diarythezaaa.rs


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Just a girl who's trying her best.
Don't let your tongue mention someone else's faults.
Just remember, you are also full of faults and others have tongues too.

Связанные каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


@thezaaa.rs ;138
Tiada apa yang dapat lari daripada pengetahuan Allah.

Terpecahnya satu buih di lautan jua diketahuiNya.

Tidak terlepas dariNya.


@thezaaa.rs ;137
Kau tak akan pergi ke mana-mana, sedangkan kau tak mula untuk berjalan.

dan...

Kau tak akan sampai ke gerbang kejayaan, sedangkan kau tidak mula untuk melangkah menujunya.


@thezaaa.rs ; 136
Kebahagiaan bukan datang dari duit yang banyak, harta yang melimpah ruah, isteri yang cantik, suami yang kacak mahupun anak-anak yang bijak pandai.

Tetapi kebahagiaan itu datang dari hati yang mengenal Allah.


@thezaaa.rs ;135
Menyedari hakikat bahawa rindu yang singgah dihati ini sentiasa memainkan lagunya dan cara terbaik untuk dilepaskan ialah dengan doa pada Allah.


@thezaaa.rs ;134
Kalau nak terus bahagia, bersyukurlah dengan apa yang kau ada.

Bukannya menilik memerhati senarai benda yang orang ada.


@thezaaa.rs ;133
Wanita yang matang biasanya bijak menguruskan perasaan. Keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi.

Wanita matang tak akan membiarkan diri larut dalam tekanan perasaan sehingga mengorbankan kredibiliti peribadinya.


Tragedi hari ini;
Aku jatuh motor buat kali pertama.
Mungkin juga kali terakhir.
Siapa tahu ?
Rancangan yang sudah Dia susun rapi.

Pada awal tahun 2016;
Tika meniti arus perjalanan pulang ke rumah.
Akibat didenda sekelas dan akhirnya aku ketinggalan bas sekolah.
Mujur saja ada yang teman aku; yang pernah ku anggap dia sahabat.
Aku ditimpa dengan kes langgar lari.

Pada hari ini; bersamaan 19 Mac 2018,
Aku hampir saja kemalangan teruk.
Aku tetap yakin tentu ada hikmah yang bakal diberi.
Takkan ada satu musibah pun tanpa kebahagian diakhirnya.
Mana mungkin mendapat pelangi sebelum hujan bukan ?
Aku yakin dengan kuasaNya.


@thezaaa.rs ;132
Jangan keluh kesah.

Setiap perkara yang berlaku itu Allah sudah tetapkan.


@thezaaa.rs ;131
Jangan bangga couple bertahun-tahun, tak mustahil suatu hari nanti putus.

Bukan mendoakan tapi ianya sebagai peringatan.


@thezaaa.rs ;130
Bicara tentang ajnabi, ramai angkat kerusi datang duduk rapat memenuhi sisi.

Bicara tentang dakwah, ramai angkat kerusi pergi buat kerja masing-masing.


Cerita hari ini;

Sudah dua kali aku dengar mereka kata tudung aku seperti telekung.

Aku sabar. Biarkan saja mereka kata apa.


@thezaaa.rs ;129
Jangan kita berlagak pandai kerana setiap orang dikurniakan kemahiran tersendiri dan kita memerlukan antara satu sama lain.

Hormati sesama insan.


sharr:
admin nak exam dah esok, mohon subscribers yg ada dalam diarythezaaa.rs tembak doa untuk admin okeey 🙈😻

#hearttoheart💘


@thezaaa.rs ;128
Orang yang tinggi ego ni kita cakap apa pun, mesti dia nak menang.

Orang macam ni kalau dilayan atau dilayan, nanti makin sakit hati ja. Sebab hati dia ibarat penuh dengan bara api. Semakin dilawan, ibarat menambah bara api ja lagi.

Api jangan dilawan dengan api.

Api mesti dilawan dengan fire extinguisher.


@thezaaa.rs ;127
Remember Allah always be with you.

Kena ingat setiap kali kita buat salah atau teringin nak buat maksiat; ingat Allah tu selalu perhatikan kita.

His "eyes" on you.


@thezaaa.rs ;126
Duit selama-lamanya tak mampu beli sebuah ketenangan. Mana nak 'beli' ketenangan ?

Bangun 2/3 malam, solat tahajjud 2 rakaat. Kemudian doa sampai menangis-nangis merayu dan minta pada Maha Pemberi Ketenangan.


@thezaaa.rs ;125
Nak kata buruk macam-macam pasal orang, silakan.

Tapi ingat, apa saja yang keluar dari mulut kau akan melantun balik pada diri kau sendiri.


@thezaaa.rs ;124
Nak tips husnuzhon ?

Jangan campur dengan mereka yang suka bercerita perihal buruk manusia.

Dari situ hati kita akan terdidik untuk bersangka baik. Cuba.


@thezaaa.rs; 123
Ingat, kehidupan akan sentiasa memberi kau peluang untuk berjaya dan peluang itu dinamakan hari esok.

Jadi kenapa kau putus asa awal-awal, sedangkan esok masih ada.

Hari ini hari berusaha. Dan esok, hari berjaya. Tapi apa yang penting? Jangan berputus asa !

Kuatkan semangat ! Dan sentiasalah tekan butang 'restart' setiap kali kau menemui kegagalan. Jangan sesekali kau tekan butang 'exit'.


@thezaaa.rs ;122
Nama twitter dia Hidayah.
So bila dia follow kita, it be like "Hidayah is followed you."

Alhamdulillah, its time to hijrah.

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

120

obunachilar
Kanal statistikasi