiqomah, maka dia berhasil."
Nak istiqomah ni perlukan kesabaran. Buat rumah kena sabar, orang tak buat rumah sehari terus siap. Tapi perlukan masa. Sedangkan nak dunia kena sabar, nak akhirat juga kena sabar. Belajar memang penat. Jika bersabar dapat hasilnya.
Kejahilan itu satu penyakit, perlu sabar dan berusaha untuk keluar dari kejahilan. Bila jahil, akan berlaku banyak tanda tanya. "Solat aku ni sah ke?" atau "Istinjak aku ni sah ke?" atau "Puasa aku ni aku ni diterima ke?" dan banyak lagi tanda tanya yang akan timbul dalam benak fikiran.
Jika sabar, jumpa jawapan. Kalau tak mampu sabar, akan jumpa kerosakkan.
Dari Umur 6 tahun kita banyak belajar atas urusan dunia. Dari pukul 7 pagi sampai 12 tengah hari, naik sekolah menengah sampai pukul 3,4 petang. Semua atas urusan dunia. Belajar sebab nak jadi doctor, cikgu, bomba dan sebagainya.
Apa salahnya tuntut ilmu fardhu ain untuk diri sendiri juga. Biar penat di dunia, asalkan di akhirat kita tak penat. Dalam kitab talbisul iblis, karangan ibnu jauzi "Strategi syaitan untuk kalahkan manusia adalah hasut dengan penat."
" Alah, takpayah lah, kau penat rehat lah."
"Takpayah pergi majlis ilmu, kau kan penat lepas balik kerja."
Dan pelbagai lagi hasutan lain.
Berkata Syeikh Abdullah Al-Haroriy : "Keluar belajar dan mengajar ilmu agama walaupun dalam keadaan semangat atau tidak semangat."
Bab solat, kita malas tapi kita tetap solat sebab satu kewajipan. Apa salahnya ilmu fardhu ain kita tetap pergi walaupun malas. Hanya untuk kita keluar dari kejahilan.
Wallahu'alam
Instagram
@bintu.abuya
Telegram
@bintuabuyastory