Budak Tarbiah


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan



Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


"Mira, nerveslah nak sampaikan malam ni.
Aku tak pandai cakap."

"Jenab, aku takut blur kat depan orang nanti..Aku mana biasa buat benda benda macam ni."

Dua orang teman debo sungguh.
Almaklumlah masuk pentas da'wah.
Nak cuba nasib.
Mana tahu kot kot menang
Mimpi indahla deme malam tu.

"Ok. Segala macam dalil, pass.
Intonasi dan mimik muka, nice.
Sirah pun mantapp! Yes. Cuma tangan je ketar sikit.
Hehe.
Aku rasa cam boleh menang je, weih."
Ungkap Farhah, lepas tonton semula recording persembahannya.

Mira hanya tersenyum.
Tersenyum manis ala ala bidadari.
Support jelah kawannya yang excited sangat tu.
Namun, dalam hati dia ingin meluah.
"Nantilah..aku akan gitau jugak."

Dup dap! Dup dap! Allah..
Masa yang dinanti sudah tiba

"Diumumkan pemenang bagi Pentas Da'wah As-Syafie jatuh kepada...
Raisyatul Farhah binti Syarif!"

Farhah menangis terharu.
Lantas dipeluknya Mira dan Jenab.
Mira dan Jenab nyaris lemas.
Kuat sangat rangkulannya.
"Weih, makasih tau sebab teman aku malam ni.
Kalau bukan saport korang, tak taulah boleh menang ke tak.
Thanks sangat weih!"

Jenab pandang Mira.
Mira faham.
Dah tiba masanya.

"Congrats Farhah. Aku happy sangat tengok kau tadi.
Cuma...."
"Kenapa weih? Haa.. kau jeles eh, Mira?"
"Eh. Bukan camtu.
Aku ada soalan, Farhah."
"Apa dia?" ujar Farhah yang memeluk erat hamper atas kemenangannya tadi.
Bangga sungguh dia.

"Kau rasa kau dah berda'wah ke?
Masuk benda ni?"

Farhah rasa pelik.
Dahinya berkerut.
Jelas boleh dikira lapisan kerutan itu.
"Awat tanya lagu tu?
Mesti aku punya best. Dan menyentuh hati orang.
That's whyla aku menang."

"Farhah, da'wah yang sebenar bukan atas pentas tu.
Tapi sejauh mana kau sanggup berkorban.
Buktikan cinta kau pada Allah dan Rasul.
Mentajmi' dan membina.
Kesabaran untuk menjadi Murobbi."
Tenang Jenab menuntun kata

"Berapa banyak anak halaqah yang kau dah ada, Cik Farhah?"

---------------------------
Farhah nangis tak berlagu.
Malam itu tahajjudnya lain macam.
Sedih giler takde anak halaqah,
dah kalahkan kebahagiannya merangkul hamper gemuk dan lumayan tu.

P/s: Da'wahmu bukan dinilai dari susunan isi yang tersusun,
lawak jenaka dan kebolehan memuaskan
hati semua orang.
Da'wah takkan wujud
jika tidak beralaskan pengorbanan.
Dan mengikut sunnah Rasulullah.
Duat, buatlah kerjamu.
Bukan memenangi Daie Millenia,
Pencetus Ummah,
Ustazah Pilihan,
tapi memenangi hati ummat ni.
Ajak deme pulang.
Pada Allah.
Pada al Quran.

#RoadToRamadhan
#MonologDaie
#AMillionDreams

@budaktarbiah


"Sorry geng malam tadi ada family party, so terbangun lambat sikit"

"Oh yeke?ni dah jam 10 pagi lambat benar kau bangun!"

"😅Biasa la semalam I tido jam 4 pagi.. yela sementara semua nak habis sembang lagi"

"Pastu Subuh tak? Ke Subuh pon kau tak bangun"

"Aduyai memang terlepas..tak sedar wey..takpe la geng..aku qadha je la"

"Wey..aku cuma nak ingatkan kau..HARI NI mungkin kau berBAHAGIA berTEMANkan FAMILY tercinta..tapi jangan lupa ESOK LUSA boleh jadi hanya berTEMANKAN AMAL!"

GULP!!!😳
Dalam kau bergembira di dunia
Jangan lupa untuk membawa
Kegembiraaan kau di akhirat
Jangan di dunia gelak sakan
Akhirat kau menangis air mata darah!

#chonteng
#kejoraadriana

@budaktarbiah




BUKANKAH TUHANMU MENANTI KAU KEMBALI?

Saat kau lemas dalam kefuturan
Syaitan membisik kata nista
Supaya kau bertambah jauh hanyut
Kuatkan hati dengan AlQuran
Renungi kisah sahabat yang penuh pengajaran
Moga saat itu
Kau mencapai tanganmu
Ke arah Tuhan
Dia segera menyambutmu
Bukankah
Tuhanmu menanti kau kembali
Kepada Dia yang Maha Pengampun

#kejoraadriana

@budaktarbiah




Mr Somi forward video ni dengan caption,

"Sayang, tengok video ni. Haa, nak samyang sangat kan. Sekali saya siksa diorang, padan muka. Hahaha", seloroh Ustaz Dr Wan Afiq.

"Amboi, riak betul. Awak tu baru 12 Juz. Diorang dah 30 Juz tau. Haha. Balik nanti, saya siksa hafalan awak pulak 😏", sambut aku.

"Hey, 12 Juz dalam masa 3 minggu, not bad lahhh~~~"

"Hey, saya bau sesuatu terbakar."

"Apebenda?"

"Amalmu~~~ 😂"

...

Seronok tengok para huffaz bawa Quran dalam hati ke mana mana :')

Moga Allah rahmati kalian, wahai penyambung mata rantai dakwah.

#Chonteng
#PTIANNUR
#huffazprofesional
#hafalquran3bulan

p/s : Bila orang tahu Mr Somi kita dah hafal 12 Juz, masing masing tanya hafalan kita. Kita senyum, kita kata "On the way". Huhu.

Road to 30 Juz!

Oh, anyway... video ni dah masuk MyNewsHub. Gulp..

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/video-3-bulan-sahaja-berjaya-hafal-al-quran/

dan akan on air Astro Oasisi. Double gulp.

@budaktarbiah


PELAJAR TAHFIZ DIPAKSA MUDIR DITEBUK HAFALANNYA DALAM KEPEDASAN

Haaa, nak samyang sangat kan ? Nah, amikkau! Haha.

..
"Ustaz, Domino's Pizza Malaysia tak boikot kan ? Kita Samyang Dominos jom!", ajak Abdul Hannan Haznan dan Hazman Johari.

"Banyak lah antum. Mentang mentang dah habis hafalan 30 Juz Quran, syok pula antum nak ajak ana ke Dominos ya! Rasuah teruk ni! Haha", seloroh Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq, Mudir Pusat Tahfiz Integrasi An Nur.

"Takpe, ustaz. Kami belanja! Lagipun, harini kan ada lagi 2 ikhwah khatam hafalan 30 Juz juga. Why not kita raikan diorang di PTI juga", cadang anak bertuah 2 orang ni.

Sesampai di Dominos, maka bersamyang lah mereka untuk sesi berbuka puasa.

Tengah masing masing tahan pedas ber-samyang, ustaz buat hal! "Hazman, Hanan. Nak samyang sangat kan ? Nah, sambung bacaan ustaz!"

Amikkau!

Lucu tengok masing masing menyambung bacaan ustaz sambil menahap kepedasan. Ketawa sampai habis semua yang menonton video ni :p

Nak tahu apa yang lucu sangat dengan samyang mereka ni ?

Jom, tengok video ni.
https://www.youtube.com/watch?v=Ck87NLT29p8&feature=youtu.be

Sumber : https://goo.gl/LhM6K6

#SamyangHuffazChallenge
#hafalquran3bulan
#huffazprofesional
#PTIANNUR

p/s : Video samyang ni yang sepatutnya viral kat media. SHARE kalau nak pahala senyap.

...
Jazakumullahukhair untuk sokongan semua.

Bagi mana mana yang berminat nak bersama sama kami dalam menjayakan projek tahfiz di sini, boleh click link di bawah :

www.wasap.my/60134324263/Nak+Contribute+PTI
www.wasap.my/60134324263/Nak+Contribute+PTI
www.wasap.my/60134324263/Nak+Contribute+PTI

@budaktarbiah
PELAJAR TAHFIZ DIPAKSA MENGHAFAL QURAN DALAM KEPEDASAN
Kena tebuk hafalan Quran sambil berlawan kepedasan. Haha. Mantap produk Pusat Tahfiz Integrasi An Nur, ni! Nak tengok update lanjut pasal budak budak ni, bol...


REKOD AKTIVITI MENARIK TEEN's OUTREACH CAMP BERMULA 2011 - 2018

"Kak, dah 2 tahun saya join jadi peserta TOC. Serious tak mengecewakan. Malah makin rindu nak jumpa semua kakak kakak dan abang abang fasi semua. Tahun ni kalau dah buka pendaftaran, roger. Saya bawa 5 kawan sekolah daftar sekali :p", Fatimah Kamal.

"Sini kem outdoor dia memang tip top. Paling touched tengok semua fasi dan AJK tak lekang dengan Quran. Terjangkit dekat kami sekali 😅", Aiman Harith.

Itu pengalaman dan kenangan peserta tahun sudah. Setakat sekarang, tak pernah lagi kami repeat modul.

Jadi, kalau awak join setiap tahun pun awak takkan rugi.

Keterangan Program :
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Teen's Outreach Camp
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
✔️Tarikh : 21-23 Disember 2018
✔️Tempat : Perak, Selangor, Sabah
✔️Peringkat : Kebangsaan
✔️Terbuka kepada : Tingkatan 1 - Tingkatan 6
✔️Dengan sokongan : KPM, JPN, MARA, TNB, etc

Tak percaya ? Tengok sini 👇🏻👇🏻👇🏻
2010 - River Crossing
2011 - Water Confidence
2012 - Caving (Gua)
2013 - War Game, Mock Interview
2014 - Jungle Trekking, Night Walk (Fireball), Rentas Halangan
2015 - IQ Challenged Explorace
2016 - Berkayak, Paintball, Wall Climbing, Mountain Bike, Flying Fox
2017 - Sunnah Games (Berkuda, Memanah)
2018 - SURPRISE! Nak tahu ? Ayuh daftar sekarang!

CLICK link di bawah :
https://goo.gl/forms/Fm43HS9NGmETL9Sv2

Never repeat. But always INTERESTING. Untuk tahun ni, mana tahu ada rezeki nak main...
- Skydiving ?
- Islamic Amazing Race ?
- Scubadiving ?
- Berakit ?
- Pandu kenderaan MTV berkumpulan ?
- Saintis Muda ?
- Athlete Challenge ?

Ok. Biarlah rahsia.

Sekali lagi.
Berminat untuk mendaftar ?

»CLICK LINK DI BAWAH«
https://goo.gl/forms/R5rJ6f1j2OU30mgT2

📞Hubungi nombor tertera bagi mendapatkan maklumat lanjut program Teen's Outreach Camp :

(Utara)
Puan Aimi Suhaimi : www.wasap.my/60134324263/Daftar+TOC+Utara

(Tengah/Selatan)
Cik Atiqah Ahad : www.wasap.my/60182224606/Daftar+TOC+Tengah

(Borneo)
Cik Fitri : www.wasap.my/60138593957/Daftar+TOC+Borneo


SOLAT JEMAAH NI MACAM BUNGA RIBA. KAU GUNA SIKIT, KAU DAPAT BANYAK
.
.
Dari Uthman bin Affan ia berkata: Rasulullah shallahu'alaihiwasallam bersabda: "Barangsiapa melaksanakan solat isya' berjemaah maka ia mendapat pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isya' dan subuh berjemaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam."
( HR Tirmizi: no 205 )

Nampak tak yang Allah faham sangat kita ni lemah.
Ummat akhir zaman.
Umur pendek.
Tak macam ummat dulu dulu. Dua ratus tahun pun masih terlalu muda.

Jadi ,
Dia bagi offer yang boek giler untuk kita rebut.
Seriously, boek gila!

Bayangkan,
Jaga solat jemaah subuh dan isya' je dah boleh dapat pahala bertimpa timpa macam tu. Fuh!

Kita pun sedar diri.
Nak bangun malam 2 rakaat pun punyalah payah,
Inikan pulak nak tahajjud sepanjang malam.
Kirim salam.

So, nak short-cut pahala untuk gantikan pahala qiam sepanjang malam ?

Jom kita start hari ni.
Kita jaga dulu subuh dan isya' kita. Pastikan berjemaah.
Tak mau Subuh gajah, mahupun Isya' badak.
Terlajak memanjang.

Ni, sis nak tanya.
Boleh tak kita ni belajar untuk menghargai peluang yang Dia beri?

"Bila nak start ek?"
"T.o.d.a.y"
"N.o.w"

#roadtoramadhan
#dah2rejab
#MonologDaie

p/s : Ingat tau, kita taknak bela gajah dan badak. Kita nak bela iman yang mantap dengan kualiti solat yang sado ^^

@budaktarbiah


Kadang kau tak sedar
Kawan kau
Yang kau hina
Yang kau benci
Tengah berusaha menyelamatkan keluarga kau
Saat kau sendiri
Tak berbuat apa-apa
Untuk diri keluarga kau
Nak tahu kisahnya? Boleh tengok video ni

https://youtu.be/aJOYYhNmAok

@budaktarbiah
I've Changed... | Short Story
A story about three young girls that share the same roof together..


Ye
Memang nak asah kapak
Supaya lebih maju dan melaju
Tapi sis nak minta
Asah pemikiran dulu
Baru boleh memecut laju

#kejoraadriana
#chonteng

@budaktarbiah


"Once ordered,
Consider done!"

Salau satu culture di Jepun yang jarang ada kat Malaysia.

Procrastination ni kadang kadang dah jadi macam lauk seharian.

Tak bertangguh, tak sah.
Dah bertangguh, cari alasan untuk halal kan kegagalan.
Pui!

#KecamDiri
#Chonteng
#PilihCaraMati

Kbai.

p/s :
Misi ASAHKAPAK.
Misi BUATKERJALAJU.
Misi DELEGATEANDMOTIVATE

@budaktarbiah


Esok dah mula 1 Rejab
Dah ready belum?
Ke ada yang terkejut
Bila sis cakap esok 1 Rejab?

#roadtoRamadan
#2monthsleft
#kejoraadriana

@budaktarbiah


Awak
Kadang hidup ni kena ikhlas je berbuat
Just go on dengan apa yang dah buat
Follow the flow
tapi flow yang bersyariat la

#kejoraadriana

@budaktarbiah


Bila kita rasa dan perasan banyak kerja yang tak menjadi,
Cuba check balik diri.
Takut masih ada maksiat yang tersisa di hati.

Bila kita rasa dan perasan banyak waktu kita yang sibuk belaka sampai tak sempat nak menghadap Dia,
Cuba check balik hari.
Takut ada saat dan rezeki yang kita lupa nak syukuri sampai diuji dengan kesibukan duniawi.

Cuba check.

Hmm Hmm..

#Chonteng
#PilihCaraMati

@budaktarbiah




~Orang-Orang Pelik~

Pernah tak rasa
Kawan-kawan pandang 'slack'
Tengok dengan ekor mata
Mulut senyum sinis😏
Ayat deep sangat zraap..
Bagi diorang..

Pelik
Kau memang pelik
Pelik
Bila masa tidur kau korbankan
Untuk usrah dan study
Bila masa cuti kau
Sibuk membangunkan pemuda pemudi lain
Bila kau tak tengok cerita korea atau main game
Sebab sibuk tilawah 1 juz sehari

Nah aku kisahkan
Dalam video
"Orang-Orang Pelik"

https://youtu.be/DN87du5C4PE

#kejoraadriana

@budaktarbiah


Alkisah
Satu petang

"Akak ana rasa tak mampu la ..."
"Susah la akak nak berubah jadi baik"
"Susah nyaaaa nak ubah sikap diri sendiri "

Ukhti,
Bila kita sakit, semua benda yang kita nak buat rasa susah.
Bila sakit, ubat yang ditelan pon rasa terlalu pahit.

Ana bagi analogi.
Kalau penghidap kanser nak sihat, semua jenis rawatan kena buat.
Kemoterapi sahaja :
1. Gugur rambut
2. Sakit satu badan
3. Makan tak lalu.

Susah tak bila sakit, kita nak sembuhkan?

Susah!
Sakit!
Penat!

Macam tu juga kita.
Hati kita sakit, penuh jahiliyah, penuh dosa.

Untuk sembuhkan hati dengan tarbiyah bukan mudah.
Perlu mujahadah, kesakitan, penat, tangisan.

So camna?
Nak terus sakit?
Atau nak terus mujahadah untuk sihat?

"Saya pilih yang no 2 tu la"

Yeah gittuew dong, adik akak😊

#chonteng
#kejoraadriana

@budaktarbiah


Bila mana hati terasa lelah dengan jalan dakwah yg dipilih,
Ingatlah,
Allah bersama kita...

Bila mana keperluan dakwah perlu lebih diutamakan berbanding cita-cita,
Dan kita berasa berat melaksanakannya,
ingatlah,
Allah bersama kita...

Bila mana dakwah dan akademik tidak bergerak seiringan dan sering mendapat keputusan yang mengecewakan,
Teruskanlah berada di jalan ini Dan ingatlah,
Allah bersama kita...

Bila mana kita lihat kawan-kawan kita lebih banyak masa yang tidak bergerak dalam gerabak dakwah mempunyai lebih banyak masa dari kita untuk berbuat perkara-perkara lain,
ingatlah,
Allah bersama kita...

Bila mana terlalu banyak yang kita infakkan ke jalan Allah sama ada harta,
Tenaga mahupun nyawa,
Tika lapang mahupun sempit, Hingga kita berasa terlalu penat dan tidak tersisa apapun untuk kita,
ingatlah,
Allah bersama kita...

Bila mana masalah dakwah terlalu banyak hingga tiada masa untuk berehat walaupun untuk seketika,
Assignment terpaksa dibuat dengan segera,
Kuiz keesokannya,
Daurah menyusul seterusnya hinggakan terasa lebih sibuk daripada PM sesebuah negara,
Ingatlah,
Allah bersama kita...

Mana mungkin Allah akan mensia-siakan hamba-Nya yang berbuat di atas jalan-Nya,
Mana mungkin perkara yang kita buat ini sia-sia,
Selagi niat kita ikhlas kerana-Nya...

Mungkin kita hina di mata penduduk dunia,
Namun nama kita harum di atas langit sana,

Kita mungkin nampak bodoh kerana menentang arus dunia kini,
Namun kita menentang arus untuk menempuh jalan ke syurga.

Kita tak mendambakan dunia yang sementara,
Tetapi mengimpikan syurga yang abadi selamanya,

Kita tak kisah melaburkan segalanya atas jalan ini,
Kerana pelaburan yang kita lakukan menjadi aset di hari pengadilan,

Semoga kita menjadi,
manusia-manusia yang meninggikan kalimah tauhid "LaIlahaIllallah", "Tiada Tuhan Melainkan Allah" di muka bumi ini...

amin...

#Chonteng
#PilihCaraMati

p/s : Walau apa pun result SPM kalian, itu bukan sijil untuk kalian ke syurga. Keep moving on.

@budaktarbiah



20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

6 456

obunachilar
Kanal statistikasi