1. Saya telah menerima pertanyaan berhubung penglibatan saya dalam program pelaburan, penjualan ubat, dan kutipan derma.
2. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam mana-mana bentuk pelaburan, penjualan ubat, dan kutipan derma yang didapati di media sosial.
3. Sebaran video yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) telah memanipulasi wajah dan suara saya. Tidak sedikit yang telah tertipu, terutamanya warga emas yang kurang literasi media sosial.
4. Beberapa aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan tindakan telah diambil. Namun, penipu (scammer) ini tetap menjalankan kegiatan dengan berleluasa.
5. Saya ingin menyeru orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menerima apa jua maklumat berkaitan di media sosial. Sebaran rasmi berkaitan saya hanya didapati di media sosial Facebook, X, Instagram, Telegram, Tiktok, dan Youtube saya.
DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI